CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 6238|Reply: 47

[Tempatan] Ajal Ketika Meludah

[Copy link]
Post time 30-7-2015 08:20 AM | Show all posts |Read mode
Kota Bharu: Gara-gara meludah, seorang pensyarah berusia 34 tahun maut selepas dia terjatuh daripada kereta Proton Saga dinaiki dipercayai akibat pintu yang tidak ditutup rapat, kelmarin.

Kejadian berlaku jam 10.30 malam di atas Jambatan Sultan Ismail Petra (Jambatan Tendong), di sini, ketika mangsa bersama isteri yang memandu kereta itu dalam perjalanan dari Tumpat menghala ke Machang. Difahamkan, ketika tiba di persimpangan lampu isyarat Tendong, di sini, mangsa sebelum itu membuka pintu untuk meludah dan menutupnya kembali sambil memberitahu mahu tidur kepada isterinya.

Bagaimanapun, isteri mangsa yang berusia 34 tahun juga pensyarah di institusi pengajian tinggi awam terkejut apabila mangsa terjatuh selepas pintu tempat duduk penumpang hadapan terbuka. Wanita itu segera memberhentikan kenderaan untuk melihat suaminya dan meminta penunggang motosikal untuk menghubungi ambulans.


Mangsa dihantar ke Hospital Lati, Pasir Mas sebelum dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab II, di sini, namun disahkan meninggal dunia sebaik tiba di hospital. Pemeriksaan lanjut mendapati mangsa mengalami kecederaan di kepala selepas terjatuh di atas jalan raya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu Asisten Komisioner Rohaimi Md Isa mengesahkan kejadian.


“Kes diklasifikasikan mati mengejut dan tiada unsur jenayah,” katanya. Laman sosial  heboh mengatakan kejadian berlaku disebabkan pertengkaran suami isteri, sebelum seorang daripada mereka terjun keluar kereta. - See more at: http://www.hmetro.com.my/node/66837#sthash.tdCKujMg.dpuf
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-7-2015 08:25 AM | Show all posts
inalillah .... dah ajal
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2015 08:25 AM | Show all posts
Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un
kalau da ajal...
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2015 08:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Masanya telah sampai

Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2015 08:31 AM | Show all posts
dah ajal...
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2015 08:45 AM | Show all posts
salam takziah dari ambo.....dah sampai masa tue.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-7-2015 08:47 AM | Show all posts
tak pakai seat belt ni...kalu pakai pintu terbukak pun tak jatuhnya..
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2015 08:48 AM | Show all posts
dia x abis ttup pintu tu ke...
dia ckp nk tdo tu rupanya nk pegi selamanya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-7-2015 08:51 AM | Show all posts
nour2001 replied at 30-7-2015 08:47 AM
tak pakai seat belt ni...kalu pakai pintu terbukak pun tak jatuhnya..

Baru den nak cakap.. dekat ke jauh mesti kena pakai.. Sikap kebanyakkan org kita tunggu ada road block baru nak pakai.........
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2015 08:59 AM | Show all posts
Sesetengah orang ada tabiat meludah
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2015 09:15 AM | Show all posts
Edited by benzo33 at 30-7-2015 09:22 AM
highcastle replied at 30-7-2015 08:51 AM
Baru den nak cakap.. dekat ke jauh mesti kena pakai.. Sikap kebanyakkan org kita tunggu ada road b ...

ada sumber menyatakan, mangsa ni sakit..on the way balik dari berubat..bukak seatbelt dan bukak pintu then nak meludah @ buang kahak...which is his wife pun tak sangka tindakan tu.mungkin sebab kereta sedang bergerak atau tgn tak kuat, pintu tak tutup dgn rapat.dan bila bdn lemah, dia tersandar badan kat pintu..lalu terjatuh keluar sebab pintu tak rapat.


apapun takziah untuk keluarga mangsa..
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2015 09:18 AM | Show all posts
sapalah penulis berita ni. aku tak berapa paham berita kat atas. pantang betul aku orang meludah ni. anyway salam takziah.
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2015 09:20 AM | Show all posts
munchkin replied at 30-7-2015 09:18 AM
sapalah penulis berita ni. aku tak berapa paham berita kat atas. pantang betul aku orang meludah ni. ...

Wartawan Harian Metro la katakan..

Suami buka pintu...
Suami tutup pintu...
Tiba-tiba suami terjatuh dan pintu terbuka

Susah nak hadam berita mcm ni
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2015 09:22 AM | Show all posts
awat tak buka tingkap je?? jgn kata tingkap saga tu jem lak..kata pensyarah..repair je lah kalau rosak..kalau kereta baru, ada warranty.. apa2 pun..salam takziah buat keluarga arwah..
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2015 09:24 AM | Show all posts
ultra78 replied at 30-7-2015 09:20 AM
Wartawan Harian Metro la katakan..

Suami buka pintu...

teruk betul berita laporan sekarang. nak kena baca banyak kali pastu imagine. editor tak buat kerja ke? hmmm
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2015 09:33 AM | Show all posts

Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-7-2015 09:41 AM | Show all posts
np meludah kene buka pintu
dh ajal
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2015 09:44 AM | Show all posts
erm, dah ajal. takziah
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2015 09:50 AM From the mobile phone | Show all posts
benzo33 replied at 30-7-2015 09:15 AM
ada sumber menyatakan, mangsa ni sakit..on the way balik dari berubat..bukak seatbelt dan bukak pi ...

Ye, arwah dan wife kawan saya. Memang dia sakit. Dia baru balik dari umrah tak silap saya. Mcm kena batuk2, lelah. Masa dia bukak pintu nak meludah tu di persimpangan lampu isyarat. Keta tgh stop. Masa dia dia bukak seatbelt. Lepas tu mungkin bdan dia dah lemah sgt. Pintu tak rapat, sandar pada pintu dan terjatuh. Memang ni kes kemalangan. Sedih sgt rasa
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2015 09:52 AM From the mobile phone | Show all posts
abas8888 replied at 30-7-2015 09:22 AM
awat tak buka tingkap je?? jgn kata tingkap saga tu jem lak..kata pensyarah..repair je lah kalau ros ...

Arwah dan isteri tinggal di sabah. Mengajar di sabah. So mungkin kereta pinjam dari sedara mara. Diorang balik kampung kejap jek. Dah nak jadi cerita meninggal di kampung bukan di sabah.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 02:01 AM GMT+8 , Processed in 0.053582 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list