CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3896|Reply: 21

[Tempatan] YB Rafizi saman balik bijan dan kakmah

[Copy link]
Post time 30-6-2015 03:33 PM | Show all posts |Read mode
Rafizi Ramli counter-sues PM Najib and Rosmah

PKR vice-president and secretary-general Rafizi Ramli has filed a counter-claim against Prime Minister Najib Abdul Razak and his wife Rosmah Mansor in the High Court in Kuala Lumpur on the suit by the two against him for his “diamond ring” jibe.

The counter-claim Rafizi filed on May 29 states that he had been victimised by the PM and Rosmah, who filed the suit against him for his criticisms of the fuel subsidy and the federal government.
hehehe...padan muka bijan dan kakmah gemok....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-6-2015 03:35 PM | Show all posts
sekadar nak jadikan isu politik je ni

dah sah2 memfitnah boleh lagi
buat2 tebal muka sambil panjang2 kan isu

set lembu punya rapuzi
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2015 03:38 PM | Show all posts
bodo punya dzeck..
lu tau ni fitnah ke?
lu ni nabi ke?
semua lu ckap tu betul ke?
lu muslim ke?
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2015 03:43 PM | Show all posts
bila majoriti geng bar council
jadi senjata pembangkang,

sistem guaman dan undang2
juga dijadikan alat mainan politik

so desperate
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2015 03:44 PM | Show all posts
Rafizi dan Chee Kong fail tuntutan balas

30 Jun 2015
http://www.sinarharian.com.my/se ... utan-balas-1.406253



KUALA LUMPUR - Naib Presiden PKR Mohd Rafizi Ramli dan pemilik portal Media Rakyat Chan Chee Kong memfailkan tuntutan balas terhadap satu saman yang dibuat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor berhubung kenyataan subsidi minyak.

Dalam tuntutan yang difailkan pada 29 Mei, Mohd Rafizi dan Chee Kong antara lain mendakwa saman itu satu penyalahgunaan proses mahkamah dan ia adalah satu percubaan kedua-dua plaintif untuk menyekat dan mengganggu wacana politik yang sah.

Kedua-duanya juga menuntut ganti rugi am, kos dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Peguam Choo Shi Jin, yang mewakili Najib dan Rosmah berkata kedua-dua defendan memaklumkan mahkamah bahawa mereka mahu meminda kenyataan pembelaan dan tuntutan balas mereka dan mahkamah telah memerintahkan mereka untuk memfailkan pindaan pada 8 Julai.

"Kami (plaintif) akan menjawab pindaan dan tuntutan balas mereka pada 22 Julai.

Mahkamah menetapkan 5 Ogos untuk pengurusan kes saman," katanya kepada pemberita selepas berjumpa Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Noraini Abdul Rahman dalam kamar hari ini.

Pada 16 April, Najib dan Rosmah memfailkan saman fitnah dan mendakwa bahawa Mohd Rafizi memberi ucapan berbaur fitnah dalam satu forum berkaitan subsidi minyak di Bandar Tun Razak pada 22 November tahun lepas.

[ARTIKEL BERKAITAN: Najib, Rosmah fail saman terhadap Rafizi]

Mereka mendakwa ucapan Mohd Rafizi dirakam oleh 'Media Rakyat', dan kemudiannya dimuat naik oleh Chee Kong atau pembantunya ke laman web YouTube Media Rakyat dan portal Media Rakyat di bawah tajuk 'Rafizi Ramli: Kenapa Kita Pertahankan Subsidi Minyak'.

Najib dan Rosmah juga mendakwa bahawa rakaman yang sama turut dikongsi Chee Kong dalam laman Facebook Media Rakyat, dan ia boleh diakses secara bebas oleh pengguna internet di seluruh dunia.

Mereka mendakwa rakaman itu ditonton sebanyak 9,736 kali dalam laman Facebook YouTube setakat 15 April manakala terdapat 356,569 pengguna yang mengikuti Facebook milik Mohd Rafizi dan 162,118 lagi dalam Facebook Chee Kong.

Najib dan Rosmah mendakwa bahawa Mohd Rafizi mempunyai niat supaya perkataan yang disebutnya diterbitkan semula oleh media massa untuk dibaca orang ramai.

Mereka mendakwa Chee Kong gagal mengamalkan prinsip 'responsible journalism' atau kewartawanan bertanggungjawab kerana gagal mengambil tindakan untuk mengesahkan atau menyiasat kebenaran tuduhan yang terkandung di dalam perkataan fitnah itu sebelum menerbitkannya.

Najib dan Rosmah menuntut ganti rugi am, ganti rugi tambahan dan ganti rugi teladan yang dianggap wajar oleh mahkamah. - Bernama
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2015 03:51 PM | Show all posts
Edited by EJALTI at 30-6-2015 07:52 AM

Rafizi, Chan fail tuntutan balas terhadap saman Najib dan Rosmah

Published: 30 June 2015 3:20 PM
http://www.themalaysianinsider.c ... an-najib-dan-rosmah



Naib Presiden PKR Mohd Rafizi Ramli dan pemilik portal Media Rakyat Chan Chee Kong memfailkan tuntutan balas terhadap satu saman yang dibuat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor berhubung kenyataan subsidi minyak.

Dalam tuntutan yang difailkan pada 29 Mei, Rafizi dan Chan antara lain mendakwa saman itu satu penyalahgunaan proses mahkamah dan ia adalah satu percubaan kedua-dua plaintif untuk menyekat dan mengganggu wacana politik yang sah.

Kedua-duanya juga menuntut ganti rugi am, kos dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Peguam Choo Shi Jin, yang mewakili Najib dan Rosmah berkata kedua-dua defendan memaklumkan mahkamah  mereka mahu meminda kenyataan pembelaan dan tuntutan balas mereka dan mahkamah  memerintahkan mereka untuk memfailkan pindaan pada 8 Julai.

"Kami (plaintif) akan menjawab pindaan dan tuntutan balas mereka pada 22 Julai.

Mahkamah menetapkan 5 Ogos untuk pengurusan kes saman," katanya kepada pemberita selepas berjumpa Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Noraini Abdul Rahman dalam kamar hari ini.

Pada 16 April, Najib dan Rosmah memfailkan saman fitnah dan mendakwa Rafizi memberi ucapan berbaur fitnah dalam satu forum berkaitan subsidi minyak di Bandar Tun Razak pada 22 November tahun lepas.

Mereka mendakwa ucapan Rafizi dirakam oleh “Media Rakyat”, dan kemudiannya dimuat naik oleh Chan atau pembantunya ke laman web YouTube Media Rakyat dan portal Media Rakyat di bawah tajuk “Rafizi Ramli: Kenapa Kita Pertahankan Subsidi Minyak”.

Najib dan Rosmah juga mendakwa  rakaman yang sama turut dikongsi Chan dalam laman Facebook Media Rakyat, dan ia boleh diakses secara bebas oleh pengguna Internet di seluruh dunia.

Mereka mendakwa rakaman itu ditonton sebanyak 9,736 kali dalam laman Facebook YouTube setakat 15 April manakala terdapat 356,569 pengguna yang mengikuti Facebook milik Rafizi dan 162,118 lagi dalam Facebook Chan.

Najib dan Rosmah mendakwa Rafizi mempunyai niat supaya perkataan yang disebutnya diterbitkan semula oleh media massa untuk dibaca orang ramai.

Mereka mendakwa Chan gagal mengamalkan prinsip “responsible journalism” atau kewartawanan bertanggungjawab kerana gagal mengambil tindakan untuk mengesahkan atau menyiasat kebenaran tuduhan yang terkandung di dalam perkataan fitnah itu sebelum menerbitkannya.

Najib dan Rosmah menuntut ganti rugi am, ganti rugi tambahan dan ganti rugi

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-6-2015 04:07 PM | Show all posts
d'zeck replied at 30-6-2015 03:35 PM
sekadar nak jadikan isu politik je ni

dah sah2 memfitnah boleh lagi

kalu nak tunggu saman dari bijan
...sampai jumpa telor pon takberani menyaman.


Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2015 04:10 PM | Show all posts
bangcak replied at 30-6-2015 04:07 PM
kalu nak tunggu saman dari bijan
...sampai jumpa telor pon takberani menyaman.

pasal dah disaman la
rapuzi sentap nak saman semula

haru lu ni lobai
tak tau baca
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-6-2015 04:13 PM | Show all posts
hihhkihhkhikkk...saman je
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2015 04:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Bole la tgk najib dgn rosmah turun naik mahkamah...
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2015 04:19 PM | Show all posts
cepatla dapat gelaran tun

Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2015 04:45 PM | Show all posts
rafizi disaman sebab memfitnah...rafizi menyaman sebab kena saman???
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2015 04:49 PM | Show all posts
PM kaki saman kena saman






Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2015 04:51 PM | Show all posts
rapuzi saman sebab
kononnya dia jadi mangsa saman?

pfftt
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2015 04:56 PM | Show all posts
lostnfaun replied at 30-6-2015 04:16 PM
Bole la tgk najib dgn rosmah turun naik mahkamah...

raso nya tak Beb...melalaui tipon kot....
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2015 04:59 PM | Show all posts
amik popcorn jap..makin menarik politik msia nie....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-6-2015 06:11 PM | Show all posts
lostnfaun replied at 30-6-2015 04:16 PM
Bole la tgk najib dgn rosmah turun naik mahkamah...

boleh kurus jadinya kakmah kalau turun naik mahkamah...
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2015 09:23 AM | Show all posts
Rafizi fail tuntutan balas pada Najib, Rosmah

6:14PM - 30 Jun 2015
http://www.malaysiakini.com/news/303596



Naib Presiden dan Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli memfailkan tuntutan balas terhadap Perdana Menteri Datuk Najib Abdul Razak dan isterinya Rosmah Mansor di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Ia berhubung saman mereka terhadapnya ekoran ejekan Rafizi mengenai "cincin berlian".

Tuntutan balas Rafizi difailkan pada 29 Mei menyatakan bahawa beliau telah dijadikan mangsa oleh PM dan Rosmah, yang memfailkan saman terhadapnya kerana kritikan beliau mengenai subsidi bahan api dan kerajaan persekutuan.

Rafizi berkata saman itu sebagai percubaan Najib dan Rosmah untuk menyekat wacana politik yang sah dan merupakan penyalahgunaan proses.

"Justeru itu, saya telah mengalami kerugian ekoran tindakan plaintif," kata Rafizi dalam tuntutan balas itu.

Beliau memohon ganti rugi am, kos dan relif lain yang mahkamah boleh memberikan kepadanya.


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2015 10:21 AM | Show all posts
apa pasal rafizi yang fitnah, rafizi yang saman? donia donia!
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2015 10:27 AM | Show all posts
ah jib ni saman beria..
tapi tak pernah plak dgr dia turun mahkamah kasi keterangan ke hapa...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 11:18 AM GMT+8 , Processed in 0.075905 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list