CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5312|Reply: 1

Pelajar Patani di SMAP Labu cemerlang.

[Copy link]
Post time 13-4-2015 09:21 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Nusantara77 at 13-4-2015 09:23 AM



Asyraf Wajdi Dusuki (empat dari kiri) beramah mesra dengan sebahagian guru serta pelajar selepas Majlis Graduasi SPM dan STPM di Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP) Labu, Negeri Sembilan, semalam. Turut kelihatan Tusnim Waeto (dua dari kiri).

SEREMBAN 12 April – Keyakinan negara luar terhadap mutu pendidikan negara telah mendorong beberapa pelajar dari Thailand mengikuti pengajian peringkat sekolah menengah di sini sekali gus menunjukkan kecemerlangan dalam peperiksaan peringkat kebangsaan.

Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Senator Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, program pendidikan negara yang sistematik ditambah dengan kepercayaan tinggi menyaksikan 24 pelajar dari Thailand ditempatkan di Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP) Labu dekat sini.

“Penempatan pelajar itu adalah hasil memorandum persefahaman (MoU) antara Kementerian Pendidikan dengan kerajaan Thailand sejak lapan tahun lalu,” katanya kepada Utusan Malaysia di Labu, dekat sini hari ini.

Katanya, program itu bukan sahaja memberi peluang kepada pelajar Thailand itu untuk mendapati pendidikan kebangsaan serta mendalami ilmu Islam di sekolah terpilih di negara ini, malah berpeluang mempelajari budaya dan kehidupan rakyat tempatan.
“Program pendidikan ini harus dipuji dan adalah diharap pelajar tersebut dapat memanfaatkan ilmu yang diterima khususnya di SMAP Labu ini,” ujarnya.

Asyraf Wajdi yang merupakan bekas pelajar SMAP Labu dari 1989 hingga 1993, berada di sekolah itu hari ini untuk meraikan pelajar sekolah itu pada Majlis Graduasi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).

Tambah beliau, adalah menjadi harapannya supaya program itu dapat diteruskan demi memastikan rakyat terutama di kawasan selatan Thailand yang beragama Islam mendapat pendidikan sewajarnya.

“Mereka (pelajar Thailand) ini cukup bertuah kerana dapat belajar di negara ini dan kita mengharapkan apabila tamat pembelajaran mereka dapat meneruskan pelajaran sekali gus memperluaskan ilmu diperoleh kepada masyarakat Islam di negara asal,” katanya.

Difahamkan, SMAP Labu telah menjalankan program itu sejak lapan tahun lalu dalam dua sesi pengambilan dan sehingga kini terdapat antara pelajar dari selatan Thailand telah mendapat keputusan cemerlang pada SPM yang lalu.

Dalam majlis itu, Asyraf Wajdi turut menyampaikan sumbangan RM5,000 daripada Yadim kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMAP Labu untuk pembangunan pendidikan sekolah berkenaan.

Antara penerima anugerah cemerlang itu ialah pelajar dari Thailand, Tusnim Waeto yang memperoleh 11A dalam SPM selain Hannan Afifah Mat Yusof (11A, SPM) dan Anis Syamira Gustar Affendi (4A, STPM).


sumber : http://www.utusan.com.my/pendidi ... thash.kOewvGGf.dpuf
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-4-2015 09:23 AM | Show all posts
Pernah nampak budak2 ni dulu masa kat Tesco, diorg beli belah sebelum balik wilayah Selatan Thai. Tanya cikgu pengiirng, apa nasib budak2 ni lepas habis SPM. Cikgu tu pun tak pasti.


Projek bawah Pak Lah dulu, harapnya diorg seraplah masuk Universiti tempatan. Jangan buat separuh jalan. Sian budak2 ni nanti.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 10:49 AM GMT+8 , Processed in 2.411905 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list