CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3080|Reply: 34

[Tempatan] Kerajaan Hasrat Bina Tembok, Benteng di Sempadan

[Copy link]
Post time 30-5-2015 09:29 PM | Show all posts |Read mode
KUCHING - Kerajaan berhasrat membina tembok dan benteng di sempadan Malaysia-Thailand di samping meningkatkan pengawasan di pusat pemeriksaan Kastam, Imigresen dan Kuarantin (KIK), kata Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Beliau berkata, pembinaan struktur itu mungkin jauh lebih berkesan dalam mengawasi sempadan, kerana hakikatnya pasukan keselamatan memang tidak mampu untuk memantau lebih 100 'jalan tikus' di kawasan sepanjang kira-kira 700km sempadan negara yang memisahkan Malaysia dan Thailand.

Katanya, beliau juga dijadualkan menemui menteri besar Perlis, Kedah dan Kelantan tidak lama lagi untuk memaklumkan arahan terbaru Kementerian Dalam Negeri kepada petugas keselamatan sempadan negara untuk meningkatkan lagi pengawasan.

Beliau berkata, pemeriksaan di pusat pemeriksaan di sempadan perlu diperkukuhkan supaya tiada lagi individu yang boleh keluar atau masuk sesuka hati dengan hanya "mengangkat tangan atau menganggukkan kepala sahaja".

"... dahulu memang dipinta oleh kerajaan negeri (pelbagai kelonggaran) dalam usaha meningkatkan sektor pelancongan, sekarang saya nak berbincang dengan MB negeri terbabit untuk beritahu sendiri secara rasmi bahawa tiada lagi hanya 'angguk atau angkat tangan sahaja' untuk melintasi sempadan negara," katanya.

Wan Junaidi berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas menghadiri majlis pelancaran Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M) di Muara Tebas, kira-kira 30km dari sini, hari ini.

Isu sempadan mula menjadi perhatian ramai ekoran penemuan kem haram dan kubur di Bukit Wang Burma di Wang Kelian, Perlis baru-baru ini yang dikatakan menempatkan pendatang asing yang menjadi mangsa jenayah pemerdagangan manusia. - Bernama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-5-2015 09:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Buat tembok nanti dorang korek lubang tikus pulak kat bawah.. ataupun tembok runtuh sebab bagi projek kat kroni.. mark up harga kualiti rendah..

Lagi satu isu laluan hidupan liar.. kalau ada tembok wildlife tak tersekat ke roaming area mereka?
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2015 09:49 PM | Show all posts
buat ler tade hal

kang kita pangey dabid koperfield mai dan hilangkan tembok tu

tembok cina pun dia bleh hilangkan..ni kan plak tembok malaya
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2015 10:00 PM | Show all posts
milo_888 replied at 30-5-2015 09:34 PM
Buat tembok nanti dorang korek lubang tikus pulak kat bawah.. ataupun tembok runtuh sebab bagi proje ...

Letak letrik atas bawah,macam Yahudi buat kat Semenanjung haza tu.
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2015 10:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Sembang gondi semua mentri lepas paper x repot semua nanti wat bodo dan pekak mcm biasa. Dah biasa sangat !!!!
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2015 10:05 PM | Show all posts
kalo pemakan rasuah bina bapak tembok pun tara guna punya.

ni soal ketirisan.

sama la kumpul duit tax bnyk mana pun kalo da bocor tara guna.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-5-2015 10:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Idea sembang kencang..pelaksanaan hauk ke langit..
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2015 10:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalo ada ummah bangla yg pi rogol anak2 bini muda vvvip melayu umno, barulah gomen tehegeh2 nak bertindak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-5-2015 10:15 PM | Show all posts
mcm pernah dgr dulu nk buat tembok
smpai skrg xde tindakan ek
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2015 10:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Nk buat tembok buat mcm Israel buat. Tinggi alam.  Baru org panggil tembok dan tak tembos punya.
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2015 11:23 PM | Show all posts
Ank buah aku selamba ja pakai angkat tgn naik motor lintas sempadan padang besar
Buat mcm kampung dia ja
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2015 11:28 PM | Show all posts
good good...
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2015 11:37 PM | Show all posts
masa israel buat tembok nak halang terrorist bukan main lagi ummah maleis menggelupor sekarang tengok apa sudah jadi....

yang dihalang pun saudara seagama katanya

tu pasal aku tak pernah respek puak2 pembela gaza ni banyak yang hipokrit setanding ja dengan hipokrit bertaraf dunia yang lain...



Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2015 11:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Buat apa bina tembok kat sempadan tu..mahal tu kosnya...rakyat kemaruk nak subsidi..habis duit buat tembok buat apa..rakyat malaysia kan susah..subsidi lagi penting dari keselamatan negara.

Tun apa khabar..:
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2015 06:49 AM | Show all posts
xyah la wat tembok...duit lagi...baik gune duit wat tembok tuh untuk ganti gst tuh ka.....

kuatkan je pelaksanaan untuk mejaga sempadan dengan tulus dan cekap...sempadan bukan besar mana pon kan kalo nak di compare kan dengan amerika nun....wakakkakaka
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2015 06:58 AM | Show all posts
20 tahun pun tembok tak akan siap. sembang kencang aje.
konon kerajaan sudah ada idea untok selesaikan masaalah . sembang kencang aje

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-5-2015 07:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Buatla tembok setinggi awan pon klu rasuah kuat tetap bolos
bodoh menteri2 ni.
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2015 07:45 AM | Show all posts
aku rasa lebih bagus kalau ditanam terus periuk api ke apa, lagi berkesan!
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2015 07:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Sempadan tu 700 km? Tu macam kl-jb pegi balik je
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2015 07:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Ni macam nak sebat duit kontrak berjuta je. Sebelum ni tak kisah pun..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 09:44 PM GMT+8 , Processed in 0.090986 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list