View: 2468|Reply: 1
|
Fomm Concept One : Kereta Elektrik Kalis Tsunami Jepun
[Copy link]
|
|
Antara imej yang tidak kita boleh lupakan mengenai Tsunami Jepun 2011 ialah kereta yang terapung dan dihanyutkan secara tiba-tiba. Ini memberikan idea kepada Hideo Tsurumaki, presiden syarikat Fomm untuk menghasilkan Concept One di bawah. Ianya kereta elektrik yang mampu memuatkan 4 penumpang serta boleh terapung apabila banjir berlaku. Menurut Hideo kenderaan ini dapat menyelamatkan nyawa mereka yang terperangkap dalam bencana alam ketika sedang memandu. Fomm akan mula menghasilkan Concept One pada tahun 2015 dan mensasarkan kawasan yang mempunyai risiko tinggi Tsunami dan banjir. Mungkin orang KL, Kelantan, Ganu, Pahang dan Kedah boleh kumpul duit. Next time banjir kereta anda boleh terapung like a bawse.
Laporan asal Inhabitat
kredit:www.blogserius.blogspot.com
|
|
|
|
|
|
|
| |
|