CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1457|Reply: 0

PENANTIAN MELELAHKAN CHONG WEI BERAKHIR

[Copy link]
Post time 29-4-2015 10:29 AM | Show all posts |Read mode


Terserlah kelegaan di raut wajah bekas pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei sebaik menerima keputusan panel pendengaran Persekutuan Badminton Dunia (BWF) berhubung kes dopingnya, semalam.
BWF menggantungnya selama lapan bulan bermula tarikh ujian doping pada aksi Kejuaraan Dunia di Copenhagen, Denmark pada 30 Ogos tahun lepas. Ia bermakna penggantungan itu berakhir Khamis ini (30 April).

Menurut laporan panel pendengaran doping BWF, Chong Wei tidak mengambil bahan larangan tersebut dengan sengaja, tetapi ia dikhuatiri terkandung dalam supplemen tradisional yang diambilnya.

"Saya telah menjadi begitu bosan tanpa mana-mana kejohanan. Saya hanya berharap dapat bermain lagi," kata Chong Wei dalam sidang media di Putrajaya, semalam.

Namum, semuanya akan berakhir pada tengah malam Khamis ini.

Tanggal 1 Mei akan sentiasa terpahat pada ingatan Chong Wei kerana tarikh itu membawa pengertian bermakna dalam hidupnya sebagai suami dan juga pemain badminton profesional.

Di mana Chong Wei bakal mengakhiri hukumannya dan sekali gus menghadiahkan 'pembebasannya' itu kepada isterinya, Datin Wong Mew Choo yang akan menyambut hari lahir yang ke-32 pada 1 Mei ini.

"Saya telah menunggu begitu lama. Saya merasa resah sejak empat hari lalu dan tidak dapat tidur langsung...enam bulan ini bagaikan dua tahun yang terpaksa saya lalui," kata pemenang pingat perak di dua Sukan Olimpik - Beijing (2008) dan London (2012) itu.

Selepas ini, beliau terpaksa menggandakan usaha untuk mengembalikan semula pretasinya ke tahap optimum.

Ia bukanlah semudah diucapkan, sebaliknya menagih kudrat dan keazaman tinggi untuk meraih kembali kedudukan sebagai pemain nombor satu dunia.

Chong Wei kini perlu bekerja keras jika mahukan semula status pemain nombor satu dunia kerana beliau kini menjunam di tangga ke-30.

"Selepas lama tidak bermain, sejak Sukan Asia 2014, saya memerlukan  perlawanan yang kompetitif biarpun misi merampas semula ranking nombor satu dunia bukan mudah," katanya dalam satu temubual sebelum ini.

Matlamatnya untuk bermain di Sukan Olimpik di Rio de Janeiro pada tahun depan juga kembali ke landasan asal.

Di bawah bimbingan Hendrawan, jurulatih baharu yang dipilih Persatuan badminton Malaysia (BAM), Chong Wei berjanji akan membuat kemunculan semula dengan mempamerkan prestasi terbaik.

"Saya kini lebih bermotivasi selepas kejadian menyakitkan ini. Saya sudah alami jatuh naik dalam kehidupan saya," katanya.

Bagi Pengarah Teknikal BAM Morten Frost Hansen, bagi membantu Chong Wei kembali ke pretasi optimum, beberapa pertandingan kompetitif telah dipilih untuk memberi peluang kepada bekas pemain nombor satu dunia itu mengumpul mata ranking.

Antara perancangan Frost ialah memastikan Chong Wei dapat beraksi dalam semua kejohanan Siri Super BWF termasuk Kejohanan Badminton Dunia dari 10 hingga 16 Ogos di Jakarta, Indonesia.

Frost turut menyenaraikan Chong Wei untuk mengetuai cabaran Malaysia pada Piala Sudirman di Dongguan, China pada 10-17 Mei dan juga beraksi dalam acara berpasukan di Sukan SEA Singapura pada Jun ini.

Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Ahmad Shapawi Ismail berkata MSN akan membantu Chong Wei melalui BAM dalam membuat persediaan bagi melayakkan diri ke Sukan Olimpik Rio de Janeiro.

Chong Wei dijangka mula berlatih bersama skuad kebangsaan pada 1 Mei ini di Stadium Juara, Bukit Kiara.

sumber:www.stadiumastro.com


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 10:24 AM GMT+8 , Processed in 0.106361 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list