CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1749|Reply: 0

[Lain-Lain] SETELAH BERHIJAB, AMBER CHIA BERAZAM PUASA PENUH RAMADHAN INI

[Copy link]
Post time 3-7-2015 05:29 PM | Show all posts |Read mode


Penampilan pelakon dan supermodel terkenal, Amber Chia yang tampil berhijab di Festival Hijab Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIHF) 2015, baru-baru ini telah menarik perhatian ramai yang rata-ratanya menberikan komen positif.
Bagi Amber, niatnya mengenakan hijab adalah kerana ingin memahami dan merasai sendiri perasaan seorang muslimah.
“Sebagai rakyat Malaysia di mana negara kita mempunyai pelbagai kaum dan agama, saya kira tidak salah jika saya sendiri mengalami pengalaman setiap agama di negara ini.
“Ada kawan-kawan luar negara yang bertanya kepada saya beberapa perkara dan mempersoalkan kenapa saya pakai tudung dan saya terangkan pada mereka yang saya mahu rasa sendiri pengalaman bertudung.
“Pada saya, individu bukan Islam memakai hijab atau tidak merupakan satu pilihan,” katanya.
Selain itu, beliau turut mengakui semakin suka mengenakan hijab kerana berasa sangat tenang, selain dapat memahami agama dan budaya Islam dengan lebih lagi.
Bintang kelahiran negeri Perak ini juga menyatakan keazamannya untuk berpuasa penuh pada bulan Ramadan. Menurutnya, ketika menjayakan satu kerja amal dua tahun lalu, beliau pernah merasai pengalaman berpuasa selama 10 hari.
“Tahun ini saya mahu cuba berpuasa selama 30 hari. Saya nak rasa sendiri pengalaman bagaimana jika tiada makanan. Selain itu, berpuasa ini sebenarnya bagus juga sebagai amalan berdiet.
“Saya sebenarnya tidak kisah jika tidak makan cuma saya tidak tahan dahaga. Dua tahun lalu saya ada cuba berpuasa, cuma saya jadi sangat tidak bermaya kerana terlalu dahaga. Namun, pada tahun ini saya mahu cuba lagi. Saya juga mahu rasa pengalaman bangun bersahur,” katanya.
Semua pasti berasa terharu dan bangga dengan Amber Chia yang sama-sama cuba berpuasa di bulan Ramadhan, meskipun beliau bukan beragama Islam. Semoga segala yang dihajatinya dapat ditunaikan, tanpa halangan yang boleh membantutkan niat sucinya itu.
Sumber: MYNEWSHUB.CC

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Hari Raya Aidilfitri


    ADVERTISEMENT



     

    ADVERTISEMENT


     


    ADVERTISEMENT
    Follow Us

    ADVERTISEMENT


    Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

    26-11-2024 09:15 PM GMT+8 , Processed in 0.841430 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

    Powered by Discuz! X3.4

    Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

    Quick Reply To Top Return to the list