View: 8615|Reply: 56
|
[Tempatan]
Hudud Bukan Hukuman Untuk Pesalah Rasuah
[Copy link]
|
|
Edited by Alion at 6-8-2015 12:51 AM
Hudud bukan hukuman untuk pesalah rasuah
SHAH ALAM – Hukuman terhadap pelaku rasuah bukan potong tangan seperti perbuatan mencuri mengikut hukum hudud sebaliknya diadili melalui hukum ta’zir.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, meskipun perbuatan menerima dan memberi rasuah itu salah namun, mencuri tetap menerima hukuman lebih berat kerana mengambil harta orang lain tanpa kerelaan pemiliknya.
“Adakah rasuah termasuk dalam mencuri? Tidak. kerana mencuri ada takrif. Ulama takrifkan mencuri adalah mengambil harta orang secara senyap tanpa pengetahuan tuannya dari tempat simpannya. Itu mencuri.
“Rasuah ini takrifnya lain. Itu kerana kita mahukan sesuatu daripada pihak yang berkenaan. Kita bayar, sogokan pada dia. Itu rasuah. Maka, hukumnya lain. Kedua-duanya salah,” katanya ketika menjawab soalan penonton pada program ‘Hudud Dari Kaca Mata Hadi’ dalam program Bicara Minda anjuran Sinar Harian, di sini, semalam.?
Mengulas lanjut, beliau berkata, perbuatan mencuri lebih teruk daripada rasuah kerana rasuah itu diberi dengan persetujuan pemberi.
“Di mana kita menganggap mencuri itu penyakit masyarakat yang tidak ada ubat melainkan dengan ini sahaja kerana individu yang mencuri ini mengambil harta orang dengan cara yang mudah. Ambil titik peluh orang. Mengikut Islam, tidak ada ubat lain.
“Mencuri ini, parahnya mengambil harta orang lain, daripada simpanan orang itu...yang lebih teruk daripada rasuah. Rasuah ini yang tukang beri rasuah reda tapi Tuhan tak reda. Dua-dua itu salah belaka. Yang mencuri ini tidak. Tuannya tidak reda hartanya diambil. Sebab itu hukuman kepada pencuri sangat keras,” katanya.
Menurutnya, hukuman penjara yang dikenakan mengikut undang-undang sekarang ini tidak menyelesaikan masalah pencuri malah mereka akan mengulang kembali perbuatan tersebut selepas dibebaskan.
“Islam mengatakan ubatnya potong tangan. Undang-undang yang ada hari ini, penjara. Apabila dipenjara, mereka makan percuma. Kemudian keluar, duduk di luar susah katanya. Mencuri balik. Itu yang pertama.
“Kedua, apabila dipenjara, isteri dan anaknya siapa yang jaga? Tidak ada. Menyebabkan jadi gejala sosial pula. Kalau potong tangan, dia akan di rumah, ada jaminan daripada kerajaan beri kerja untuknya yang munasabah.
“Ketiga, apabila dia dipenjara, dia bertemu 100 pencuri lain...dia buat seminar dalam penjara. Bertukar fikiran,” katanya.
http://www.sinarharian.com.my/nasional/hudud-bukan-hukuman-untuk-pesalah-rasuah-1.382505
Alion komen:
Curi 1 ribu kena hudud potong tangan (dicacatkan). Rasuah 1 bilion kena hukum takzir penjara 30 tahun (tak cacat). Sangat tak adil kan.
Dikatakan non-muslim tak kena hudud. Non-muslim rasuah 1 bilion kena hukum civil penjara 30 tahun (tak cacat). Muslim curi 1 ribu kena hudud potong tangan (dicacatkan). Sangat tak adil kan.
Hukum yg tak adil bercanggah dengan konsep Islam utamakan keadilan. Jadi hukum Quran pun bila menyebabkan tak adil wajib kita tolak. Jangan jadi golongan yg zalim. Betul tak.
|
|
|
|
|
|
|
|
Kerajaan bagi kerja kepada org yg dipotong tangan? Yang cukup sifat pun berebut post kosong dalam gomen.. |
|
|
|
|
|
|
|
so..klau rasuah hukuman camner lak..
|
|
|
|
|
|
|
|
confirm pemakan rasuah gumbira |
|
|
|
|
|
|
|
hudud versi agama bijan |
|
|
|
|
|
|
|
Wow...klu mcm tu selamatla Najib and the gang...kne denda je tak kne potong tangan
Alhamdulillah...sebab tu saya suka Hadi bak kata Najib |
|
|
|
|
|
|
|
sesaja nak cari pasal ... buat2 tak nampak plak hukuman bagi pesalah rasuah . memang sengaja . Hanya Allah sahaja yang tahu apa matlamat tt buat tajuk thread begitu?
hukum ta'zir tuh buat2 tak nampak.... inilah sikap manusia... |
|
|
|
|
|
|
|
seboleh mungkin nak menampakkan perundangan islam itu buruk d mata manusia ..... tapi tetap nampak keadilan |
|
|
|
|
|
|
|
lohhhh...kalu rasuah pulis trapik 50 hinggit tepi jalan tu memang lah atas dasar persetujuan pemberi penerima secara bersama dan duit yg dibagi itu dah mmg duit dia
tapi kalu dah libatkan elemen salahgunakuasa guna, dan duit yg jadi habuan rasuah itu datang dari dana awam, (misal dgn cara naikkan nilai pembelian/projek yg berlipat kali ganda sbb nak kaver nilai rasuah ehhh derma atas jasa baik luluskan tender), itu dah bukan atas dasar persetujuan pemberi dgn penerima dah sbb pemilik yg sebenar harta itu adalah rakyat
takkan nak hukum lebih ringan dari pencuri setin milo kat supermarket?
mestilah hukumannya lebih berat, sbb melibatkan kecurangan dlm memegang amanah dlm pengurusan harta pihak lain ie rakyat
rakyat tak redho
bila tak redho, maknanya mencuri lah tuh
duhhhhhhh |
|
|
|
|
|
|
|
nak kena belajar bab muamalah plak ker?
|
|
|
|
|
|
|
|
sedangkan hudud tuh hanyalah sebahagian sahaja dari perundangan islam . masalah apa sebenarnya nih? ... ada lagi hukuman2 kepada pesalah2 dalam perundangan islamkan? ... kenapa ?
kalau buat salah , dalam mana perundangan pun takkan lepas. so jika perundangan sekarang kena 10 thn penjara , jika perundangan islam pun, pemimpin boleh jer kalau nak buat 20 thn penjara. tapi ianya tetap bukan dalam kategori hukum hudud itu sahaja .
so nak suruh hukuman tuh masuk dalam hukum hudud juga ker? |
|
|
|
|
|
|
|
eh eh tetibe setuju plak org kene potong tangan ??? bukan kejam ke ?? |
|
|
|
|
|
|
|
apa2 pun itu apa yg aii paham ... kalau ada pemahaman selain dari itu .. silakan .... |
|
|
|
|
|
|
|
hzln replied at 5-8-2015 09:08 AM
lohhhh...kalu rasuah pulis trapik 50 hinggit tepi jalan tu memang lah atas dasar persetujuan pemberi ...
itu dipanggil merompak rakyat. dilakukan secara senyap2 tanpa persetujuan rakyat juga.
PAS yg kena hijack ni, makin lama makin tak betul |
|
|
|
|
|
|
|
Hudud tu salah 1 hukum islam..tu kan dia cakap guna ta'zir...xreti baca ke apa? Xde terlepas punya... |
|
|
|
|
|
|
|
Amek dana kerajaan yg diambil dri cukai yg dikenakan kpd rakyat marhaen tu bukan dikira mencuri ke? Kenyataan bimbo yg xkena masa dan tempat bilamana rakyat tgah marah dgan songlap duit oleh bijan. Jangan nampak beking bijan sgat la hadi oii buat malu nama islam je :: |
|
|
|
|
|
|
|
Patutlah Najib suka Quote kata-kata Hadi sekarang. Last2 PAS sendiri keliru dengan takrif hudud? Islam mementingkan keadilan..Jika hudud takrifan PAS tidak mampu menegakkan keadilan, baik lupakan saja. |
|
|
|
|
|
|
|
Pi ulas hukum org mencuri wakpe..
Ulas la hukum rasuah..sementara isu rasuah tgh hot skang.. |
|
|
|
|
|
|
|
itulah, mmg tak patut hadi kluarkan kata2 sedemikian rupa pada masa amarah rakyat tengah membuak2 tika ini, buat mengundang salahtafsiran orang saja, org tgh marah mmg lebih cenderung utk pikir yg bukan2
kalu dikeluarkan pada tika negara tak hadapi sebarang skandal menyonglap yg berskala besar sebegini mungkin orang mampu berfikir secara lebih tenang dan rasional dan takkan kaitkan dgn apa2 perkara atau mana2 individu
|
|
|
|
|
|
|
|
Alion pula kene hudud ye |
|
|
|
|
|
|
| |
|