CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1195|Reply: 3

[Tempatan] Peluang GAMER menjadi RACER

[Copy link]
Post time 24-4-2015 06:03 PM | Show all posts |Read mode



Polyphony Digital dan Nissan telah melancarkan program mencari pelumba menggunakan platform konsol PS3 dan simulator Gran Turismo 6 secara online pada 21 April 2015.


Pemilik konsol PS3 dan Gran Turismo 6 dalam region yang dipertandingkan berpeluang untuk menyertai pertandingan Time Trial secara Online sebanyak 4 pusingan dan akan berakhir pada 6 Jun 2015.



Untuk pusingan pertama, pemain kena membuat Time Attack di Litar Lumba Antarabangsa Silverstone dan perlu melepasi peringkat Bronze untuk layak ke pusingan ke-2.

Pemilihan pemain yang layak ke pusingan akhir akan berlaku semasa pusingan ke-4 dan pemain akan dikumpulkan dalam satu kem dan akan berlumba menggunakan simulator rasmi GT6 ( menggunakan Thrustmaster T500RS ).

Malangnya, untuk region Asia, Malaysia tidak termasuk dalam senarai negara yang boleh bertanding ( begitu juga dengan Singapura ). Untuk region Asia, negara yang bertading ialah :


  • Jepun
  • Indonesia
  • Thailand
  • India
  • Filipina


Walaupun pemain dari Malaysia tidak berpeluang menyertai GTA 2015, pemain yang bercita-cita menjadi pelumba sebenar boleh mencuba untuk mencatatkan masa TT terpantas menggunakan update Gran Turismo yang terkini ( 1.18 ) dan bandingkan kualiti pemanduan dengan pemain lain menggunakan carta rasmi yang dikeluarkan oleh Polyphony Digital.



SUMBER : http://www.simulator.asia/2015/04/gt-academy-2015-peluang-gamer-menjadi.html
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-4-2015 08:33 PM | Show all posts
takyah ar.lupakn.melisia dah terkena bala doh.-,-
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2015 08:48 AM | Show all posts
Esmiria replied at 24-4-2015 08:33 PM
takyah ar.lupakn.melisia dah terkena bala doh.-,-

Napa pula takyah? Kalau ujibakat segala rancangan realiti hiburan atau keagamaan baru la takyah pi..

Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2015 09:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa terkecuali?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 06:04 PM GMT+8 , Processed in 0.061100 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list