CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: the_killer

[Jenayah] Game Over Najib hahahahah..wak yidin akui duit masuk akaun najib

[Copy link]
Post time 30-7-2015 04:55 PM | Show all posts
Tlalu replied at 30-7-2015 04:30 PM
Agreed..good enough reason to step down atleast buat sementara

And the wife's haughtiness  and flashing around is not helping.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-7-2015 04:57 PM | Show all posts
kelana36 replied at 30-7-2015 04:24 PM
Tak pernah aku dengar pak arab saja saja nak bagi duit kat orang banyak tu, kalau bagi sikit pun mes ...

derang tatau penangan arabbbb lagi kelana weiii..
kalo dapat dia menipu koooo mmg selai sepinggang lahhhhh....
dia punya penipuannnn takat tarap cina malaysia tu takleh lawan punya.....

pak arab nak bagi pinjam saja2....
hmmmmm........org mesia mmg ingat arab ni keturunan nabi2...perangai baik2...
bab arab menipu dlm meniaga nih ...
mmg tarap mega wati mega mendung semua lah!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2015 05:02 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2015 05:07 PM | Show all posts
ada story macam wag the dog script 1mdb
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2015 05:10 PM | Show all posts
akubest replied at 30-7-2015 04:52 PM
najib cerdik??
ini penemuan baru ni...

Perkataan "mungkin" yang Maideen gunakan hendak di beri efek. (Maideen harap anda faham maksud perkataan itu dan tiada keperluan untuk Maideen menerangkan maksudnya.).

Setelah Maidern berkata demikian (having said that), Maideen ingin mengambil risiko disini dengan mengatakan Najib hidup lebih mewah dari anda. Dia juga berjaya menjadi Perdana Menteri sebuah negara.

Now unless anda mempunyai lebih banyak wang dari Najib dan anda juga seorang Perdana Menteri sebuah Negra dan sedang berforum dari Pejabat Perdana Menteri negra tersebut, Maideen rasa dia lebih crrdik dari anda.

Jika anda lebih cerdik dari Najib yang jelas dapat dilihat dari pencapaian anda, Maideen merakamkan.apologies yang tidak terhad.
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2015 05:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Maideen. replied at 30-7-2015 03:55 PM
Dak defend lebih mudah dari mendakwa bro sebab pendakwa yang kena buktikan kes. Nak buktikan pulak ...

Tu LA....keyword hearsay kan. Tu yg I tak berapa nak gempaq dgn this kind of news...tp yg I muskil tu tindakan dan sikap najib sendiri. Lawyers mcm you tentu lagi aware kan. Finance people mmg negative saja hal najib ni...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-7-2015 05:14 PM | Show all posts
lkick2113 replied at 30-7-2015 04:35 PM
betul tu maideen..ada someone pernah komen la katanya 'najib failed in public opinion court and he ...

Masa dia naik jadi PM dulu lagi Maideen dah risau tengok bini dia Lkick.... Tapi nak buat camna khen.....itu yang elok pada mata dia....
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2015 05:31 PM | Show all posts
scorpionkiki replied at 30-7-2015 05:11 PM
Tu LA....keyword hearsay kan. Tu yg I tak berapa nak gempaq dgn this kind of news...tp yg I muskil ...

Jika jelas bahawa persepsi donya terhadap menyebabkan Malaysia akan mengalami kesusahan dari segi pelaburan dan ekonomi, then Najib harus lah menjadi magnanimous dan berundur (yakni bekorban demi negara).

Jika dulu Maideen juga akan menasihati beliau untuk memikirkan bahawa masih ramai orang melayu yang nasib mereka perlu dibela. (Ada melayu yang bener benar tidak prrlu lagi dibantu. Mereka boleh terus hidup senang walaupon DAP yang memerintah, tak ada quota, tak ada biasiswa, tak ada ptptn, tak ada MARA dsbnya) dalam mempertimbangan samada berundur atau tidak.

Tapi setelah Maideen melihat sikap dan sifat orang orang melayu sundri, Maideen hanya akan meminta Najib memikirkan tentang nasib negra sahaja.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-7-2015 05:49 PM | Show all posts


haaaa
banyak duit maaa
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2015 06:03 PM | Show all posts
beberapa thun lalu, lee kuan yew pernah lawat mesia, nk sembang sma najib..
ni biasa...
yg aneh,
lky minta juga supaya bole bertemu dgn kak mah...
lky ni mmg akal tip top...
dia da rasa kak pink ni ada sesuatu kuasa/aura yg besar
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2015 06:06 PM | Show all posts
Wang RM2.6b: Umno belum cukup hairan?

5:42PM - 30 Jul 2015
http://www.malaysiakini.com/news/306741



Haruskah Umno memecat presidennya, Datuk Seri Najib Razak atau timbalan presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin?

Soalan ini dibangkitkan sejak Mei lalu, selepas Muhyiddin berkongsi kebimbangannya bersama pemimpin Umno dalam satu pertemuan tertutup di Janda Baik, Pahang.

Antara yang hadir dalam pertemuan itu ialah naib presiden Umno ketika itu, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan anggota majlis tertinggi, Datuk Ahmad Maslan.

Dalam video itu, Ahmad Zahid ketawa besar apabila Muhyiddin menyebut mengenai pemimpin Umno yang “tunjuk tahu tapi tidak tahu” dan “macam pandai tapi tak pandai”.

Para hadirin juga ketawa berdekah-dekah tetapi Ahmad Maslan hanya mampu tunduk dan tersenyum simpul sambil meneguk air botol apabila Muhyiddin berkata demikian.

Namun apapun cerita di sebaliknya, Ahmad Maslan dan Ahmad Zahid masih berada dalam kabinet.
Lebih untung, Ahmad Zahid, yang kini menggantikan Muhyiddin di jawatan timbalan perdana menteri.

Ahmad Maslan, MP Pontian itu pula menjadi timbalan kepada Datuk Seri Mustapa Mohamed di kementerian perdagangan antarabangsa dan industri selepas serangan hendap Najib, Selasa lalu ke atas Muhyiddin.


Muhyiddin yang 'lebih tahu'

Antara perkara yang disebut oleh Muhyiddin selepas digugurkan dari Kabinet, beliau “lebih tahu sedikit” mengenai 1MDB berbanding orang lain.

Sedikit demi sedikit, kita mendapat pembayangnya. Semalam, bocor lagi satu video yang menunjukkan Muhyiddin berkongsi mengenai perbualannya dengan Najib.

Dalam video itu, Muhyiddin berkata beliau antara lainnya bertanya kepada PM, mengapa wang RM2.6 bilion itu masuk ke dalam akaun peribadi Najib.

Muhyiddin tidak perlu menunggu lama jika beliau mahu menafikan perkara itu. Rumahnya di Bukit Damansara tidak putus-putus dihurung para wartawan hingga ke hari ini.

Adakah Umno cukup hairan jika presiden mereka memiliki wang sebanyak itu dalam akaun peribadi? Bagi salah seorang pemikirnya, Tun Faisal Ismail Aziz, perkara itu seolah-olah tidak ada apa-apa masalah.

"Duit yang masuk ke dalam akaun peribadi, itu hak dan rahsia peribadi individu yang tidak perlu diisytiharkan kepada orang ramai,” katanya.

Maka, kita boleh melihat dua aliran dalam Umno. Yang pertama, selari dengan pandangan Tun Faisal.

Aliran kedua pula akan bersolidariti dan simpati dengan Muhyiddin. Mereka pastinya melihat ada sesuatu perkara yang tidak kena apabila seorang PM boleh memiliki wang sebanyak itu dalam akaun peribadi.


Tersungkur di Putrajaya

Lebih tidak kena, Muhyiddin hilang jawatannya selepas mempersoalkan perkara itu.

Mengulas dakwaan mengenai wang dalam akaunnya, seperti dilapor The Wall Street Journal, Najib menafikan bahawa wang dalam akaunnya dibelanjakan untuk tujuan peribadi.

Tetapi, tidak kiralah bagaimana wang itu dibelanjakan. Sekiranya benar wang itu masuk ke akaun Najib dan dibelanjakan, perkara itu sudah cukup untuk menimbulkan persoalan.

Umno tidak perlu menunggu sehingga habis siasatan sebelum bertindak ke atas pemimpin yang didakwa rasuah kerana parti itu mempunyai piawai dan pemikiran yang berbeza dengan badan siasatan kerajaan atau mahkamah.

Sebelum ini, kita pernah melihat tokoh yang dijatuhkan hukuman di mahkamah kerana kesalahan rasuah tetap terpilih ke jawatan utama dalam parti.

Maka tidak hairanlah sekiranya Najib boleh kekal sebagai presiden parti walau mahkamah kelak mendapati perdana menteri itu terlibat dengan rasuah.

Tapi Umno kali ini perlu bertindak lebih baik dari itu. Umno terpaksa menunjukkan imej yang bersih untuk membolehkannya meraih kepercayaan pengundi bagi mengekalkan kuasa dalam pilihan raya akan datang.

Kebetulan pula, Muhyiddin dalam kenyataannya selepas digugurkan dari Kabinet menyatakan ikrar serupa – untuk mengembalikan keyakinan kepada Umno.

Bibit-bibit penentangan ke atas Najib kini mula dilihat, namun akar umbi Umno nampaknya masih mengambil masa untuk pulih dari trauma dan memahami perkara yang terjadi.

Tumpuan perlu diberikan kepada sentimen di kalangan Umno Johor memandangkan Muhyiddin merupakan tokoh utama yang memacu sokongan daripada negeri kelahiran parti itu.

Tidakkah orang Umno Johor tertanya-tanya, apakah perkara yang lebih diketahui oleh Muhyiddin?

Tidakkah mereka cukup hairan apabila maklumat itu menyebabkan Muhyiddin tersungkur di Putrajaya?
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2015 06:15 PM | Show all posts
'Yakin PM tak tutup mulut, tak tutup telinga'

5:15PM - 30 Jul 2015
http://www.malaysiakini.com/news/306734



Anggota kabinet Datuk Tajudin Abdul Rahman yakin perdana menteri akan mengulas kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam sebuah video bocor berhubung dana RM2.6 bilion yang didakwa dalam akaunnya.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Tajudin Abdul Rahman berkata ini kerana Muhyiddin Yassin telah menyebut nama Datuk Seri Najib Razak.

"Ini adalah satu tuduhan sangat serius. Saya tidak fikir Najib akan mengabaikannya. Saya pasti Najib tidak akan menutup telinganya. Dia akan jelaskan, cuma perlu bersabar," katanya.

"Jika sesuatu seperti itu berlaku kepada kamu, saya pasti dia tidak mahu namanya tercemar jika itu tidak benar," katanya sambil menambah isu itu kini sedang hangat dibahaskan oleh media di dalam dan luar negara.



Bagaimanapun, beliau mendakwa tidak mengetahui berhubung dakwaan Muhyiddin ada berbual dengan Najib berhubung itu.

"Najib mungkin telah bercakap dengan Muhyiddin, jika Muhyiddin mendakwa dia telah mendengar daripada (Najib), kami tidak tahu.

"Kami pegang apa yang dia kata, kami percaya pada beliau," tambahnya.

Tajudin berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai video bocor yang dikatakan memuatkan pengakuan Muhyiddin bahawa perdana menteri mengaku dana RM2.6 bilion berada dalam akaun peribadinya.

Semalam Malaysiakini cuba mendapatkan respon perdana menteri berhubung video tersebut, namun beliau tidak melayan soalan wartawan.

Soalan itu diajukan ketika Najib beredar selepas menghadiri satu majlis di Kuala Lumpur malam tadi.

Bagaimanapun, Timbalan Menteri Datuk Ahmad Maslan yang menghadiri majlis yang sama, memberitahu pemberita selepas Najib beredar, bahawa perdana menteri telah memberi taklimat kepada Majlis Tertinggi Umno mengenai isu RM2.6 bilion itu.

"Beliau (Najib) tidak pernah menggunakan wang 1MDB dan masukkan ke dalam akaunnya," tegas Ahmad.  
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2015 06:18 PM | Show all posts
ha tu dia dah tunjuk. RM20.00 je. bukan bilion. hishhhh you all ni.
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2015 06:20 PM | Show all posts
IGP: Pasukan petugas akan teliti video bocor

5:00PM - 30 Jul 2015
http://www.malaysiakini.com/news/306732



Pasukan petugas khas yang menyiasat dakwaan berkaitan 1MDB akan meneliti video bocor Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ditanya sama ada maklumat baru itu akan dikendalikan oleh pasukan petugas berkenaan, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menjawab: "Ya".

Bagaimanapun, beliau tidak mahu mengulas lanjut mengenai video tersebut, yang telah tersebar luas.

"Saya tidak akan komen mengenai siasatan ke atas 1MDB kerana sudah ada pasukan petugas yang mengendalikannya.

"Saya tidak akan buat apa-apa komen," katanya berulang kali, ketika ditanya sama ada pihak polis akan menyiasat dakwaan tersebut.

Khalid adalah anggota pasukan petugas khas itu, yang juga dianggotai oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Bank Negara.

Dalam klip video selama 57 saat, Muhyiddin mendakwa bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak mengakui RM2.6 bilion telah dipindahkan ke dalam akaun peribadinya.

Muhyiddin berkata demikian ketika bertemu dengan beberapa tetamu di rumahnya pada hari Selasa selepas Najib menggugurkannya dari kabinet.
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2015 06:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Siap solat hajat...zikir ya hanana...status lebai bulan puasa..nak cover.

Paling best ibupejabat pdrm bukit aman terbakar....setaraf negara miskin ja xda alat pengesan asap atau nak tutup lobang?
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2015 06:35 PM | Show all posts
Mukhriz: I know who recorded 'RM2.6b and PM' video

6:10PM Jul 30, 2015
http://www.malaysiakini.com/news/306744



Mukhriz Mahathir has revealed that he knows who recorded the conversation between former deputy premier Muhyiddin Yassin and him as well as several other guests on Tuesday night.

However, the Kedah menteri besar did not deny the topic of discussion.

Mukhriz was responding to questions on the leaked video during a Hari Raya open house at his Gurun Umno division, reported Kwong Wah Yit Poh.

In the explosive 53-second clip, Muhyiddin had said Prime Minister Najib Abdul Razak admitted RM2.6 billion was deposited into his personal bank account.



Meanwhile, Sin Chew Daily reported Mukhriz as saying he does not think he committed any wrongdoing but stressed that he was prepared for changes.

The menteri besar also pointed out while he could not prevent the house owner (Muhyiddin) from discussing any matters in his home, he (Mukhriz) did not add to the conversation.

He also said positions are bestowed by the grace of God and hence he does not feel threatened.

Mukhriz was asked if his menteri besar position was at stake with regard to the video.

Previously, Najib had accused Mukhriz's father, former premier Dr Mahathir Mohamad of masterminding his downfall.

Mukhriz said he visited Muhyiddin after he was dropped as deputy prime minister on Tuesday in his capacity as menteri besar.

Mukhriz said he wanted to express his gratitude to the former number two, who was also education minister, over the allocations given to schools in Kedah.

Muhyiddin, however, has maintained silence over the video.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-7-2015 06:37 PM | Show all posts


ramai org Jhr di blakang wak Yidin.

Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2015 06:39 PM | Show all posts
dalam zaman kini, susah nak bersangka baik apabila ada sesorang bagi kat ko 2.6billion tanpa ada imbuhan apa2..

kalau kata 20 juta mungkin nak kata ya ya pak arab kawan najib itu kaya raya dok sedekah bagi duit sagu hati maybe untuk duit kopi pengempen masa pilihanraya tersebut..

tapi ne 2.6 billion!!

Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2015 06:44 PM | Show all posts
Maideen. replied at 30-7-2015 05:10 PM
Perkataan "mungkin" yang Maideen gunakan hendak di beri efek. (Maideen harap anda faham maksud per ...

cehhh jokpan kaki kipas ropenyaaaa si maideen dotdotdot ni bagi...
choy sangat!!!

kalo gitu maksudnya...baik ko banding kan aku ngan anak sultan brunei yg baru beranak 2 jam...
cerdik2 tak cerdik la kompem dia kaya depada aku

nevertheless akak amik la point ko yg "mungkin" tu maideen..
dotdotdot sungguh ko ni.....
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2015 06:48 PM | Show all posts
Maideen. replied at 30-7-2015 05:31 PM
Jika jelas bahawa persepsi donya terhadap menyebabkan Malaysia akan mengalami kesusahan dari segi  ...

perenggan nombor satu sila usahakan yer maideen..
akak sokom sangat kalo semangat apa2 mous tu dijayakannn....
kalo jibby ada semangat tu..akak mau juga melaungkan
"long live najib"
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 08:00 PM GMT+8 , Processed in 0.074633 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list