CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2729|Reply: 0

Nilai perolehan aplikasi dijangka USD99b pada 2019. jom buat game!

[Copy link]
Post time 13-4-2015 08:55 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Nusantara77 at 13-4-2015 08:57 AM


Aplikasi telefon pintar dan tablet mampu menghasilkan keuntungan yang lumayan . GAMBAR HIASAN

CAPE TOWN 3 April – Perolehan tahunan daripada aplikasi yang diakses menerusi telefon pintar dan tablet dijangka mencecah AS$99 bilion (RM364.6 bilion) pada 2019.

Menurut firma penyelidikan data bergerak, Juniper Research, majoriti daripada perolehan tersebut bakal disumbang oleh aplikasi permainan bagi lima tahun akan datang.
Katanya, walau bagaimanapun pertumbuhan tertinggi akan dialami oleh beberapa aplikasi lain seperti sistem navigasi, te-mu janji dan eBooks.

“Aplikasi temu janji dilihat boleh berkembang apabila ia merupakan empat daripada 20 aplikasi teratas di United Kingdom bagi iOS pada awal 2015 adalah Match.com, Zoosk, Tinder dan Plenty of Fish.
“Berikutan temu janji dalam talian yang kini semakin biasa, pertumbuhan terhadap sektor ini berkemungkinan akan berkembang melalui penggunaan telefon pintar,” katanya me-nerusi laporan Memeburn di sini semalam.

Sementara itu, aplikasi navigasi antara kategori yang me-ngaut untung daripada versi percuma dan bayaran setiap muat turun (PPD).
Jelas firma itu lagi, kebanyakan aplikasi tersebut mengenakan caj tinggi pada harga AS$50 (RM184) ke atas.

“Model ini dijangka akan beralih kepada model langganan dengan ciri-ciri termasuk kemas kini trafik secara langsung membolehkan arus pendapatan berterusan.
“Sehubungan itu, pengendali data bergerak perlu mencari jalan untuk terus menjana perolehan daripada aplikasi mereka,” katanya. – AGENSI


sumber : http://www.utusan.com.my/bisnes/ ... thash.XDTO8SGT.dpuf
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 01:29 AM GMT+8 , Processed in 0.050446 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list