View: 6532|Reply: 52
|
penjelasan tentang aurat
[Copy link]
|
|
Penjelasan kepada permasalahan batas aurat wanita:
1. Aurat ditakrifkan sebagai kekurangan atau sesuatu yang memalukan dan mengaibkan dari anggota tubuh badan sekiranya di dedahkan untuk tatapan umum. Imam Al Nawawi di dalam Al Majmu’ Syarh Al Muhazzab mentakrifkan aurat sebagai anggota tubuh manusia yang menurut pandangan umum buruk atau mengaibkan sekiranya diperlihatkan kepada umum dan sekiranya dibiarkan terbuka akan menimbulkan fitnah. Fitnah yang dimaksudkan oleh Al Nawawi adalah fitnah seksual, oleh yang demikian majoriti ulama’ berpendapat bahawa aurat wajib ditutup.
2. Sekiranya kita meneliti perbahasan fiqh tentang aurat, terutamanya aurat perempuan. Kita akan menemui perbezaan di antara batas aurat perempuan merdeka (Al Hurrah) dan batas aurat hamba (Al Amah). Menurut Imam Al Nawawi batas aurat bagi perempuan hamba adalah sama seperti batasan aurat lelaki merdeka, iaitu di antara pusat sehingga lutut. Walaubagaimanapun pembahagian ini tidak mempunyai asasnya di dalam Islam melainkan hanyalah konstruksi budaya masyarakat Arab pada masa tersebut. Pendapat ini di sokong oleh Ibn Hazm yang menyatakan bahawa pembahagaian tersebut adalah tidak wujud walaupun disebut oleh majoriti ulama’ Fiqh.
3. Sesuatu yang unik yang perlu diberikan perhatian sewaktu membahaskan berkenaan dengan pembahagian aurat di antara perempuan merdeka dan perempuan hamba adalah, faktor sosial dan budaya masyarakat Arab pada waktu itu. Menurut Al Marghinani di dalam Al Hidayah Syarh Al Bidayahi, aurat perempuan hamba tidak sama dengan perempuan merdeka kerana pada kebiasaannya hamba perempuan ini harus keluar dari rumah untuk melunaskan pekerjaan sebagaimana yang diarahkan oleh tuannya.
4. Senada dengan beliau, Muhammad Ali Al Shobuni di dalam Rawa’i Al Bayan Tafsir Ayat Al Ahkam Min Al Quran menyatakan bahawa perempuan hamba akan terbeban dengan urusan-urusan pekerjaan sehingga terpaksa keluar dari rumah, pergi ke pasar dan memenuhi segala keperluan tuannya. Sekiranya diperintahkan untuk berpakaian seperti perempuan Muslimah merdeka, sudah pasti ia akan menyusahkan dan membebankan hamba perempuan tersebut menyelesaikan urusan pekerjaannya.
5. Ibnu Hajar Al Asqalani di dalam Fath Al Bari menyatakan bahawa pakaian (Al Malabis) adalah berbeza-beza di setiap negeri. Sekiranya kita meneliti dari sudut sejarah dan latar sosial masyarakat arab pada masa tersebut pakaian-pakaian seperti khimar (kain penutup kepala) dan jalabib (pakaian luar) sebagaimana yang disebutkan di dalam Surah Al Nuur ayat 31 merupakan pakaian kebudayaan bagi masyarakat Arab pada ketika itu.
6. Muhammad Tahir Ibn Ashoor di dalam bukunya Maqasid Syariah Al Islamiyah menyatakan bahawa adat kebiasaan sesuatu kaum tidak boleh dipaksakan ke atas kaum lain atas nama agama. Beliau sewaktu menghuraikan Surah Al Ahzab ayat 59 yang memerintahkan agar isteri-isteri Nabi dan perempuan beriman untuk melabuhkan khimar mereka sehingga menutupi dada menyatakan – “ Ini adalah ajaran yang mempertimbangkan adat orang-orang Arab sehingga bangsa-bangsa lain yang tidak menggunakan jilbab tidak diwajibkan atas syariat ini”.
7. Tafsiran aurat sendiri begitu subjektif dan berbeza-beza di antara ulama’ dan objektif utama daripada penutupan aurat adalah untuk mengelakkan berlakunya fitnah seksual (Khauf Al Fitnah) terhadap perempuan. Batas anggota tubuh yang membawa keaiban juga berbeza dari setiap tempat dan banyak dipengaruhi oleh konstruksi sosial masyarakat setempat, perubahan tempat, masa dan keadaan.
8. Perempuan, sebagaimana lelaki mempunyai hak yang sama ke atas tubuh badannya dan berhak diberikan kebebasan untuk memilih pakaian yang menurut pandangannya adalah baik dan mampu mengelakkan fitnah. Sekiranya dia memilih untuk bertudung, itu baik untuknya dan sekiranya dia memilih untuk tidak bertudung itu juga baik untuknya. Yang lebih penting ialah mereka memakai pakaian yang terhormat.
9. Menurut kami, perbincangan tentang batas aurat lelaki dan perempuan adalah perkara Ijtihadiyah, dan boleh sahaja seseorang itu berbeza pendapat antara satu sama lain memandangkan tidak ada dalil-dalil yang qathie dari segi dalalah. Kami tidak pernah memaksakan pendapat kami kepada orang lain dan begitulah sebaliknya. Kedangkalan di dalam menggali khazanah-khazanah Turath umat yang kaya dan pelbagai menyebabkan kita sombong dan senang sekali menyalahkan orang lain yang berbeza pendapat dengan kita. Semoga Allah menghindarkan kami dari penyakit tersebut.
WallahuA'lam
Sisters in Islam
|
|
|
|
|
|
|
|
jadi SIS nak kata, kalau pergi kat nude beach, pompuan muslim bolehlah sekadar topless gitu? |
|
|
|
|
|
|
|
nih geng tora tora tora jabat.... |
|
|
|
|
|
|
|
Rujuk pada yang pakar. Secara dasarnya, saya tidak bersetuju dengan SIS. Tapi tidak pandai untuk berhujah. Harap dapat rujuk kepada yang arif dan pandangan para ulama yang telah membahaskan isu ini. |
|
|
|
|
|
|
|
sanggup kah mereka membuang hijab nya selepas ini..
|
|
|
|
|
|
|
|
manusia memang ada hak ke atas tubuh badan masing2. tapi manusia juga ada syariat agama masing2 jugak. tapi hak manusia tu walau macam mana sekali pun mana boleh menyanggahi hak Pencipta manusia tu sendiri. |
|
|
|
|
|
|
|
Tetapi Imam Shafie adalah IMAM dan bukannya Rasul. Kenapa refer kepada pendapat satu IMAM saja? IMAM tu manusia biasa jugak.
|
|
|
|
|
|
|
|
kalau begitu bolehlah bibik2 indon uouls dibiarkan ke pasar dgn cuma berseluar pendik tanpa berbaju supaya nanti dipasar akan digomol oleh bangla dan rohingya....selain itu..bibik2 indon yg tidak berbaju akan mudah menyusukan lelaki2 indon yg berkerja ditapak binaan..... |
|
|
|
|
|
|
|
ymlite_killer posted on 25-6-2015 04:00 PM
sanggup kah mereka membuang hijab nya selepas ini..
tak perlu... sebab sister in islam tak paksa sapa sapa bukak tudong atau aurat pun.... |
|
|
|
|
|
|
|
Set set kassim ahmad tgh bg kuliah...
pasni mesti ckp mana ada dua kalimah syahadah..jgn dok dewa dewa kan nabi Muhammad SAW..baginda manusia biasa saje.. |
|
|
|
|
|
|
|
dah banyak kali baca
GUNA KAEDAH RELIGIO ETHICS dalam membahaskan seuatu hukum
TO JAKIM and yg membaca : u see these minah menjustifikasi kan keadh religio ethics untuk mempertikaikan sesuatu
dan org awam yg lemah fundamental akan percaya hujah mereka yg tiada kredibiliti.
|
|
|
|
|
|
|
|
this is a typical religio ethics hujah.
hahaha.
maka pendapat depa VERSUS 1000 ketamaduan displin ilmu tafsir?
no way. |
|
|
|
|
|
|
|
sejak bila kaum atau unsur racist diHALALKAN untuk menidakkan sesuatu hukum
kan sini penekanan ethnic boleh pulak? kat lain label racist , sexist ?
u see? how could they be making sense when they have not acquired the body of knowledge directly?
|
|
|
|
|
|
|
|
sapa nak tahu apa itu kaedah religio ethics - baca buku dr mohd farid mohd shahran , dikupas diterjah olehnya liberalist. |
|
|
|
|
|
|
|
i wonder hujah macam depa tu pun ade yg terpedaya? |
|
|
|
|
|
|
| |
|