CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1358|Reply: 0

[Lain-Lain] Mulut Berbau Ketika Puasa?

[Copy link]
Post time 30-6-2015 05:56 PM | Show all posts |Read mode

Pada bulan puasa  ini kita bukan sahaja menahan lapar dan dahaga tapi perlakuan juga kenalah jaga terutama mulut. Jangan pula puasa kamu sia-sia sahaja kerana asyik mengata orang.  Bulan puasa ini kami tahu anda semua menghadapi masalah yang sama, iaitu mulut berbau kan? Usah gusar kerana Eh! sediakan tip untuk mengurangkan bau mulut ketika berpuasa:


1.      Memberus gigi dan lidah

Memberus gigi memang mudah, tidak perlu ambil masa yang lama. Tapi cara kita memberus gigi perlulah teliti, pastikan anda memberus seluruh celah gigi supaya sisa makanan sahur tadi hilang. Jika perlu, gunakan benang flos untuk mencapai ruang yang sempit. Jangan lupa untuk memberus lidah sekali ya!

2.      Minum air

Perbanyakkan minum air masak ketika berbuka dan bersahur kerana mulut kita akan kering sepanjang hari kita berpuasa. Meminum air dengan banyak dapat menjaga keseimbangan air dalam tubuh dan membantu penghasilan air liur.


3.      Keju dan susu

Pengambilan keju yang rendah karbohidrat, tinggi kalsium dan mengandungi fosfat, dapat memperkuatkan  gigi, meningkatkan pengeluaran air liur dan mengurangkan pertumbuhan karang gigi. Susu pula dipercayai dapat mengatasi masalah bau mulut.

4.      Pemakanan

Makanan yang dimakan juga mungkin punca masalah nafas berbau seperti bawang putih dan kopi. Makanlah makanan yang sihat dan bertekstur keras ketika bersahur seperti cornflakes, kekacang dan buah epal kerana ini dapat membantu membersihkan bahagian lidah paling belakang.


Mulut berbau itu sebenarnya perkara normal ketika berpuasa tapi ada caranya untuk mengurangkan bau. Kalau sudah berbau sangat, haa maknanya sudah tiba masa untuk bertemu doktor gigi. Mungkin gigi anda perlu diservis!


EH!


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Hari Raya Aidilfitri


    ADVERTISEMENT



     

    ADVERTISEMENT


     


    ADVERTISEMENT
    Follow Us

    ADVERTISEMENT


    Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

    20-5-2024 03:24 AM GMT+8 , Processed in 0.286946 second(s), 26 queries .

    Powered by Discuz! X3.4

    Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

    Quick Reply To Top Return to the list