CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3219|Reply: 3

Orang Utan Cedera Diselamatkan Dari Sebuah Ladang

[Copy link]
Post time 16-7-2015 09:46 AM | Show all posts |Read mode

[size=0.813em]  (Ubah saiz teks)

[size=0.98em]KOTA KINABALU: Seekor orang utan yang cedera dipercayai dikelar berjaya diselamatkan dari sebuah ladang di Sandakan.
[size=0.98em]Orang utan jantan itu mendapat rawatan di Pusat Pemulihan Orang Utan Sepilok.
[size=0.98em]Petugas renjer hidupan liar sedang menyiasat sama ada haiwan itu diserang oleh pemburu atau kumpulan haiwan lain.
[size=0.98em]Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah, William Baya berkata orang utan itu mempunyai kesan kelar dan beberapa kecederaan lain pada badan tetapi semakin pulih.



[size=0.98em]"Ia semakin ok dan bertindak balas kepada rawatan," katanya.
[size=0.98em]Satu laporan polis turut dibuat petang Rabu.
[size=0.98em]Orang utan antara haiwan yang dilindungi sepenuhnya di Sabah.
[size=0.98em]Pada 18 Ogos lalu, tiga orang utan yang diberi nama Mambo, Terry dan Mary ditemui mati dengan kesan tikaman di ShangriLa Rasa Ria Nature Resort di Tuaran, kira-kira 40km dari sini.
[size=0.98em]Dua haiwan lain turut cedera dalam serangan itu tetapi sehingga hari ini tiada tangkapan dilakukan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-7-2015 03:49 PM | Show all posts
takde ati perut langsung..
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2015 09:18 PM | Show all posts
kesiannya.. org utan pun dibunuh dan ditikam..
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2015 04:22 PM | Show all posts
sian orang utan ni. dalam paper dikatakan hilang suara.



SANDAKAN - Seorang pekerja estet warga Indonesia dipenjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret Sandakan di sini kerana mencederakan seekor orang utan jantan menggunakan parang di Gedau, Long Manis, Beluran pada 13 Julai lalu.

Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah, William Baya dalam kenyataan berkata Syam Bin Sul, 38, didakwa mengikut Seksyen 37 Enakmen Pemeliharaan Hidupan Liar 1997 yang memperuntukkan hukuman penjara dua tahun atau denda maksimum RM20,000 atau kedua-duanya kerana menyebabkan kecederaan kepada haiwan yang dilindungi.



"Adalah malang kerana pelaku memilih mencederakan orang utan apabila beliau dengan mudah dapat melarikan diri jika benar haiwan itu mengejarnya.

"Hukuman yang diputuskan oleh mahkamah itu harus dijadikan pengajaran kepada individu lain sekiranya mereka mencederakan haiwan yang dilindungi, lebih-lebih lagi spesies yang dilindungi sepenuhnya.     

Sementara itu, William berkata orang utan itu yang mengalami luka dalam dan luka dikelar masih memerlukan penjagaan rapi, mungkin untuk tempoh beberapa minggu akan datang.



"Kami berharap sebaik semua masalah itu diselesaikan, kami dapat menghantarnya kembali ke tempat asalnya," katanya.

Untuk mengelakkan kejadian itu pada masa depan, William juga menasihatkan semua pemilik dan pengurus ladang untuk memaklumkan jabatan itu jika mereka mendapati mana-mana haiwan yang dilindungi berkeliaran di ladang mereka. - Bernama

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Gambar & Video


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 08:40 PM GMT+8 , Processed in 0.078007 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list