CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5984|Reply: 45

[Tempatan] Pandangan DUKE Berbeza Dengan MAZA Mengenai GST

[Copy link]
Post time 5-5-2015 04:38 PM | Show all posts |Read mode




Ceramah penceramah terkenal Datuk Kazim Elias tentang GST di pentas BN Permatang Pauh. Antaranya, kata Ustaz Kazim boikot kepada media punca pengguna tak dapat maklumat tepat tentang GST.




“Kadang-kadang benda itu memang kosong GST, dikecualikan GST. Tetapi dia (peniaga) tipu kita. Kenapa kita kena tipu? Sebab malas baca surat khabar sedangkan dalam surat khabar tiap-tiap hari dia cakap yang ini kena GST atau tidak,” katanya dipetik The Malaysian Insider.

Beliau berucap dalam program Ceramah Perdana di Sekolah Menengah Kebangsaan Permatang Pasir, Permatang Pauh semalam.

“Tapi apabila orang kata jangan baca surat khabar, pembohong, maka kita pun boikot jangan dengar berita pembohong itu.

“Berita kita tak dengar surat khabar tak baca, akhirnya kita kena bohong,” katanya.

Kalau negara lain banyak barang dikenakan GST berbeza dengan Malaysia yang mengecualikan GST ke atas banyak barangan, kata ustaz Kazim lagi.

“Apabila saya ceramah di negara yang ada GST saya tanya dekat dia, apa GST kamu? (Mereka jawab) semua benda kena GST. Semua benda gula kena, ikan kena, ayam kena.

“Saya kata di Malaysia, benda-benda itu dikecualikan GST. Yang mana menjadi makanan utama, tak kena GST. Yang kena (GST) adalah benda yang jarang pakai. Benda yang tiap-tiap hari dipakai seperti barangan kegunaan harian yang dikawal yang ada harga siling, tak kena (GST).

“Dia kata dekat saya, itu dia hairan – Malaysia ini GST apa? Ada yang kena ada tak kena (sedangkan) kami ini semua kena,” katanya.

http://www.ekeleh.com/ustaz-kazim-putar-gst-di-permatang-pauh/
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-5-2015 04:41 PM | Show all posts
PPRT sungguh ceramah DUKE ni...x phm GST sbb x bc paper


Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2015 04:52 PM | Show all posts
dia pergi negara mana semua benda kena GST? dkt singapore makan dkt kedai xde GST. dkt malaysia, kedai mamak pun kena gst
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2015 04:53 PM | Show all posts
apa pun tak boleh......sokong la BN
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2015 05:05 PM | Show all posts
Kalau negara lain banyak barang dikenakan GST berbeza dengan Malaysia yang mengecualikan GST ke atas banyak barangan, kata ustaz Kazim lagi.

“Apabila saya ceramah di negara yang ada GST saya tanya dekat dia, apa GST kamu? (Mereka jawab) semua benda kena GST. Semua benda gula kena, ikan kena, ayam kena.


  Negara mana yang dia pernah pegi bagi ceramah? dah tanya pasal GST?
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2015 05:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Mungkin zimbabwe,afghanistan,somalia dan lain2
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-5-2015 05:11 PM | Show all posts
Kazim: Baca surat khabar elak ditipu GST

12:14PM - 5 May 2015
http://www.malaysiakini.com/news/297264



Penceramah terkenal Datuk Kazim Elias mengingatkan rakyat supaya tidak terpedaya atau tertipu dengan pihak yang mengambil kesempatan mengenakan caj Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Beliau berkata tidak semua termasuk barang keperluan harian dikenakan cukai tersebut kerana ia dikawal kerajaan berbanding negara lain yang mengenakan cukai tersebut kepada semua barangan.

Menurutnya lagi, insiden tersebut boleh dielak sekiranya rakyat sentiasa mengikuti perkembangannya dengan membaca surat khabar yang menyenaraikan barang-barang yang dikecualikan GST.

"Tapi masalah kita ni, kita semua terkena. Padahal benda tu tak kena GST, tapi mereka ni (pihak tertentu yang) ambil kesempatan.

"Kadang-kadang benda tu memang kosong GST, dikecualikan GST. Dia tipu kita. Kenapa kita kena tipu, sebab malas baca surat khabar.

"Dalam surat khabar, tiap-tiap hari, dia cakap yang ni kena GST ke, tidak. Tapi bila orang kata jangan baca surat khabar, pembohong, maka kita pon boikot. Jangan dengar berita, pembohong.

"Berita kita tak dengar, surat khabar tak baca, akhirnya kita kena bohong," katanya dalam satu ceramah di Permatang Pauh malam tadi.

Dalam ceramah itu juga Kazim percaya bahawa selepas dua atau tiga tahun lagi, rakyat akan memahami mengapa rakyat tidak boleh mengelak daripada membayar cukai.

"Lama-lama cukai yang dikutip akan pulang balik kepada kita. Yang ini orang tak nampak habis," katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2015 05:13 PM | Show all posts
EJALTI replied at 5-5-2015 05:11 PM
Kazim: Baca surat khabar elak ditipu GST

12:14PM - 5 May 2015
"Lama-lama cukai yang dikutip akan pulang balik kepada kita. Yang ini orang tak nampak habis," katanya.


yg x pulang blk pun rakyat x npk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-5-2015 05:48 PM From the mobile phone | Show all posts
gst kena barang2 jarang pakai ke? apa susu tepung baby n pampers pakai setahun sekali saja ke
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2015 05:51 PM From the mobile phone | Show all posts
kecimpret replied at 5-5-2015 04:41 PM
PPRT sungguh ceramah DUKE ni...x phm GST sbb x bc paper

Ke ko yg PPRT sis? Btw gst ada impact pada gelandangan spt kau ker..tak kot
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2015 07:37 PM | Show all posts
Terlebih kuah dari maslan nampak gayanya ustaz KE ni. Btw, berapa byk dpt bayaran tuk ceramah ni, halal ker tok.
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2015 07:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Eh paper bukan bahagian sukan n sports toto je ke yang boleh dipercayai?
Bahagian lain ka menipu j
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2015 07:50 PM | Show all posts
ler setad roti jalaaa..cakap ler setad roti jalaaa..ingat aku tadi lebuhraya duke tuh

sejak dok pakai title dato ni..nada pun dah lain

biasa la manusiaaa

tok maza pun sejak jadi mupti.. buih2 banyak dah padam

aku dok masih tertanya kasut kasut di masjid di perlih tuh..sudah tersusun rapi kaaa?
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2015 07:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Diamlah DUKE... Bangang mcm maslan gak... Ada lagi ke yg nk dgr ceramah setat roti jala ni
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2015 08:11 PM From the mobile phone | Show all posts
psl ulasan gst dari ustaz ni..no komen..tp suka jgk dgr ceramah dia kdg2 sbb mmg terkena setepek kat muka majoriti kita ni..sbb tu ramai yg tk suka dia
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2015 08:13 PM | Show all posts
bukan dalam forum perdana aritu cakap nak bersara ke daripada berceramah?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-5-2015 08:14 PM | Show all posts
sbb tu aku suka pandangan DrMAZA yang nampak lebih ilmiah, dan neutral tak menyebelahi mana2 pihak
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2015 08:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau GST tu bagus benor kenapa ada pengecualian dan zero rated? Bubuhla semua 6%. Tu yg aku tak paham.
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2015 08:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg hadir dlm ceramah ustad kazim ni lagi ramai dari yg hadir dlm i am not alone..
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2015 08:20 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 08:51 PM GMT+8 , Processed in 0.356327 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list