CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 6004|Reply: 55

[Dunia] Burj Khalifa punyai tiga waktu berbuka puasa?

[Copy link]
Post time 29-6-2015 03:37 PM | Show all posts |Read mode
Burj Khalifa punyai tiga waktu berbuka puasa?

27 Jun 2015
http://www.sinarharian.com.my/global/burj-khalifa-punyai-tiga-waktu-berbuka-puasa-1.405271

LAZIMNYA perbezaan waktu berbuka puasa disebabkan oleh perbezaan wilayah, negeri, misalnya waktu berbuka puasa di Shah Alam selalunya akan berbeza dengan Kuala Lumpur, meskipun secara geografinya kedua-dua kawasan itu berdekatan.

        Namun, pernahkah anda mendengar adanya waktu berbuka puasa yang berbeza waktu dalam satu bangunan?

        Menarik bukan, memetik laporan Kompas.com perkara yang kelihatan mustahil berlaku di Malaysia ini terjadi di bangunan tertinggi di dunia iaitu di Burj all-Khalifa di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE).

KENAPA BERBEZA WAKTU

        Laporan itu dipetik, puncanya adalah kerana faktor ketinggian.

        Oleh itu , Kementerian Urusan Agama Islam dan Amal Sosial di Dubai telah menerbitkan jadual berbuka puasa khusus  di bangunan ini.

        Sebagai pencakar langit tertinggi di dunia sejak 2010 hingga kini dan berlokasi di negara Islam, bangunan ini mendapat perakuan berbeza waktu berbuka puasa berbanding lokasi-lokasi lainnya di Dubai.

        "Tingginya bangunan inilah yang pada akhirnya mempengaruhi waktu berbuka puasa....pembahagian ini berdasarkan matahari terbenam yang dilihat oleh penghuni bangunan ini," petik kenyataan Pengarah urusan agama Islam dan Amal Sosial Dubai,  Dr. Ahmed Al Haddad.

        Menurut Ahmed,  penghuni yang tinggal di aras 80 tingkat ke bawah, akan berbuka puasa sama dengan waktu di mana ketika azan Maghrib berkumandang di televisyen Dubai atau masjid berdekatan, manakala penghuni di aras 80-150 tingkat akan berbuka puasa dua minit selepas azan dan bagi mereka yang tinggal di aras 150 tingkat ke atas harus berbuka puasa lewat tiga minit.

         Namun, mereka yang berada di aras ini akan menunaikan solat subuh tiga minit lebih awal berbanding penghuni yang berada ditingkat bawah.

TENTANG BURJ KHALIFA

        Burj Khalifa dahulunya dikenali sebagai Burj Dubai, ialah sebuah pencakar langit yang tertinggi didirikan di Dubai dan juga struktur binaan manusia tertinggi yang pernah dibina dalam sejarah, ia memiliki ketinggian 828 m (2,717 kaki).

        Pembinaan bermula pada 21 September 2004, sehingga struktur luarannya disiapkan pada 1 Oktober 2009 dan dibuka secara rasmi pada 4 Januari 2010.

        Bangunan ini merupakan sebahagian projek pembangunan besar-besaran seluas 2 km2 (490-ekar) yang dikenali sebagai Downtown Burj Khalifa di "Persilangan Pertama" di sepanjang Jalan Sheikh Zayed, berhampiran kawasan perniagaan utama Dubai.

        Pembina utamanya merupakan usahasama antara syarikat Samsung  dari Korea Selatan yang pernah membina Taipei 101 dan Menara Berkembar Petronas, kumpulan Besix dari Belgium dan Arabtec dari EAB.

        Jumlah perbelanjaan projek Burj Khalifa dianggarkan sekitar AS$1.5 bilion; dan untuk seluruh projek "Downtown Dubai" pula, AS$20 bilion.

        Reka bentuk Burj Dubai berasaskan seni bina Islam dengan tiga lobus tapak bangunan yang menyerupai bunga padang pasir.

        Menara ini terdiri dari tiga unsur yang membentuk gelendung utama. Pelan lantai berbentuk 'Y' yang menghadap Teluk Parsi.

         Ia juga berbentuk kubah bawang iaitu seni bina utama dalam Islam.

        Bahagian luar disadur dengan aluminium dan tekstur keluli tahan karat dengan jarak panel menegak berbentuk tiub sirip keluli tahan karat. Sistem lapisan direka agar tahan suhu panas melampau di Dubai.

        Bahagian dalaman dihiasi oleh pakar lanskap Georgio Armani. Hotel Armani mengambil 37 tingkat. Tingkat 45 hingga tingkat 700 akan menjadi apartmen persendirian bermula tingkat 64.

        Semua apartmen ini telah habis dijual dalam tempoh hanya 8 jam ketika mula dibuka.

         Pejabat korporat ditempatkan di tingkat 123 dan tingkat 124. Kolam renang juga disediakan pada tingkat 78.

        Burj Dubai mempunyai sistem lif yang paling laju di dunia iaitu 18 meter sesaat, mengatasi bangunan Taipei 101 yang mempunyai sistem lif dengan kelajuan 16.83 meter sesaat. Ia menggunakan sistem lif berangkai yang dipanggil double decker elevator.

        Jurutera menyatakan bangunan ini kukuh dari gegaran 120 darjah dan mampu menahan rempuhan angin ribut, taufan dan pelbagai bencana alam. Mereka telah mengambilkira faktor gempa bumi yang berlaku di wilayah Bam, Iran dan Teluk Parsi pada tahun 2004. Kedalaman pula 50 meter ke dalam tanah

        Burj Khalifa direka untuk menjadi titik pusat projek pembangunan pelbagai kegunaan besar-besaran yang merangkumi 30,000 buah rumah, sembilan buah hotel termasuk The Address Downtown Burj Dubai, kawasan taman seluas 3 hektar (7.4 ekar), sekurang-kurangnya 19 buah menara perumahan, pusat beli-belah Dubai Mall, dan Tasik Burj Khalifa buatan manusia seluas 12-hektar (30-ekar).
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-6-2015 03:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Maka berpusu2 la ummah ke tingkat bawah ketika  hendak berbuka
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2015 03:57 PM | Show all posts
kompem nk berbuka akan ambik yg palinggg cepat..
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2015 04:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Ye tak ye jugak ye
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2015 04:04 PM From the mobile phone | Show all posts
"Jumlah perbelanjaan projek Burj Khalifa dianggarkan sekitar AS$1.5 bilion"

...kalau duit lmdb yg lesap dibuat alburj brp biji blh dpt agaknya?:
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2015 04:07 PM From the mobile phone | Show all posts
macamana la ddk apartment kat stas tu..tingkat 50 pon dh seriau n gayat je aku rasa.ni.kan pulsk sampai tingkat beratus2.. hu hu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-6-2015 04:09 PM | Show all posts
Mcm last day puasa
Dok kl nak balik buka puasa kat johor sbb boleh buka awal
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2015 04:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Bio. Betik. Menara. Khalifa. Nih. Smpi. 700. Tingkat???.......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-6-2015 04:13 PM From the mobile phone | Show all posts
   Bahagian dalaman dihiasi oleh pakar lanskap Georgio Armani. Hotel Armani mengambil 37 tingkat. Tingkat 45 hingga tingkat 700
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2015 04:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Gilos. Mepek..... tinggi. just. Dabel. Menara. Petronas. Yg. Ada. 88. Tingkat....... tp. Pemberita. Nih. Main. Hentam. Jer. Letak. 700. Tingkat..... padahal. Just. 163. Tingkat. Jer
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2015 04:23 PM | Show all posts
ckup ker oksigen org2 yg dok tingkt atas tue.. mlm2 msti sjuk gler..
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2015 04:28 PM | Show all posts
sesedap je deme wat citer nie...
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2015 04:34 PM | Show all posts
dolu slalu berangan time berbuka nak ok sabah..sahur dok kl..
hahahahahah
,ase kecik la
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2015 04:47 PM | Show all posts
shernazz replied at 29-6-2015 04:34 PM
dolu slalu berangan time berbuka nak ok sabah..sahur dok kl..
hahahahahah
,ase kecik la

sekarang...ko tuuu...sahur ko ntah kemana...puasa ko ntah kemana...buka je tak pernah miss kooooo ni...










Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2015 04:52 PM | Show all posts
dodolgemok replied at 29-6-2015 03:47 PM
Maka berpusu2 la ummah ke tingkat bawah ketika  hendak berbuka

kot2 blum sempat sampai bwh dh 3 minit... sama je ko tunggu kat atas

Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2015 04:53 PM | Show all posts
mai dh sutun multinick tak pose sibuk kat porum...... p foodcourt mana hr nih...?

cc @razhar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-6-2015 04:53 PM | Show all posts
anwarkassim replied at 29-6-2015 04:47 PM
sekarang...ko tuuu...sahur ko ntah kemana...puasa ko ntah kemana...buka je tak pernah miss kooooo  ...

nape ko meroyan dek?>
kene tinggal bini ke?
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2015 04:55 PM | Show all posts
shernazz replied at 29-6-2015 04:53 PM
nape ko meroyan dek?>
kene tinggal bini ke?

mana ade bini weh.... berangan
motif die sakit hati ngan life org kan.... dah life sendu tu dok aaa diam2....
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2015 04:56 PM From the mobile phone | Show all posts
dino replied at 29-6-2015 04:52 PM
kot2 blum sempat sampai bwh dh 3 minit... sama je ko tunggu kat atas

Smbil turun tangga tu boleh minum makan kurma pelbagai. Baru la terasa berbuka awal hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2015 04:57 PM | Show all posts
dodolgemok replied at 29-6-2015 03:47 PM
Maka berpusu2 la ummah ke tingkat bawah ketika  hendak berbuka

wakakakaka.... yang ni kelako
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 07:18 PM GMT+8 , Processed in 0.077018 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list