CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8872|Reply: 19

Jenis Perkahwinan-Perkahwinan Zaman Arab Jahiliyyah..

[Copy link]
Post time 18-6-2015 12:50 PM | Show all posts |Read mode
Moral masyarakat Jahiliyyah sebelum kedatangan Rasulullah saw berada di tahap paling rendah dan hina. Daripada soal undang-undang, ibadah sehingga kepada soal perkahwinan, masyarakat jahiliyyah melakukannya dengan cara paling hina. Mereka ternyata telah menyimpang jauh daripada amalan Nabi Ibrahim as dan Nabi Ismail as.

Pergaulan masyarakat setempat dengan masyarakat Arab sekitarnya menyebabkan mereka semakin lama semakin lupa akan pesan dan ajaran Nabi Ibrahim as. Permulaan berhala disembah di Mekah bermula daripada luar Mekah di mana seorang lelaki yang bernama Amru bin Luhai. Amru bin Luhai membawa masuk berhala tersebut ke Mekah daripada sebuah tempat di sekitar Syam(Syria) untuk disembah oleh masyarakaat Arab.





Sehingga tempoh kerasulan Nabi Muhammad saw di Mekah, masyarakat Arab di Mekah telah meletakkan sebanyak 360 buah patung di sekeliling Kaabah. Di Kaabah, mereka tawaf dengan cara paling buruk iaitu dengan bertelanjang, menyanyi dan bertepuk tangan.

Mekah dan Kaabah yang satu ketika dahulunya pernah menjadi titik pusat kemajuan agama Hanif kini telah bergelumang dengan dosa-dosa kaum Musyrikin yang jahil.



Perkahwinan cara Jahiliyyah
Tiada yang paling hina apabila menyebut soal perkahwinan melainkan cara perkahwinan masyarakat Arab Jahiliyyah sebelum kedatangan Nabi Muhammad saw. Aisyah pernah menerangkan keadaan masyarakat jahiliah dan disahihkan oleh Imam Bukhari ra.

Jenis yang pertama
Pernikahan pada zaman jahiliyyah ada empat jenis. Satu daripadanya adalah seperti yang kita amalkan sekarang iaitu seorang lelaki meminang seseorang wanita menerusi bapa atau penjaganya untuk dikahwininya. Si lelaki akan membayar mas kahwin lalu mengahwininya.


Jenis yang kedua
Cara kedua adalah apabila seseorang suami yang memberitahu isterinya yang suci daripada haid supaya bersetuju bersetubuh dengan lelaki yang dipilih suaminya. Selepas peristiwa ini, si suami tidak akan menyetubuhi isterinya sehingga si isteri tersebut sah telah menghamilkan benih lelaki yang pernah mendatangi isterinya. Si suami menggunakan cara ini bagi mendapatkan anak daripada keturunan yang mulia.

Jenis yang ketiga
Cara ketiga dikenali sebagai poliandri. Cara ini melibatkan sekumpulan lelaki yang tidak lebih daripada sepuluh orang akan bergilir-gilir menyetubuhi seorang wanita. Setelah wanita tersebut mengandung dan melahirkan anak, beliau akan memanggil kesemua lelaki yang pernah datang menyetubuhinya dahulu. Tidak seorang pun boleh menolak. Apabila mereka sudah berkumpul, wanita tersebut akan berkata, “Kalian semua tahu bahawa akibat perbuatan kalian, saya telah pun melahirkan anak.”

Kemudian perempuan tersebut akan menunjukkan kepada salah seorang daripada mereka dan berkata, “Ini adalah anakmu.” Oleh itu, anak yang baru lahir tadi akan di’bin’ atau di’binti’kan dengan nama lelaki tersebut. Lelaki tersebut tidak boleh menolak.


Jenis yang keempat
Cara keempat dan terakhir adalah sekumpulan lelaki yang tidak terkira jumlahnya akan mendatangi seorang wanita dan wanita tersebut merelakan dirinya disetubuhi dengan cara demikian. Selayaknya, wanita ini adalah pelacur zaman Jahiliyyah. Wanita ini yang mempunyai nilai moral yang rendah akan  menggantungkan sehelai kain di muka pintu rumah sebagai tanda ‘mengajak’.

Sesiapa sahaja lelaki boleh mendatangi wanita tersebut. Apabila wanita tersebut hamil dan melahirkan anak, ramailah datang melawatnya. Mereka akan memanggil seorang ‘pakar’ untuk mengenali persamaan antara anak itu dengan lelaki yang telah menyetubuhinya. Sesiapa sahaja yang dipilih menjadi bapa kepada anak malang tersebut tidak boleh menolak keputusan tersebut dan anak tadi dianggap sebagai anaknya.


Islam menyelamatkan maruah bangsa
Sesungguhnya, dengan kedatangan Nabi Muhammad saw yang menegak syiar Islam, ketiga-tiga perkahwinan yang tidak berlandaskan syariat Islam telah terhapus. Rasulullah saw telah meningkatkan moral dan maruah kaum Arab dengan kedatangan Islam dan kalamullah, Al-Quranul karim.
takusahrisaublog

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-6-2015 01:30 PM | Show all posts
seksanya jadi perempuan zaman jahiliah.......perempuan zaman sekarang pun ada gak yg dah balik ke zaman jahiliah,
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2015 01:39 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_Kimmy replied at 18-6-2015 12:30 PM
seksanya jadi perempuan zaman jahiliah.......perempuan zaman sekarang pun ada gak yg dah balik ke za ...

Hahaaa...

Betol tu....
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2015 02:05 PM | Show all posts
jahiliah sungguh
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2015 02:15 PM | Show all posts
cmf_Kimmy replied at 18-6-2015 01:30 PM
seksanya jadi perempuan zaman jahiliah.......perempuan zaman sekarang pun ada gak yg dah balik ke za ...

agree....
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2015 02:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Rasanya jahiliah skrg lagi teruk..dah dapat anak.lelaki itu akan dipanggil dan buang anak ke dalam longkang..

...ataupn jantan skrg akan menolak untuk bertanggungjwb..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-6-2015 02:29 PM | Show all posts
Ooo kesahnya
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2015 03:48 PM | Show all posts
kesiannya.. Islam telah menangkat martabat wanita ke tahap yang tinggi tapi.. sayang kenapa masih ramai yang berbunyi..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-6-2015 11:17 AM | Show all posts
oh zaman jahiliyah dulu dah ada seks rambang dan seks bebas..tiada beza dgn zaman sekarang..we are moving backwards.
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2015 11:30 PM | Show all posts
cmf_Kimmy replied at 18-6-2015 01:30 PM
seksanya jadi perempuan zaman jahiliah.......perempuan zaman sekarang pun ada gak yg dah balik ke za ...

jantan zaman sekarang lagi la resembles zaman jahiliyah
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2015 03:09 PM | Show all posts
kita dh kembali ke zaman jahililliah... huuuhu at least dulu klau pompuan tu kata ini anak si polan ..si polan tu kena la mengakui..sekrang ni si jantan payah nk mengaku.. di suruhnya si pompan menjalani kehidupan sorang2 sbb tu la ada yg buang anak
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2015 12:38 PM | Show all posts
ms.vespa replied at 18-6-2015 02:26 PM
Rasanya jahiliah skrg lagi teruk..dah dapat anak.lelaki itu akan dipanggil dan buang anak ke dalam l ...

agree dgn statement ni
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2015 05:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Zaman skang zaman jahiliah da. Ad yg same dan ad yg lebih teruk.
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2015 01:14 PM | Show all posts
di akhir zaman memang segala perbuatan buruk zaman2 dolu2 akan berulang semula..
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2015 01:11 PM | Show all posts
asher replied at 30-6-2015 01:14 PM
di akhir zaman memang segala perbuatan buruk zaman2 dolu2 akan berulang semula..

setuju... berbalik ke zaman jahiliyah.. nauzubillahiminzalik..
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2015 01:57 PM | Show all posts
ohhh...sadissss
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-9-2015 04:28 PM | Show all posts
zaman jahiliyah tu even teruk tp bila tang anak baru lahir..tak de buang baby, siap pilih ayah lg..krenya skrg lg teruk la...ermmm..
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2015 05:26 PM | Show all posts
kite dah jadi macam dulu..
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2015 12:55 AM | Show all posts
asher replied at 30-6-2015 01:14 PM
di akhir zaman memang segala perbuatan buruk zaman2 dolu2 akan berulang semula..

btl tu...
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2015 10:42 AM | Show all posts
perbuatan terkutuk...harap2 tidak akan berlaku lagi di masa akan datang....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-3-2025 04:37 AM GMT+8 , Processed in 0.065024 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list