CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18722|Reply: 9

[Juadah/Kuih] 6 Resepi Biskut Raya Terbaik Pilihan Sepanjang Zaman

[Copy link]
Post time 17-6-2015 05:15 PM | Show all posts |Read mode
Edited by piao at 18-6-2015 03:27 PM

6 Resepi Biskut Raya Terbaik Pilihan Sepanjang Zaman



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, hari ini piao ingin berkongsi tentang kuih raya. Sudah menjadi lumrah apabila beraya nanti. Kuih raya pasti akan menjadi topik hangat apabila bertandang ke rumah sahabat handai mahupun jiran. Kadangkala lihat trend masyarakat kini lebih suka membeli kuih raya yang jenis bundle kerana murah namun dari rasa orang kata belakang kira janji ada kuih raya.

Ada pula bila menziarah kuih yang dihidangkan pula tiada tetapi pelbagai jenis kerepek dan kekacang dengan alasan paling murah dan tahan lama.Apa apa pun alasan yang diberikan tidak mematahkan semangat raya untuk merayakan bersama kuih raya yang popular di rumah anda. Tidak kisahlah samaada kuih raya itu kuih yang yang ditempah ataupun buat sendiri.



Terdapat pelbagai jenis kuih raya namun piao pasti kuih raya  utama pasti menjadi pilihan dalam mengisi 6 balang kuih raya di rumah anda.Apakah resepi kuih raya yang menjadi pilihan anda? Yang pasti resepi kuih raya terbaik.











Edit by piao
Sumber :http://8vertising.blogspot.com/2 ... erbaik-pilihan.html

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-6-2015 05:16 PM | Show all posts
Bahan-bahan :-
Doh Tart
2 ½ cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
2 ½ sudu besar tepung kastard
2 sudu besar tepung susu
1 cawan mentega (226 gm)
1 sudu besar minyak sapi
1 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanila
1 sudu besar gula

Jem nenas:
4 biji nenas muda
2 ½ senduk gula pasir
sedikit esen vanila
Bunga cengkih
Kulit kayu manis
Daun pandan

Hiasan:
Kuning telur


Cara-cara :-
Adunan doh:-
Pukul mentega, susu, minyak sapi, garam hingga sebati.
Masukkan telur dan vanilla, pukul lagi hingga sebati.
Masukkan tepung yang telah diayak. Gaul hingga sebati dan membentuk doh yang lembut.

Jem nenas :-
Parut nenas. Jangan dibuang airnya.
Masak bersama daun pandan hingga kering sambil dikacau supaya tidak hangus. Setelah kering masukan gula, vanilla, bunga cengkih dan kulit kayu manis. Kacau tanpa henti hingga likat. Angkat dan sejukkan.

Panaskan oven terlebih dahulu pada 150°C.
Ambil doh dan tekan pada acuan tart, isikan inti jem yg telah siap tadi, kemudian gulung secara pelahan, letakkan di dalam dulang membakar.
Oles kuning telur pada bahagian atas tart.
Bakar selama 15 minit / sehingga masak.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-6-2015 05:16 PM | Show all posts
Bahan-bahan ( 50-60 biji )

4 cawan Cornflakes
¼ cawan madu
¼ cawan mentega
Papercup secukupnya
Sprinkles sebagai hiasan
Ceri (sebagai hiasan - ikut suka)

Cara-cara

1. Cairkan mentega dan madu dengan api yang kecil. Kacau hingga mentega cair.
2. Cornflakes dihancurkan sedikit dan dimasukkan dalam mangkuk.
3. Campuran mentega dan madu dimasukkan ke dalam mangkuk berisi Cornflakes tadi.
4. Gaul rata hingga semua Cornflakes diselaputi dengan madu.
5. Sudukan ke dalam papercup dan tabur sprinkles ke atasnya. Letak hirisan ceri jika suka. Susun di loyang dan bakar selama 10-15 minit dengan suhu yang bersesuaian.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-6-2015 05:16 PM | Show all posts
Biskut Semprit Gebu
Bahan-bahan ( 200 Biji )

    200 gm marjerin/butter
    1 cawan tepung gandum
    1 cawan tepung kastard
    1 cawan tepung jagung
    1/2 (setengah) cawan gula
    1 biji Kuning Telur
    1 sudu esen vanila
    Hirisan buah Ceri secukupnya
    Pewarna Kuning Telur

Cara-cara :-
    Pukul marjerin dengan gula hingga kembang.
    Kemudian masukkan kuning telur diikuti dengan esen vanila dan Pewarna Kuning.
    Apabila semuanya dah sebati masukkan tepung gandum, tepung jagung dan tepung Kastard sedikit  demi sedikit.
    Bentukkan dengan menggunakan acuan semperit dan hiaskan ceri merah di atasnya.
    Bakar selama 15-20 minit pada suhu 150C
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-6-2015 05:17 PM | Show all posts
ALMOND LONDON

Bahan-bahan
250 gm mentega
1 cawan gula kastor
1 biji telur
1/2 sudu teh esen vanila
3 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
1/2 cawan tepung naik sendiri
Badam yang sudah dibakar
Coklat masakan - cairkan cara double boiling.

Cara-cara
1. Pukul gula dan mentega hingga kembang.
2. Masukkan telur dan esen vanilla dan kacau/gaul rata.
3. Masukkan semua tepung sedikit demi sedikit dan gaul rata.
4. Ambil sebesar ibu jari dan leperkan.
5. Bubuh badam di tengah - tengah dan buatkan bentuk bujur.
6. Bakar dalam suhu 180 C sehingga masak .
7. Biar sejuk baru celupkan ke dalam coklat cair.
8. Sejukkan dahulu baru disimpan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-6-2015 05:17 PM | Show all posts
Biskut Mazola
Bahan-Bahan:

• 1 cawan minyak mazola
• 1 ½ cawan tepung gandum (diayak )
• ½ cawan tepung jagung
• ¾ cawan gula halus
• 1 cawan kacang tumbuk
• 1 sudu teh essen vanilla
• (untuk mendapatkan hasil kacang tumbuk, kacang tanah hendaklah digoreng tanpa minyak dan dibuang kulitnya serta ditumbuk / dikisar.

Bahan Untuk hiasan

• Kuning telur untuk hiasan
• Kacang tumbuk kasar secukupnya

Cara-Cara:

1. Campurkan kesemua bahan di atas kecuali minyak. Kemudian gaulkan hingga sebati
2. Masukkan minyak Mazola sedikit demi sedikit sambil uli adunan hingga menjadi doh. ( masukkan minyak sedikit demi sedikit )
3. Ambil doh sedikit dan bentukkan menjadi bebola kecil.
4. Letakkan doh tadi di atas dulang pembakar. Lakukan sehingga habis adunan.
5. Sapu bahagian atas dengan kuning telur.
6. Taburkan kacang tumbuk kasar pada permukaan atasnya.
7. Kemudian bakar selama 20 minit pada suhu 180°C.
8. Setelah masak angkat dan biarkan sejuk seketika sebelum simpan di dalam bekas kedap udara.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 17-6-2015 05:17 PM | Show all posts
Resepi Biskut Makmur

Bahan-bahan:
500 gm tepung gandum
80 gm gula halus
minyak sapi

Bahan Inti:
300 gm kacang tanah
70 gm gula halus
Gula icing

Cara menyediakan:
1. Gaulkan semua bahan Doh sehingga lembut dan boleh dibentukkan.
2. Kacang tanah dibakar dalam oven selama 20 minit [sehingga kulit boleh tanggal bila di gosok kacang]
3. Mesinkan kacang dan gaulkan dengan gula.
4.Ambil doh dan leperkan.
5. Masukkan inti yg telah dibulat bentuk bujur sebesar biji buah kurma. Bentukkan bujur.
6. Bakar dalam suhu 180C selama 20 - 25 minit.
7. Sejukkan baru golekkan dalam gula icing.
8. Simpan dalam balang kedap udara.
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2015 05:23 PM | Show all posts
biskut tradisi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-6-2015 10:58 AM | Show all posts
baru ferst day pose..dh ckp psl rya
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2015 11:02 AM | Show all posts
hok alaorrrrrr
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Hari Raya Aidilfitri


    ADVERTISEMENT



     

    ADVERTISEMENT


     


    ADVERTISEMENT
    Follow Us

    ADVERTISEMENT


    Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

    23-11-2024 08:40 AM GMT+8 , Processed in 0.091123 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

    Powered by Discuz! X3.4

    Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

    Quick Reply To Top Return to the list