CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2330|Reply: 15

keliru...

[Copy link]
Post time 29-6-2015 02:32 PM | Show all posts |Read mode
Edited by MH37O at 29-6-2015 02:33 PM

salam ramadan semua...

den ada 1 soalan yg agak jahiliah nak tanya sikit...actually dah lama tertanya2 akan perkara ni,cuma xberkesempatan dan segan nak tanya..

soalannya:

al-quran adalah buku/naskah bacaan spt penceritaan,riwayat,sejarah dll yg ada di dalamnya kan...kalau kita baca quran,umpama kita membaca buku/naskah  dlm bahasa arab/bahasa al-quran kan...persoalannya, kenapa perlu kita baca dgn sebutan yg betul dan teliti ie dgn penuh harakat,tajwid,kalau sebutan panjang  kena panjangkan, kalau bunyi pendek kena pendekkan...dlm erti kata lain, kalau kita salah baca,dia akan jadi salah dan tidak diterima tuhan...walhal kalau kita membaca dlm bahasa rumi ke, inggeris ke misalnya,jika tersalah sebut sikit,ia tak jadi masalah asalkan maksud tu sampai... kita membaca al-quran utk tahu dan faham terjemahannya...itu yg penting...kita faham maksud dlm al-quran itu...tapi...hurm entahlah

sbg contoh,kalau dlm buku rumi tulis "SELAMAT DATANG KE RUMAH SAYA", tp kita menyebutnya "SLAMAT DATANG KE RUUUUUUUUUUMAH SAYE"...kita masih faham apa yg nak dia sampaikan cuma sebutan dia agak lain sikit (dipanjang atau dipendekkan dll)

emmm...anda faham dop apa yg den nak maksudkan?harap2 anda faham apa yg den nak sampaikan...

selamat berpuasa kepada muslimin muslimah...tqvm
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-6-2015 02:52 PM | Show all posts
AL-QURAN adalah wahyu Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW sebagai salah satu tanda kemukjizatan Nabi terakhir dan sebagai panduan hidup kepada manusia sehinggalah ke hari kiamat.
Wahyu memberi maksud bahawa Al-Quran bukanlah kalam atau perkataan atau ciptaan manusia tetapi ia adalah sesuatu yang terus daripada Allah SWT.
Setiap Muslim dikehendaki wajib mengenal serta boleh membaca al-Quran kerana al-Quran ini merupakan sumber ilmu utama dan panduan yang terbaik dalam kehidupan.
Sekiranya mereka tidak boleh membaca maka dituntut untuk mempelajarinya. Seperkara yang harus diambil berat dalam pembacaan al-Quran adalah membacanya secara bertajwid.
Oleh sebab itu Nabi Muhammad SAW semasa hayatnya amat menitikberatkan pembacaan al-Quran yang tepat dan betul.
Ini dapat dilihat daripada gesaan-gesaan yang disebut dalam al-Quran itu sendiri.
Firman Allah yang bermaksud: Dan bacalah al-Quran dengan tartil. (al-Muzammil: 4)

Ayat ini jelas menunjukkan Allah SWT memerintahkan Nabi SAW membaca al-Quran yang diturunkan kepadanya dengan tartil iaitu mengelokkan sebutan akan setiap huruf dan makhrajnya secara bertajwid.
Ini membuktikan bahawa bacaan al-Quran yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW adalah bacaan bertajwid dan bukan sekadar bacaan biasa sahaja.
Hukum mempelajari ilmu tajwid adalah fardu kifayah manakala mengamalkannya dalam bacaan adalah fardu ain yakni wajib ke atas setiap Muslim lelaki dan perempuan.
Walaupun seseorang itu hanya mahu membaca al-Quran walaupun satu ayat, dia tetap perlu membacanya dengan tajwid yang betul, tidak kira sama ada dia pernah mempelajarinya atau pun tidak.
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2015 03:20 PM | Show all posts
salam ramadan semua...

den ada 1 soalan yg agak jahiliah nak tanya sikit...actually dah lama tertanya2 akan perkara ni,cuma xberkesempatan dan segan nak tanya..

Salam...

soalannya:

al-quran adalah buku/naskah bacaan spt penceritaan,riwayat,sejarah dll yg ada di dalamnya kan...kalau kita baca quran,umpama kita membaca buku/naskah  dlm bahasa arab/bahasa al-quran kan...persoalannya, kenapa perlu kita baca dgn sebutan yg betul dan teliti ie dgn penuh harakat,tajwid,kalau sebutan panjang  kena panjangkan, kalau bunyi pendek kena pendekkan...dlm erti kata lain, kalau kita salah baca,dia akan jadi salah dan tidak diterima tuhan...walhal kalau kita membaca dlm bahasa rumi ke, inggeris ke misalnya,jika tersalah sebut sikit,ia tak jadi masalah asalkan maksud tu sampai... kita membaca al-quran utk tahu dan faham terjemahannya...itu yg penting...kita faham maksud dlm al-quran itu...tapi...hurm entahlah

sbg contoh,kalau dlm buku rumi tulis "SELAMAT DATANG KE RUMAH SAYA", tp kita menyebutnya "SLAMAT DATANG KE RUUUUUUUUUUMAH SAYE"...kita masih faham apa yg nak dia sampaikan cuma sebutan dia agak lain sikit (dipanjang atau dipendekkan dll)

emmm...anda faham dop apa yg den nak maksudkan?harap2 anda faham apa yg den nak sampaikan...

Dalam Al-Quran itu sendiri ada ayat tentang baca ikut tartil (yang dipermudahkan bahasa: kaedah tajwid). Ada banyak sebabnya, saya beri contoh mudah, dalam bahasa Melayu, panjang pendek biasanya tak ubah makna, TETAPI dalam bahasa Arab, boleh berubah makna, bila panjang atau pendek

Contoh mudah, imbuhan Al-, merujuk kepada kata nama. Contoh Al-Baqarah, merujuk kepada Sapi yang dikisahkan dalam Al-Quran. Bila dipanjangkan AL kepada AAAL, ia membawa erti ahli keluarga. Contoh Aal-'Imran, merujuk kepada keluarga 'Imran. Kalau sebut Al-'Imran, ia merujuk kepada 'Imran (yang khas).

Kaedah Tajwid menjadikan bacaan Al-Quran itu menghampiri cara Sunnah, iaitu secara tartil. Al-Quran itu Kalam Allah, sebaik-baik perkataan, maka adalah baik dibaca dengan cara yang sebaik-baiknya (cara Sunnah).

Walau bagaimanapun, kesalahan dalam baca Al-Quran bukannya membawa kepada tak boleh baca Al-Quran. Itu kefahaman yang salah. Sesiapa yang berusaha baca Al-Quran dan cuba baiki bacaan, akan dapat 2 ganjaran, satu kerana bacaan, satu lagi kerana usaha untuk baiki bacaan.

WAllahu a'lam




Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2015 03:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by baulu at 29-6-2015 03:35 PM

Membaca Quran hanya sunat ttp memgamalkan isi kandungannya adalah wajib.

Perkara plg penting dlm bertilawah alQuran ialah mana tempat mula dan mana nak berhenti. Tajwid hanya jatuh secondary kerana ia hanya "bunga". Klu org x reti tajwid tapi tahu baca dan makhrajnya betul atau kdg2 sb lidah x fasih masih boleh diterima, dari sudut feqah takde masalah sebab makna ayat masih terjaga. Bacalah seperti mana ia ditulis.

Of course bila dah pandai tajwidnya, org tersebut akan dpt ganjaran2 lebih dari org yg mampu baca seperti buku biasa.
Ni yg sy faham sikit2 dari guru Quran sy yg juga seorg al muqri.
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2015 11:50 PM | Show all posts
den faham sangat2 le
apa yg mike nak sampaikan
tapi leh den tanya satu solan tak?
satu je

mai mana idea mike ttg persoalan ini?
dapat dari mana?
tu je ya n tq

**** ni peribahsa melayu - hanya jauhari kenal manikam
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-7-2015 11:16 AM | Show all posts
orangbesi replied at 29-6-2015 11:50 PM
den faham sangat2 le
apa yg mike nak sampaikan
tapi leh den tanya satu solan tak?

teruk eh soalan den tu? dah agak dah...

mai tang mana tu? dia dtg tiba2 masa tgk tv ada org membaca quran,kat bawah tu ada subtitle dalam BM...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 1-7-2015 11:22 AM | Show all posts
baulu replied at 29-6-2015 03:33 PM
Membaca Quran hanya sunat ttp memgamalkan isi kandungannya adalah wajib.

Perkara plg penting dlm  ...




membaca quran hanya sunat maksud anda, boleh dibaca dengan bersahaja (tanpa ikut tajwid sgt) sbb ia sunat ,asalkan faham maksud..dan mengamalkan isi kandungan adalah wajib,means dlm quran ada menyatakan kita wajib berpuasa,menutup aurat dan sebagainya yg lain (sbg cth),so kita melakukannya,jika tidak ikut yg disuruh ia haram...jadi, tidak salahlah jika dibaca quran itu walaupun tanpa disedari/sedari ada kesilapan sebutan kan?
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2015 06:42 PM | Show all posts
AL Quran diturunkan secara beransur ansur (bahagian demi bahagian) mengikut susunan (teratur)

Berkatalah orang-orang yang kafir: "Mengapa Al qur'an itu tidak diturunkan kepadanya sekali turun saja?"; demikianlah supaya Kami perkuat hatimu dengannya dan Kami membacakannya secara tartil (teratur).

(  سورة الفرقان  , Al-Furqan, Chapter #25, Verse #32)

atau lebih dari seperdua itu. Dan bacalah Al qur'an itu dengan tartil (teratur).  

(  سورة المزمل  , Al-Muzzammil, Chapter #73, Verse #4)

Dan Al qur'an itu telah Kami turunkan dengan berangsur-angsur agar kamu membacakannya perlahan-lahan kepada manusia dan Kami menurunkannya bagian demi bagian.  

(  سورة الإسراء  , Al-Isra, Chapter #17, Verse #106)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

AL Quran untuk diperhatikan ayat ayatnya supaya dapat difahami bukan untuk dilagu lagukan dan dibuat pertandingan..

Dan apabila dibacakan Al qur'an, maka dengarkanlah baik-baik, dan perhatikanlah dengan tenang agar kamu mendapat rahmat .  

(  سورة الأعراف  , Al-Araf, Chapter #7, Verse #204)

Dan Al qur'an itu telah Kami turunkan dengan berangsur-angsur agar kamu membacakannya perlahan-lahan kepada manusia dan Kami menurunkannya bagian demi bagian.  

(  سورة الإسراء  , Al-Isra, Chapter #17, Verse #106)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Hikmahnya agar kita dapat melaksanakan /menegakkan / memenangkan (islam) mengikut cara / kaedah / sunnah / tradisi yang telah ditetapkan ALLAH kepada rasulnya...

Hanya apabila kita melaksanakan seperti nabi melaksanakannya (tahap demi tahap / bahagian demi bahagian  secara beransur ansur barulah kita akan beroleh kejayaan seperti mana para rasul..

Baca dengan tartil..laksana dengan tartil..

ayat al quran terbahagi kepada 2:

ayat makkiyah - untuk dilaksanakan dalam kondisi mekah
ayat madaniyyah - untuk dilaksanakan setelah tercapai kondisi madienah..

Apakah kondisinya?

sama sama kita buat pembacaan "IQRA"





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-7-2015 06:49 PM | Show all posts
wajib melaksanakannya mengikut tartil (teratur dan tertib)

inilah kaedah (sunnah) nabi..

kalau x akan celaru dan bingung...sebagaimana yang terjadi hari ni..
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2015 10:26 PM | Show all posts
MH37O replied at 1-7-2015 11:16 AM
teruk eh soalan den tu? dah agak dah...

mai tang mana tu? dia dtg tiba2 masa tgk tv ada org mem ...

teruk eh soalan den tu? dah agak dah...
mai tang mana tu? dia dtg tiba2 masa tgk tv ada org membaca quran,kat bawah tu ada subtitle dalam BM..


mungkin juga teruk soalan mike tu
sampai aku bertanya terus
bukan apa, ramai yang tak mampu MENILAI cam mike leeee
BERFIKIR SEKETIKA apa yg ada didepan mata sebelum menerima/membuangnya

namapun AL QURAN kannn atau KALAM ALLAH
camtu ke KALAM ALLAH DIBACAKAN!!!
atau MEMBACAKAN OLEHNYA

takkan tone ayat rahmat/syurga dan ayat murka/neraka sama je depa bantai
eerrrr...........pakailah lagi otak tuuuu
perah betul2 tauuu




Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2015 11:36 AM From the mobile phone | Show all posts
MH37O replied at 1-7-2015 11:22 AM
membaca quran hanya sunat maksud anda, boleh dibaca dengan bersahaja (tanpa ikut tajwid sgt) ...

Betul....

Tajwid tu perkara khilaf. Cuba cek bacaan qari2, macam2 pesen.

Cuba cek ada sesetengah ustaz bila nk ambil dalil ayat al Quran depa tak bertilawah siap dengung bagai, hanya baca spt khat yg ditulis.

Cuma, bila bertilawah, yg utama ialah tpt  mula dan tpt berhenti, itu yg tak boleh salah. Makhraj kena betul spy tak silap makna. Dengung2 ni cuma bunga2 bahasa yg tak sama antara ulama al Quran, tak mengubah maksud ayat.

Cth, klu ada pakcik yg umur 60thn baru nk start iqra', 60thn buta huruf al Quran ttp solatnya cantik, puasanya cantik etc etc, cantik dah amal ibadah. Cuma tak boleh baca je, time dia mati pun tak lepas dengung....cukup lah tu. Kdg2 org tajwid cantik tapi amalan tak ikut apa yg dibaca, masalah besar tu.

Tapi bila dah pandai tajwid org tu dah masuk level lain la, sebab ada ganjaran2 lain pulak. Cantik la bila dah bertajwid, ikut yg sunnah.

Tapi isu kedua ni membaca dan mempelajari al Quran ni perlu dibimbing. Tak dinama khatam al Quran (plus fadhilat2nya) kalau tak bertalaqqi utk pertama kali dalam hidupnya. Jadi, bila berguru mestilah tok guru tu akan baca dgn semua kaedah yg sepatutnya.

Pi mai2, kena bljr tajwid, diperbetulkan dan akhirnya kita pun kenal la sedikit sebanyak tajwid.

Personally, skrg ni sy belajar bertalaqqi, hanya memperdengarkan bacaan sy bagi lepas je. Sy tak mau undergo classes yg ajar tajwid secara formal sebab dah ada asas sikit wpun dah lupa nama2 tajwid tu. Kawan2 kelas sy guru2 al Quran, tgh pujuk ustaz ajar nxt level (those sistem qiraat) tp sy tak nk ikut sb yg basic pun sekadar cukup mkn.
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2015 12:30 PM | Show all posts
heemmm
coba plak fikir yg ni:

camna ya para malaikat MEMBACAKANNYA???
atau kalian boleh bayangkan tak
rupa, perasaan dan keadaan diketika
MEREKA2 itu MEMBACA AYAT AZAB atau AYAT NERAKA???

nak lagi senang
camna bezanya perwatakan SI ZABANIAH dgn MALAIKAT RAHMAT

hanya utk difikirkan sekejap je yeeeeee
jangan lama2, nanti sasau plak jadinye
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2015 08:45 AM | Show all posts
Kalam...berkata-berkata...perbuatan berkata-kata biasanya melibatkan dua pihak..biasanya satu pihak akan bertanya dan satu pihak akan menjawab..Ada juga sesetengah keadaan dimana jawapan yang diberi juga dalam bentuk soalan..jadi, jawapannya perlu dicari oleh pihak yang bertanya.
Contoh : A tanya soalan pada B.

A : Awak dah makan?
B akan jawab gunakan soalan juga?
B : awak tu sendiri dah makan?

A pada ketika tu dah makan. Maka A pun buat kesimpulan yang B dah pun makan.

Hehe..
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2015 01:53 PM | Show all posts
Assallamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

MH370 yg dikasihi Allah...maaf,


pertamanya Uncle suka nak perbetul apa yg TT sebut dalam pos pertama...

TIDAK  

Membaca Al Quraan TIDAK SAMA seperti membaca buku dsbnya....jauh bezanya!
Sebab, membaca Al Quraan adalah dikira IBADAH!




Dari Ibnu Mas’ud r.a. berkata bahawa Rasulullah ﷺbersabda,
عَن ابنِ مَسعُودٍ رَضيَ اللٌهُ عَنهُ قَالَ:قَالَ رَسُولُ اللٌهِ صَلَى اللٌهُ عَلَي وَسَلَمَ مَن قَرَأ حَرفًا مٍن كَتَابِ اللٌه فَلَه بِه حَسَنَةُ وَالحَسَنَةُ عَشُرُ اَمُثَالِهَا لآ اَقُولُ الم حَرفُ وَلكِنُ اَلِفُ وَلآمُ حَرفُ وَميمُ حــَرُفُ. (رواه الترمذي وقال هذا حديث حسن صحيح غريب اسنادا والدارمى
“Sesiapa membaca satu huruf dari Kitab Allah, maka baginya satu hasanah (kebaikan) dan satu hasanah itu sama dengan sepuluh kali ganda. Aku tidak mengatakan alif lam mim itu satu huruf, tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim satu huruf.”
(Hadis Riwayat At-Tirmidzi)

.


INI TIDAK BERLAKU pada apa sja pembacaan lain, termasuk Hadith Rasullullah s.a.w sekali pun!


Bayangkan..setiap satu huruf dikira sebeagai Ibadah!  






KEDUANYA.....sudah ianya Ibadah...Sudah pasti ada syarat2, khafiat, peraturan dsbnya dalam satu2 Ibadah itu....makanya dalam Al Quraan sendiri Allah swt menyuruh kita membaca dengan betul...TARTIL ...
Rujuk Al Muzammil ayat 4..


TAPI..JANGAN RISAU...

Selagi kita berniat dan berusaha untuk belajar....ganjaran yg kita terima malah LEBIH BESAR!..drp yg qari!


Dari Aisyah r.a., katanya Rasulullah bersabda: "Orang (mukmin) yang mahir membaca Quran, maka kedudukannya di akhirat di temani para malaikat yang mulia. Dan orang yang membaca Quran, padahal dia gagap sehingga sulit baginya membaca, maka dia mendapat dua ganjaran."(Sahih Muslim: No.767)





Harap MH370 faham apa yg Uncle cuba sampaikan..iaitu, Pembacaan Al Quraan adalah tidak sama..maka cintailah membaca Al Quraan..kerana keisimewaan2 yg diberi Allah swt amat amat besar bagi yg memcintaan /membaca/mendengar..apa lagi yg memahami dan mengamalkan segala isinya...

Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2015 09:56 PM | Show all posts
Edited by ussopp at 7-7-2015 10:08 PM

dalam dunia ni....ada benda yang kita boleh halai-balai....contohnya nak garu guna jari mana, nak korek hidung guna tangan mana? sukahatilah tiada kepentingan, mana2 saja boleh....


dan ada yang kita hati2.....contohnya hal2 yg menyebabkan kita disayangi kekasih, atau disayangi Tuhan....

adapun baca Quran dgn tajwid, tidaklah disalahkan sekiranya sedang belajar...tiada masalah....

cuma jgn niat awal2 lagi nak belasah saja....

kerana , sesuatu yg kita consider perkara penting, sampaikah hati utk sambil lewa....?

tidak mampu, dgn sengaja sambil lewa adalah 2 perkara yg berbeza...

takkanlah baca Quran pun sambil lewa....?


katakan anda berucap di depan raja....dlm istana penuh adat istiadat....tentu kita jaga tutur kata...

Wallahua'lam...

Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2015 05:20 PM | Show all posts
salam

  • membaca secara Adu Qiraat
mesti lah mengikut Tartil

  • membaca secara Tartil
tidak semestinya mengikut Adu Qiraat


kerana Tartil ialah
tajwid huruf dan mengenal akan waqaf ..

wassalam


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 04:14 PM GMT+8 , Processed in 0.334035 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list