CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2225|Reply: 5

Jeremy Clarkson Berkemungkinan Dipecat Dari Program Top Gear

[Copy link]
Post time 25-3-2015 05:16 PM | Show all posts |Read mode
[size=0.75em]Jeremy Clarkson berhadapan dengan para pemberita.

[size=0.813em]  (Ubah saiz teks)

[size=0.98em]> Sumber dalaman BBC menyatakan pengumuman mengenai nasib pengacara jutawan itu akan diumumkan pada Rabu
[size=0.98em]> Siasatan dalaman BBC mendapati dia memang menumbuk rakan sekerja
[size=0.98em]> BBC tidak dapat menerima sikap buruk Clarkson walaupun popularitinya menjana pendapatan lumayan
[size=0.98em]> Ketua Pengarah BBC, Lord Hall, enggan bertoleransi dengan sikap sedemikian



[size=0.98em]PENGACARA jutawan program kereta popular dunia Top Gear, Jeremy Clarkson berhadapan dengan kemungkinan dipecat dari program tersebut oleh stesen penyiaran British, BBC selepas siasatan dalaman mendapati dia memang menumbuk penolong penerbit Oisin Tymon selepas naik berang tidak dihidangkan dengan makanan panas setelah seharian menjalani proses pengambaran awal bulan ini.
[size=0.98em]Menurut laporan media Britain, pengumuman mengenai nasib Clarkson akan dibuat pada Rabu oleh Ketua Pengarah BBC sendiri, Lord Hall.
[size=0.98em]Clarkson menjadi jutawan setelah dia menjual hak penyiaran program yang diilhamkan olehnya itu kepada BBC beberapa tahun lalu. Top Gear pertama kali ke udara pada tahun 1988.
[size=0.98em]Dia telah pun digantung tugas (sejak dua minggu yang lalu) ekoran insiden tersebut sementara menunggu hasil siasatan dalaman selesai.
[size=0.98em]Clarkson, 54, dikatakan naik berang lalu didakwa menumbuk Tymon selepas dia mendapati hidangan makan malamnya tidak sepertimana yang dijangkakan.
[size=0.98em]Selepas berita mengenai penggantungan tugasnya tersebar luas, BBC telah mengambil keputusan untuk turut menangguhkan kesemua siaran program Top Gear termasuklah empat siaran langsung yang dijadualkan di Norway hujung minggu ini walaupun tiket penonton bernilai £1 juta telah terjual kesemuanya.
[size=0.98em]Akhbar The Telegraph melaporkan yang Lord Hall dijangka akan mengumumkan yang BBC tidak mempunyai pilihan lain melainkan memecat Clarkson kerana reputasi semua pihak telah terjejas.
[size=0.98em]The Telegraph juga memetik sumber dalaman BBC sebagai berkata yang tempat Clarkson akan diganti oleh pengacara rancangan pagi Radio 2, Chris Evans.
[size=0.98em]Tidak diketahui sejauh mana penerimaan peminat dengan keputusan terbaru ini nanti memandangkan para peminat setia Top Gear telah pun menghimpun sejuta tanda tangan menuntut Clarkson ditugaskan semula mengacara rancangan popular itu.
[size=0.98em]Sehingga semalam, Clarkson memberitahu pemberita yang dia masih belum mengetahui mengenai nasib dan masa depannya bersama program itu.
[size=0.98em]Bagaimanapun rakan-rakan rapat Clarkson dilaporkan berkata yang pengacara itu akan menyaman BBC jika mereka meneruskan rancangan untuk memecatnya.
[size=0.98em]Ahli parlimen dari parti Konservatif yang memerintah, John Whittingdale berkata, Clarkson tidak sepatutnya menerima layanan istimewa walaupun dia seorang yang popular kerana gajinya dibayar oleh pembayar cukai.
[size=0.98em]BBC adalah sebuah stesen milik kerajaan yang diperbadankan.
[size=0.98em]Whittingdale yang juga pengerusi Jawatankuasa Khas Kebudayaan, Media dan Sukan Parlimen menegaskan yang "Jeremy Clarkson tidak wajar mendapat layanan istimewa sebaliknya dia harus dilayan sepertimana kakitangan BBC yang lain dan oleh yang demikian harus berhadapan dengan peraturan disiplin yang sama sepertimana yang lain."
[size=0.98em]Bekas Ketua Pengarah BBC, Greg Dyke telah melabelkan Clarkson sebagai 'malapetaka yang menanti masa untuk meletus'.
[size=0.98em]Top Gear, yang dihoskan oleh Clarkson bersama dua rakan pengacara yang lain, James May dan Richard Hammond, merupakan siri BBC yang paling popular, dijual di lebih 200 buah negara dan menjana pendapatan sehingga £50 juta setahun.
[size=0.98em]Walaupun Clarkson dikenali dengan mulut yang celupar, tetapi cara dia mengendalikan rancangan itu tanpa gentar dan berselindung menjadikannya seorang yang sangat popular dengan para peminat.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2015 06:28 PM | Show all posts
ye la, kes dia tumbuk pun sebab orang lupa nak sediakan makanan kan..
mana tak hangin..
macam tak best je bila gabungan lain untuk top gera ni..
kena 3 0rang yang asal ni juga..
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2015 08:40 PM | Show all posts
Dia pernah pukul perodua kelisa sampai hancur?
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2015 02:08 PM | Show all posts
amirgo replied at 25-3-2015 08:40 PM
Dia pernah pukul perodua kelisa sampai hancur?

haa...dia la kan elok la dipecat

Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2015 05:23 PM | Show all posts
Dah kena sack kan?
hari ni dah keluar official statement dari BBC

Official statement from BBC.
Statement from Tony Hall (Director-General, BBC)
It is with great regret that I have told Jeremy Clarkson today that the BBC will not be renewing his contract. It is not a decision I have taken lightly. I have done so only after a very careful consideration of the facts and after personally meeting both Jeremy and Oisin Tymon.
I am grateful to Ken MacQuarrie for the thorough way he has conducted an investigation of the incident on 4th March. Given the obvious and very genuine public interest in this I am publishing the findings of his report. I take no pleasure in doing so. I am only making them public so people can better understand the background. I know how popular the programme is and I also know that this decision will divide opinion. The main facts are not disputed by those involved.
I want to make three points.
First – The BBC is a broad church. Our strength in many ways lies in that diversity. We need distinctive and different voices but they cannot come at any price. Common to all at the BBC have to be standards of decency and respect. I cannot condone what has happened on this occasion. A member of staff – who is a completely innocent party – took himself to Accident and Emergency after a physical altercation accompanied by sustained and prolonged verbal abuse of an extreme nature. For me a line has been crossed. There cannot be one rule for one and one rule for another dictated by either rank, or public relations and commercial considerations.
Second – This has obviously been difficult for everyone involved but in particular for Oisin. I want to make clear that no blame attaches to him for this incident. He has behaved with huge integrity throughout. As a senior producer at the BBC he will continue to have an important role within the organisation in the future.
Third – Obviously none of us wanted to find ourselves in this position. This decision should in no way detract from the extraordinary contribution that Jeremy Clarkson has made to the BBC. I have always personally been a great fan of his work and Top Gear. Jeremy is a huge talent. He may be leaving the BBC but I am sure he will continue to entertain, challenge and amuse audiences for many years to come.
- END -
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2015 02:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia icon kpd top gear
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-12-2024 02:06 AM GMT+8 , Processed in 1.186044 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list