CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1779|Reply: 0

Lumia 640, 640XL dan 430 Dilancarkan Di Malaysia

[Copy link]
Post time 14-4-2015 05:27 PM | Show all posts |Read mode
Tiga peranti terkini Lumia dilancarkan di Malaysia hari ini. Lumia 640, Lumia 640XL dan Lumia 430adalah tiga peranti yang dilancarkan hari ini. Lumia 640 ialah peranti 5″ (720P) yang diperkasakan pemproses 1.2 GHz empat teras Snapdragon 400, 1 GB RAM, muatan dalaman 8 Gigabyte dan bateri 2500 mAh. Ia mempunyai kamera 8 MP pada bahagian belakang dan 1 MP pada bahagian hadapan.

MWC 2015: Pandang Pertama Lumia 640
Lumia 640XL pula mempunyai skrin 5.7″ (720P) , pemproses 1.2 GHz empat teras Snapdragon 400, 1 GB RAM, muatan dalaman 8 Gigabyte dan bateri 3000 mAh. Kemampuan kamera 640XL adalah lebih tinggi dengan kamera utama 13 MP dan kamera hadapan 5 MP.

MWC 2015: Pandang Pertama Lumia 640 XL
Akhir sekali ialah peranti kelas permulaan Lumia 430 dengan skrin 4″ (480P), pemproses 1.2 GHZ dua teras Snapdragon 200, 1 GB RAM, muatan dalaman 8 Gigabyte dan bateri 1500 mAh. Kamera utama sebesar 2 MP dan kamera hadapan VGA. Ketiga-tiga peranti mempunyai sokongan dwi SIM. Hanya Lumia 640 menyokong dwi SIM LTE buat masa ini. Terdapat perancangan membawa masuk Lumia 640XL dwi SIM LTE di masa hadapan.


Ketiga-tiga peranti menggunakan sistem operasi Windows Phone 8.1 dan akan menerima kemasan Windows Phon 10 kelak. Bagi pembeli Lumia 640 dan 640XL, Microsoft akan memberikan langganan Office 365 Personal percuma selama setahun. Storan awaman One Drive sebesar 1 Terabyte juga disertakan secara percuma.
Harga jualan peranti adalah RM739 untuk Lumia 640, RM929 untuk Lumia 640XL dan RM319 untuk Lumia 430. Ketiga-tiga peranti akan mula dijual bermula 17 April ini.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-10-2024 12:30 AM GMT+8 , Processed in 0.467898 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list