[size=0.813em] (Ubah saiz teks)
SERGIO Aguero menerima Kasut Emas selaku penjaring terbanyak Liga Perdana Inggeris musim ini dengan 26 gol.
[size=0.98em]Penyerang Argentina itu mengumpul 26 gol keseluruhan musim ini selepas turut meledak satu gol pada perlawanan terakhir liga menewaskan Southampton 2-1 pada Ahad.
Aguero,26, mengetepikan pemain muda Spurs Harry Kane (21) dan penyerang Chelsea Diego Costa dengan 20 gol.
Malang sekali, penjaring terbanyak itu gagal membantu Machester City mempertahankan trofi liga musim ini dengan ketinggalan lapan mata di belakang juara, Chelsea.
Anugerah tersebut menjadikan Aguero sebagai pemain Amerika Selatan yang kedua menerima Kasut Emas selepas Luis Suarez (bekas pemain Liverpool) yang mencatat 31 gol musim lalu.
|