|
Edited by Nusantara77 at 28-4-2015 10:53 AM
SEORANG ahli gimnastik mula terpaksa menghabiskan seluruh masa di atas kerusi roda apabila disahkan lumpuh dari leher hingga ke bahagian bawah tubuh setelah jatuh 50 kaki dari balkoni hotelnya.
Dina Amos-Larkin, 21, dilapor terjatuh dari balkoni tingkat empat bilik tidurnya sewaktu menelefon ibunya.
Dina sebelum ini mewakili negaranya dalam sukan gimnas, kini terpaksa menerima hakikat bahawa dia tidak boleh berjalan lagi.
Menurut doktor, Dina mengalami kecederaan bahagian tulang belakang yang serius akibat kemalangan tersebut.
Dina, yang berasal dari Poole, Dorset, Barcelona kini ‘terkandas’ di Sepanyol, selepas pihak insurans ‘gagal’ menjelaskan kos rawatannya.
Menurut portal itu lagi, Dina didakwa mengambil alkohol sebelum kemalangan berlaku; menyebabkan pihak insurans tidak boleh menanggung kos rawatannya.
Lebih memburukkan keadaaan, terdapat salah faham oleh pihak berkuasa Sepanyol yang menyangka ia adalah satu misi bunuh diri.
“Bukan itu sebenarnya yang terjadi. Saya habiskan masa sepanjang hari bersukan dan kemudian saya keluar dengan kawan-kawan pada petang itu. Ya memang saya ada mengambil alkohol tetapi saya tidak mabuk.
“Saya pulang ke bilik hotel sebelum lewat tengah malam dan hubungi ibu saya untuk mengadu mengenai beberapa perkara kepadanya. Semasa bercakap dengannya saya bersandar pada balkoni,” katanya seperti yang dipetik menerusi portal tersebut.
Pelajar undang-undang Universiti Surrey ini memberitahu bahawa dia tidak sedar besi balkoni lebih rendah dari pinggangnya sebelum terjatuh dari tingkat empat hotel berkenaan.
“Saya tidak ingat apa-apa selepas itu. Saya koma selama dua minggu dan hanya dapat tahu keadaan saya sejak seminggu lalu.
“Memang susah untuk terima keadaan saya sekarang. Menurut doktor, saya tidak akan boleh berjalan semula. Tetapi saya akan buktikan pada semua bahawa saya akan berdiri dan berjalan semula,” katanya lagi.
Sebuah dana kini digerakkan bagi membantu Dina membayar kos perubatannya.
Setakat ini dana tersebut dilaporkan telah mengumpul sehingga £20,000 (RM77,270).
sumber:sinar harian
|
|