Menurut huraian ulama’ rahimahumullah, orang yang berziarah kubur dituntut melakukan seperti berikut:
1.Hendaklah ia bersih dari hadas (sunat berwudhuk)
2.Ketika sampai ditanah perkuburan, disunat memberi salam secara umum kepada ahli kubur dan berdoa semoga mereka beroleh rahmat dan selamat sejahtera. Ini diterangkan dalam hadith berikut:
Dari Buraidah al-Aslami r.a, katanya;
”Rasulullah s.a.w pernah mengajar sahabat-sahabatnya apabila mereka menziarahi tanah perkuburan supaya tiap tiap seorang di antara mereka (memberi salam dan berdoa dengan berkata: Salam sejahtera kepada kamu wahai ahli perkampungan (tanah kubur) ini, dari kalangan kaum mukminin dan muslimin; dan bahawa kami juga- Insya Allah akan menurut kamu apabila sampai gilirannya; semoga Allah memberi rahmat dan selamat sejahtera kepada kami dan kamu sekelian ”
4.sunat membaca aya-ayat suci al-Quran dan menghadiahkan pahalanya kepada simati.(ada pendapat mengatakan sunat kita membaca surah alwaqiah,surah al fatihah dan surah al ikhlas sebanyak 11-20 kali)
5.Selepas membaca ayat-ayat suci al-Quran hendaklah mengadap kiblat dan berdoa untuk simati semoga Allah mengampuni dosanya dan melimpahkan rahmat kepadanya, kerana doa yang didahului bacaan al-Quran lebih diharap makbulnya.
ORANG YANG MATI SENTIASA BERHAJAT KEPADA DOA UNTUKNYA
”Kenangkanlah daku dalam doamu”- rayuan ini bukan sahaja terpancar dari orang yang hidup terhadap orang yang hidup, tetapi sentiasa dirayukan oleh orang yang mati.Ini diterangkan dalam hadith maksudnya:
”Orang mati dalam kuburnya adalah seperti orang yang sedang tenggelam yang meminta pertolongan. Ia menunggu sampai kepadanya (rahmat) sesuatu doa dari anaknya,atau saudaranya, atau sahabat handainya. Apabila (rahmat) doa itu sampai kepadanya maka tidak terkira sukacitanya dan dirasainya (rahmat doa itu) lebih berharga daripada dunia dan segala isinya. Sebenarnya hadiah orang-orang yang hidup kepada orang mati ialah: ”Doa dan Istighfar”. (Riwayat oleh Ad-Dailami rahimahullah)
Di dalam hadith juga diterangkan, maksudnya:
”Bahawa roh orang-orang mati datang beramai-ramai ke langit dunia pada tiap-tiap malam dan berhenti bertentangan dengan rumah masing-masing. Tiap-tiap satu roh di antaranya menyeru berkali-kali dengan suara yang hiba dan sayu, katanya:
”Wahai ahli rumahku! Wahai kaum kerabat dan anak-anakku! Wahai orang-orang yang telah mendiami rumah kami, dan yang telah membahagi-bahagi dan menerima harta pusaka peninggalan kami, adakah sesiapa di antara kamu yang masih ingat kepada kami atau yang pernah memikirkan keadaan kami yang sedang berada di alam Barzakh?...kenanglah kami dan bantulah kami dengan doa dan amal-amal yang salih, semoga Allah memberi rahmat kepada kamu...”
”Setelah puas menyeru dan merayu, kembalilah kumpulan roh itu ke tempat masing-masing untuk datang lagi pada malam berikutnya
”Jika ada yang mendoakannya, kembalilah ia dengan gembira. Jika tidak, kembalilah ia dengan hiba dan hampa.” [Hadith yang menyayukan hati ini disebutkan dalam I’anah at-Talibin (2:144) ]
Kedua dua hadith ini menerangkan setakat mana berhajatnya orang yang mati kepada doa orang-orang yang hidup.
Sebab itulah kita diberi panduan di dalam al-Qur’an [ Diantaranya: ayat 41, surah Ibrahim, dan ayat 10, surah Al-Hasyr ]. supaya tiap-tiap seorang sentiasa berdoa memohon rahmat bukan sahaja bagi dirinya, ibu bapanya dan kaum kerabatnya- tetapi juga bagi umat Islam umumnya, yang hidup dan yang mati. [ Jika si mati orang salih maka doa itu dapat meninggikan darjatnya, dan jika ia berdosa maka doa itu dapat menyelamatkannya dari azab (atau meringankan tanggungannya). Tanwir al-Qulub (217).