|
Setiap kali tibanya hari raya, yang paling seronok mestilah anak-anak, ini kerana bukan sahaja dapat bercuti panjang kira-kira seminggu, malah berpeluang menerima duit raya yang dinanti-nantikan. Akan tetapi bagi orang dewasa khususnya ayah dan ibu berasa agak tertekan, maklumlah kebelakangan ini berlaku inflasi berikutan pelaksanaan cukai perkhidmatan dan barangan (GST) serta kejatuhan nilai matawang ringgit yang teruk, menjadikan perbelanjaan rumahtangga semakin membebankan, justeru itu ramai ibu bapa terpaksa membuat bajet duit raya ketika balik beraya di kampung.
Namun demikian timbul pula masalah lain iaitu duit raya yang diberikan itu pula harus bersesuaian dengan 'harga pasaran' yang telah dianggarkan di kalangan anak-anak ahli keluarga dan saudara mara. Justeru itu, berapa bajet duit raya amat lah menguji kebijaksanaan para ibu dan ayah.
Jadi, berapakah bajet duit raya yang anda peruntukkan untuk diberikan kepada kanak-kanak?
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|