View: 2493|Reply: 9
|
[Tempatan]
Wad Tingkat 7, HTAR terbakar
[Copy link]
|
|
Edited by Loh_83 at 28-5-2015 09:12 AM
Klang: Pesakit dan pekerja hospital di wad tingkat tujuh Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), di sini, cemas seketika apabila berlaku kebakaran di wad berkenaan petang tadi. Kebakaran kira-kira 4.30 petang itu berjaya dipadamkan dua anggota bomba yang kebetulan berada di bangunan berkenaan. Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan memaklumkan kejadian pada 4.39 petang. Menurutnya, tindakan pantas dua individu berkenaan berjaya memadamkan api sebelum bomba tiba di lokasi kejadian.googletag.display('div-gpt-ad-1406187945380-0'); "Siasatan mendapati kebakaran bermula dari suis saluran oksigen dan plug elektrik. "Tiada mangsa cedera atau maut dalam kejadian ini. Punca dan kerugian masih dalam siasatan," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 27 Mei 2015 @ 9:39 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
aik?...camaner bleh kebetulan ader bomba dlm tu?..
dpt anugerahla bomba tu nanti |
|
|
|
|
|
|
|
Abang bomba p melawat org sakit kot time tu..![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
HTAR tu da kene tutup stage0by-stage dah .. kene upgrade ...
Cepat ler sikit bukak Hospital Shah Alam tu ... tertangguh lama dah ... |
|
|
|
|
|
|
|
Wira solo padam api
Oleh Mohd Hasbi Sidek
[email protected]
Klang: Tindakan pantas pegawai bomba dan seorang pesara bomba yang kebetulan berada di wad Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini, berjaya memadamkan kebakaran daripada merebak.
Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang kelmarin, pesara bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Raja, Klang, Yahya Othman, 56, sedang melawat cucunya yang dirawat di tingkat enam.
Pada masa sama, seorang pegawai dari BBP Subang Jaya, Hamdan Mansur turut berada di tingkat tujuh bangunan sama.
Yahya berkata, dia tidak menyangka berlaku kebakaran ketika lawatannya ke hospital itu.
“Beberapa individu tiba-tiba muncul cemas dan memaklumkan berlaku kebakaran di tingkat tujuh wad itu. Saya kemudian bergegas ke tingkat tujuh hospital itu.
“Apabila tiba di lokasi, api sudah dipadam oleh Hamdan yang kebetulan berada di lokasi kejadian. Dia memadamkan kebakaran menggunakan alat pemadam disediakan,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Menurutnya, berbekalkan kemahiran ketika bertugas dengan jabatan itu, dia cuba mengawal situasi dengan mengalihkan pesakit selain meredakan situasi kelam- kabut ketika itu.
Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran itu pada jam 6.39 petang.
“Bertindak atas maklumat, sepasukan anggota dan pegawai dari BBP Andalas dan Pelabuhan Klang bergegas ke lokasi kejadian di sebuah wad di tingkat tujuh.
“Kebakaran membabitkan suis saluran oksigen dan suis elektrik. Pihak bomba melakukan operasi pemadaman sehingga api berjaya dikawal sepenuhnya,” katanya.
Beliau berkata, tiada mangsa cedera atau maut dalam kejadian itu dan tindakan pantas anggota serta pesara bomba itu membantu mengawal kebakaran daripada terus merebak.
|
|
|
|
|
|
|
|
Ade nmpk dlm fb...kebetulan ank die dok kt hosp tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
wad 7b tu antara wad tersesak kat htar. |
|
|
|
|
|
|
| |
|