CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 16490|Reply: 62

Adakah Bos Aku Terkena Guna-guna?

[Copy link]
Post time 30-3-2015 06:07 PM | Show all posts |Read mode
Salam sejahtera semua...

Serba salah aku nak citer dengan korang ni. Tak tahulah betul ke tak tempat yang nak aku tanyakan ni. Kisah ni cerita betul. Sedang berlaku sekarang. Cuma nak minta pendapat forumer kat sini macamana nak selesaikan masalah ni.

Bos aku ni warak orangnya. Muda lagi. Dalam 40-an. Sejak aku keja sini sejak lima tahun lepas, aku kenal dia sebagai bos yang tegas, workaholic dan family man. Aku memang respek la dengan beliau ni. Senang buat keja dengan dia sebab profesional.

Tapi sejak dua menjak ni, ada la satu budak pompuan ni dah masuk dept dia yang satu lagi. Budak pompuan ni disingkirkan dari dept lama sebab masalah bergaduh dengan staf dan ada la buat mistake yang sangat merugikan. So, semua dept takmo dia. Cuma bos aku ni kutip dia masuk dept dia. Kononnya boleh grooming dan perbetulkan keadaan la katanya.

Masa mula masuk, nampak takde apa yang nak dicurigakan. Namun, masuk sebulan dua bulan gitu, bos aku dah nampak lain. Mula nampak blur dan karektornya berubah. Makin pelik bila bos aku macam mengikut je cakap budak ni. Ke hulu ke hilir dengan budak ni, lepak kat ofis sampai malam dengan budak ni... padahal budak pompuan ni bini orang. Bab keja pun dah ke laut sampai menimbulkan masalah kepada semua orang dan client.

Aku pernah tegur bos aku pasal perubahan dia & pasal budak ni. Aku tau & kenal budak ni sebelum dia keja kat sini. Dia memang bermasalah di tempat lama sampai kena buang. Bila aku report dengan bos aku, bos aku tuduh aku pulak yang bermasalah dan dengki dengan dia. Gila-gila dia pertahankan budak tu. Aku rasa sedih dan kecewa sangat sebab aku dah berkhidmat dengan dia dekat 5 tahun. Budak ni baru sebulan dua keja, bos aku boleh hentam aku macam tu. Stress beb.

Sejak tu, aku malas dah nak ambik tahu pasal tu. Buat keja aku je walopun aku dah rasa nak berenti time tu. Masalahnya sekarang, budak tu laga-lagakan staf lain jugak. Semua haru biru dan tunggang terbalik jadinya. Budak ni memang tak reti pun buat keja. Keja dia cuma ngikut bos aku gi mana-mana, berlagak macam tau buat keja sampai berani duduk dalam bilik bos aku macam bilik tu dia yang punya. Dia memang tak baik dengan staf kat sini. Dia cuma jaga bos aku ni kaw-kaw punya.

Ramai dah report pasal budak ni. Tapi bos aku tetap junjung dia dan ikut je cakap budak ni. Aku mulanya tak heran, tapi lama-lama, aku rasa lain macam. Tu pun bila dah ramai cakap benda yang sama. Bos aku dah macam tak peduli bab keja & anak bini dia. Bos aku buat tak tahu je bila orang hentam dia pasal budak ni. Macam dah hilang rasa malu.

So, aku nak tanya forumer kat sini, apa dah jadi dengan bos aku ni? Dia ni dah kena guna-guna ke? Kalau betul, ada sesapa boleh bantu tak cemana nak pulihkan dia balik? Sebab, sejak dia blur dan berubah laku ni, prestasi dept dia jatuh merudum hingga menyusahkan semua orang. Senang citer la, nampak macam bodoh je sekarang ni. Benda simple pun bingung nak settle.

Harap ada sesiapa yang boleh membantu. Terima kasih banyak-banyak.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-3-2015 06:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Kita keberatan nak bercerita panjang kerana perkara yang sama pernah terjadi kepada salah seorang rakan baik.. lebih kurang begitu jugalah jalan ceritanya.

cuba tt dan rakan-rakan pejabat usahakan bertemu dengan isteri bos. Selidiklah sama ada perubahan kelakuan bos turut berlaku di rumah dan disedari oleh isteri beliau.

Jika benar, diharap isteri beliau segera mengambil langkah-langkah pencegahan..
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2015 09:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Kompom kene guna2..bw lah boss TT g jumpa ustaz sharhan..k..
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2015 10:57 PM | Show all posts
Kena guna2 la tu. Cepat2 la suruh bini dia atau kawan2 dia tolong ubatkan dia. Tak mungkin lelaki yang bagus mcm dia tu boleh berubah sekelip mata tanpa sebab yang munasabah. Cepat sebelum terlambat.
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2015 05:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Silakaknye pangai pompuan tu ??!!. :

Amende la yg di buat dia kt boss ko tu ??.
Kena kasitau kt bini boss ko ni.
Xle buat diam dh ni.
Sebelom bertambah parah.
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2015 08:20 AM | Show all posts
Rasanya kena bawa berubat tu..mcm dah pelik..

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-3-2015 09:03 AM | Show all posts
tolongla g bawak berubat sebelum jadik lagi teruk....g pusat perubatan macam darul syifa tu ke untuk mintak pandangan ustad2 sana....mungkin dorg boleh bagi air penawar ke doa2 untuk pulihkan boss...buat senyap2 dulu takot si budak tu perasan & dia kuatkan lagi guna-guna dia t....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-3-2015 09:36 AM | Show all posts
Sedih sebenarnya bila tengok bos macam dungu macam tu... bila selidik dengan staf opis lama, rupanya gitu jugak perangai dia. Sampai orang sana dah fobia dengan budak ni.

Tak paham sebenarnya kenapa dia diambil bekerja di sini. Imej memang muslimah. Tapi memang tak sangka begitu pembawakannya.

Dulu kami ok. Sekarang ni, semua porak peranda. Memang ada niat nak bagitau bini bos, tapi risau jadi lain pulak.

Apapun terima kasih atas semua nasihat. Mungkin kena bawak berubat; bukan saja bos - tapi syarikat ni jugak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-3-2015 10:05 AM | Show all posts
dh tau bdk ni bwk byk masalah nape x benti kan je....
aku rs btl la kot dh kne guna2....
kne bwk bos ko berubat
sblm mkn dalam 'benda' tu
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2015 10:14 AM | Show all posts
santek sgtkah minah tu sampai kan boss u bule berubah 360?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-3-2015 11:18 AM | Show all posts
fifie_olin replied at 31-3-2015 10:05 AM
dh tau bdk ni bwk byk masalah nape x benti kan je....
aku rs btl la kot dh kne guna2....
kne bwk b ...

Entahla.... tak tau kenapa dok simpan je pompuan ni.

Bos sorang ni takut sangat nak buang... dok jaga je... walopun memang patut dibuang pun.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-3-2015 11:19 AM | Show all posts
maharani_gebu replied at 31-3-2015 10:14 AM
santek sgtkah minah tu sampai kan boss u bule berubah 360?

Takdela cantik sangat. Biasa je... tapi imej memang pijak semut pun tak mati.
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2015 12:00 PM | Show all posts
Rasa-rasa lah kalau dah sampai tahap mcm tu memang kena kut.
Tapi kena pi tengok juga takut bos TT ada masalah lain.
Biasanya kalau tahap sampai jadi bengong mcm tu sumber dia
mesti ada termakan. Wallahualam
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2015 12:06 PM | Show all posts
anak_minang replied at 31-3-2015 11:19 AM
Takdela cantik sangat. Biasa je... tapi imej memang pijak semut pun tak mati.

ooo... stok2 talam dua muka macam tu mmg bahya woo... ntah apelah dicucuknyer kat boss yu tu sampai tunduk abes...

binik org kan? ntah canerlah dia dgn laki dia... ntah2 lg bodo dr boss yu tu... ce risik2 kt wife boss yu tu... tnyekan pbezaan pangai dia.. kalau minik dia pun dh setat susah ati ape kata yu bgabung tenaga meletup dgn wife dia ikhtiar g jumpa ustaz tgk2 kan....

bukan ape... bnda ni br lagik kan... mungkin masih bule dselamatkan... jgn sampai sok lusa lupa jln balik umah lg haru... dgn kerja tunggang langgang lg sian esok....
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2015 12:13 PM | Show all posts
40s? Mid life crisis? Terkena buatan? Ape2 pon boleh find out. X yah repot2 kat wife dia. Takut lain akibatnye. Tp ade ke wife dia ckp ape2? Kalo budak tu dok pakai guna2, awat kene buang sana sini? Anyway, nk buang staf bknnye senang ... ade sop. Esp kalo keje gomen.
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2015 06:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Better pergi berubat jr sbb kalo bos pnye prestasi merudum kang x psl2 efek korang yg keja dlm opis tu...Ni org panggil istilah "lembu cucuk hidung" jgn biaq lame2.... Kalo bdk pmpn tu x buat kerja spt yg diarah kn, mmg boleh terminate..Tp psl bos ko da backup bdk pmpn tu, jd korang as staff2 ni kena amik inisiatif pulih kn bos...

Dats why sebelum amik pekerja kne risik perangai dorang kt tmpt keja lame..Coz aku sendiri penah jmpe mamat2 & minah psiko.. Luaran ibrt bidadari tp bila dah duduk stu opis bru tw perangai sbnr.. jgn lupe update k tt
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-3-2015 10:34 PM | Show all posts
mengikut aliran puak2 urban yang kian membiak di Malaysia ni, saudari tak perlu menyibuk hal orang.
Pegi buat keja sendiri suda lah
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2015 10:55 PM | Show all posts
kat ofis lama2 aku penah ada kes gini. pompuan ni tak boleh buat kerja la senang cite. apa pun tak boleh diharap. pagi ni ko bagi task suruh buat surat sampai petang esok pun dia tak buat surat tu. beberapa bln sebelum budak ni nak di confirmkan, ada la staff lama2 slow talk ngn bos ckp xyah la amek minah ni keje. menyusahkan org lain je kena cover keje dia pulak. bos aku time tu pun mcm bos ko gak. katanya boleh groom lagi. mebi salah dia tak guide dia bebetul. mebi dia stress keje yg nak cepat. kalau dia tak confirmkan budak ni, kesian dia. siapa nak bagi kerja kat dia nanti. nak harap kampeni cina sah2 diorg pun taknak tolong melayu. tuhan menjodohkan budak ni keja kat situ mesti ada hikmahnya dan musababnya. susah orang kita tak tahu. bla..bla..blaa... dan bos suruh kita semua be positif dan terima budak tu as part of the team. since kita semua pun kuli je kat situ, so terima la seadanya. nak kata sebab budak ni cantik, muka biasa2 je lalu sebelah pun ko takkan pandang kali ke dua. kebolehan buat keja memang zero. tapi kalau kitorang kena outstation mcm wajib bawak budak ni la esp aku la sebab sama2 pompuan khenn dan minah ni boleh pilih outstation mana dia nak ikut. kalau antara ke johor dan sarawak memang dia pilih sarawak la walaupun dia dah pergi site johor tu banyak kali. kalau betul nak belajar patut ikut by project la sepatutnya. paling aku benci kalau time meeting sibuk main henfon. pernah je minah ni pergi site pastu customer suruh dia balik. kesimpulannya aku rasa mungkin bos ko tak la kena guna2. cuma dia rasa simpati je dan bersikap always positive sedekah free 2-3 ribu kat org apa salahnya kan dan ye.. kitorang pernah pernah je kene bambu dengan bos sebab malas nak melayan cengkadak minah ni
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2015 09:16 AM | Show all posts
Boss ko ni tak pernah kena uji dgn pompuan camni.. mid life crisis le tu.. dh tersyiok kat minah tu kot.. and minah tu pun mesti stok pandai melayan.. takde makna nya nak berubat kalo jantan dh miang. And then sbb dia yang kutip minah ni kena la dia prove to mgmt yg decision dia betul, tu yg backing habis-habisan.

Ko tak payah la stress lebih2.. ke ko yang ada feeling kat bos ko tu? haha.. relax beb.. aku usik2 manja je..

Macam ni la.. ni bukan masalah ko untuk diselesaikan. Biar kan aja. Kalau ko dah tak tahan sangat, mintak transfer department. Yg penting, kerja ko jalan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-4-2015 01:26 PM | Show all posts
Edited by anak_minang at 1-4-2015 01:27 PM
PEPPERMAN replied at 31-3-2015 10:34 PM
mengikut aliran puak2 urban yang kian membiak di Malaysia ni, saudari tak perlu menyibuk hal orang.
...

Bukan nak menyibuk. Tapi masalah ni melibatkan semua pihak. Prestasi bos merundum teruk sampai client-client terpaksa call staf komplen itu ini. Bos aku macam orang bingung dan tak tau buat keja. Kita cakap dan follow up banyak kali pun, dia tak ingat. Semua jadi haru-biru.

Budak pompuan tu jugak menyusahkan team dia. Dia tak buat keja, kena ke orang lain. Orang lain pulak yang kena marah sebab bos aku dok back-up budak aku ni. Salah terang-terang depan mata pun masih disanjung jugak. Memang banyak yang makan hati la.

Nak buat keja masing-masing cemana kalau dah masalah derang ni mengganggu tugas rutin kami ni? Derang buat hal, kami pulak yang kena. Tak senang hati dibuatnya.

Sapa yang pernah kena, baru faham. Sebab keja kami ni keja teamwork.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 12:25 AM GMT+8 , Processed in 0.054586 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list