CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1577|Reply: 0

PENGALAMAN PERTAMA DI SUKAN SEA

[Copy link]
Post time 2-6-2015 12:11 PM | Show all posts |Read mode


Singapura menjadi venue dan pengalaman pertama penulis dalam membuat  liputan di Temasya Sukan SEA. Biarpun sudah membuat liputan di Temasya  Sukan Asia di Incheon, Korea Selatan tahun lalu, temasya Sukan SEA nyata berbeza.
Sejak tiba di Singapura Jumaat lalu (29 Mei 2015), penulis sudah  membuat beberapa liputan mengenai persiapan atlet negara yang akan memulakan cabaran. Apa yang ingin penulis kongsikan disini, pengalaman baru yang tidak terjangka sama sekali.

Tidak pasti sama ada ia satu prosedur biasa yang dilakukan di Sukan  SEA atau ia diwujudkan sendiri tuan rumah, Singapura, wartawan  DILARANG membuat liputan atlet negara sendiri.

Ia pengalaman baru buat penulis yang berdepan kekangan untuk membuat liputan latihan atlit ping pong negara di Sekolah Tinggi Donmun.

Biarpun sudah mendapat kebenaran pengurus dan jurulatih pasukan, namun  wakil pengurusan tuan rumah tetap melarang penulis dan  rakan wartawan lain memasuki venue latihan tanpa sebab munasabah.

Tidak cutup dengan itu, penulis sekali lagi berdepan masalah sama  di Pusat Akuatic OCBC. Wakil  tuan rumah bertindak mengarah penulis dan rakan media Malaysia yang lain keluar daripada venue latihan atas alasan sama biarpun pengurus pasukan ada bersama kami dan membenarkan liputan dibuat.

Apa yang lebih mengecewakan, tiada alasan kukuh mengapa penulis bersama rakan wartawan tidak dibenar membuat sebarang liputan latihan atlet negara.
Bukan sahaja penulis, malah rakan media dari Malaysia sama ada daripada media cetak atau elektronik turut hadapi masalah serupa. Bagi penulis ia sebagai pengalaman.
Selain pengalaman pelik yang ditempuh, penulis tidak menafikan tuan  rumah sudah cuba memberikan yang terbaik dalam memastikan  kelancaran penganjuran temasya kali ini. Antara yang dapat penulis  lihat adalah kelengkapan yang disediakan di Pusat Media Utama MPC yang terletak  di Stadium Kallang.

Bagi penulis sekatan dan halangan ini tidak akan mematahkan semangat dalam memberikan liputan terbaik buat peminat sukan tanah air bermula sekarang hingga 16 Jun nanti.

sumber:www.stadiumastro.com


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54163 Replies : 2
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 54094 Replies : 8
RUMAH BORAK BORNEO~ARAM BERANDAU
VellfireRUMAH BORAK BORNEO~ARAM BERANDAU
Views : 64362 Replies : 379
Jenazah bayi didakwa ditahan selama dua minggu dan diletakkan dalam peti sejuk kerana bapa tidak mampu membayar bil hospital swasta rm3600.Ibunya tak boleh discaj selagi bil tak dijelaskan
YgBenarJenazah bayi didakwa ditahan selama dua
Views : 42644 Replies : 418
'Kalau rasa tak mampu, jangan berhutang'- Aliff
maklukpenggoda'Kalau rasa tak mampu, jangan berhut
Views : 4414 Replies : 5
Bukan pisang:Cuma guna tulang ayam, artis muda Malaysia bijak hasilkan pameran seakan-akan tapak arkeologi di ibu negara
YgBenarBukan pisang:Cuma guna tulang ayam, arti
Views : 23671 Replies : 7
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 276408 Replies : 8066
Bendera Syria diganti
maklukpenggodaBendera Syria diganti
Views : 29941 Replies : 18
Sebab aku taknak duduk dengan B40..Penyanyi Mengadu Masalah Parkir Rumah Flat
YgBenarSebab aku taknak duduk dengan B40..Penya
Views : 39361 Replies : 44
Cikgu Azmi kata 70,000 kanak-kanak Rohingya tidak sekolah akan bawa “social backlash" yang membebankan negara
YgBenarCikgu Azmi kata 70,000 kanak-kanak Rohin
Views : 24202 Replies : 18

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 12:04 PM GMT+8 , Processed in 0.044766 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list