CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7740|Reply: 19

[2015] BUKIT KEPONG HD - 15 OGOS 2015

[Copy link]
Post time 15-5-2015 10:24 PM | Show all posts |Read mode
Edited by matabelalang at 15-5-2015 10:30 PM



Filem "Bukit Kepong" bukan saja dinaik taraf ke kandungan definisi tinggi (HD) bahkan turut ditingkatkan kualiti warna untuk tampak seolah-olah “Bukit Kepong” baru menjalani penggambaran semalam. Selain dari itu, mutu audio juga dipertingkatkan dengan proses adunan semula dari mono ke stereo, suntingan bagi menyelaraskan lipsync audio asal dengan visual, noise reduction serta penambahan kesan khas bunyi.

Filem epik penuh aksi "Bukit Kepong" bakal ditayangkan semula pada Hari Kemerdekaan tahun ini di pawagam dalam bentuk HD (definisi tinggi). Usaha membaik pulih filem berkenaan telah dilakukan oleh Prodigital Lab Sdn Bhd dan akan diedarkan oleh United Studios Sdn Bhd yang merupakan anak syarikat KRU International Sdn Bhd dengan kerjasama Jins Shamsudin Productions.

Kata Norman Abdul Halim selaku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Syarikat KRU, projek pertama seumpamanya ini adalah bertujuan menggamit generasi baru untuk menghargai filem lama dengan visual  berteknologi tinggi. Tambah Norman, pemilihan filem berusia 34 tahun ini sebagai projek pertama mereka adalah kerana filem itu kaya dengan nilai estetikanya yang tersendiri

“Mengapa kita pilih Bukit Kepong sebagai projek pertama kerana filem ini penuh dengan nilai-nilai sejarah yang akan dapat dihidangkan kepada generasi muda dalam bentuk visual dan audionya selari dengan zaman sekarang. Jika tidak diselamatkan, ia akan rosak begitu sahaja. “Cabaran membaik pulih filem ini adalah keadaan negatif filem itu sendiri yang sudah uzur, tambahan ia merupakan satu-satunya salinan yang masih berkeadaan baik yang ada dalam simpanan keluarga Jins Shamsudin,” jelas Norman.


Norman berkata demikian di majlis pelancaran trailer Bukit Kepong versi HD di Pitching Centre Content Malaysia, Platinum Sentral, Kuala Lumpur pada Selasa. Norman turut berkata bahawa kerja-kerja ‘menyelamatkan’ kandungan filem berusia 34 tahun ini telah dijalankan dengan penuh teliti selama lebih sembilan bulan dengan proses pemulihan filem yang menelan kos sekitar RM100,000. Turut hadir di majlis pelancaran tersebut adalah Jins Shamsudin sendiri bersama anaknya Putera Hang Jebat, Ketua Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) Datuk Kamil Othman serta Ketua Pegawai Eksekutif Prodigital Lab Sdn Bhd.

Jebat mewakili bapanya mengakui berpuas hati dengan hasil pembaikpulihan filem berkenaan ke versi HD. “Kualiti bagus, macam baru semalam shoot,” jawabnya ringkas. Selain "Bukit Kepong", United Studios dan Jins Shamsudin Productions turut menandatangani perjanjian untuk membaik pulih tiga lagi filem klasik iaitu “Menanti Hari Esok”, “Esok Masih Ada” dan “Tiada Esok Bagimu.”


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-5-2015 11:25 PM | Show all posts
bagus
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2015 04:54 PM From the mobile phone | Show all posts
tp sy tetap suke yg lama tu..
rasa nostalgia sgt
cite ni mmg best
tersentuh sgt tgk ank2 kecil yg menangis2 tu lg2 plak bila tgk mhi time segmen jejak kasih dorang dulu tu
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2015 11:44 PM | Show all posts
agaknya kutipan bp yea ?

yg bukan HD ada dlm Youtube...
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2015 07:40 AM | Show all posts
harap best laaa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-8-2015 03:50 PM | Show all posts
Suchi replied at 17-5-2015 04:54 PM
tp sy tetap suke yg lama tu..
rasa nostalgia sgt
cite ni mmg best

Inilah filem yang lama tapi dibuat dalam bentuk high defination dan sound remastering .... bukan re-make Bukit Kepong yang baharu ...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-8-2015 07:37 PM | Show all posts
OO NI MCM CITER HANG TUAH YG DI EDIT BALIK KASI COLOR KAN?
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2015 10:13 AM | Show all posts
nashrudean replied at 16-8-2015 07:37 PM
OO NI MCM CITER HANG TUAH YG DI EDIT BALIK KASI COLOR KAN?

Filem Hang Tuah P. Ramlee tu bukan edit balik kasi kaler tapi mmg shooting in colour...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-8-2015 08:58 PM | Show all posts
okey sgt kalau jd HD. cuma kurang 'klasik'.
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2015 05:02 PM | Show all posts
so, berapa hari bulan nak tayang ni?
kt gsc & tgv xde pun

Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2015 12:15 PM | Show all posts
tayang kat mana?
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2015 11:03 AM | Show all posts

finally..............

filem Bukit Kepong HD
mula ditayangkan khamis ni (27/08/2015) di gsc
hanya pawagam tertentu shj
antaranya mid valley & alamanda putrajaya
1 hari 1 tayangan


http://www.gsc.com.my/Showtimes/ePayment/ePayment.aspx


Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2015 04:02 PM | Show all posts
malam ni tengok..
macam best, HD tuu..



Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2015 04:17 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2015 09:34 AM | Show all posts
dh tgk mlm td

kualiti visual & audio wayyyy better than the original version
part2 yg xbrapa clear mcm 2 polis (t'msk wtk allahyarham a.rahim) terkena serpihan bom olh komunis
terkeluar isi perut..nmpk usus bagai...creepy siot...jelas btul
wjh2 beberapa pelakon wanita die....clear jerawat2
1 lg watak yusof haslam(suara muda die mmg best) xberbaju lps kena rompak
pink nipple

tp sblm tygn, lps trailer filem, iklan2 semua tu
pwgm mainkan lagu negaraku
weol dlm pwgm pun sama2 berdiri & nyanyi

lps tu ade paparan sket olh team kru yg t'libat mengHDkan filem Bukit Kepong ni
ade tunjuk sblm & slps beberapa scene diHDkan
lbh kurang 20 org t'libat utk A&V
3 bln ms diambil
hat's off utk semua yg terlibat secara langsung atau xlangsung mngHDkan Bukit Kepong

end credit pun ade mskkan team kru & gov yg involve dlm film industry yg buat HD filem ni
sejibik dgn font ending kredit original filem


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-9-2015 04:52 PM | Show all posts
Terbaik Kerajaan Malaysia dan KRU ... simpanan khazanah filem sejarah kita ... penyelidik-penyelidik seperti History Channel memang akan ambil footage filem ini untuk program-program sejarah negara ...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-9-2015 08:07 PM | Show all posts
agak2 bila nak kuar versi DVD ni...sanggup beli
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2015 09:07 AM | Show all posts
good job.bleh kuar blue ray pasni
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2015 03:18 PM | Show all posts
matabelalang replied at 7-9-2015 04:52 PM
Terbaik Kerajaan Malaysia dan KRU ... simpanan khazanah filem sejarah kita ... penyelidik-penyelidik ...

sangat setuju
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2015 01:50 AM | Show all posts
Kat luar Lembah Klang,ada tak pawagam yang tayangkan filem ni?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 02:42 PM GMT+8 , Processed in 0.647067 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list