Dua pelajar ditahan polis terlibat kes buli di JBGambar kes buli yang dipetik daripada rakaman video yang dikongsikan di laman Facebook Polis Johor.
[size=100%]KUALA LUMPUR, 18 Mac:
Polis menahan dua pelajar lelaki berusia 13 dan 14 tahun, bagi membantu siasatan berhubung rakaman video kes buli seorang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Aminah, semalam yang dimuat naik ke laman sosial Facebook.
Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor dalam status akaun Facebook rasminya hari ini memaklumkan, kedua-dua pelajar itu ditahan, berdasarkan laporan yang dibuat mangsa.
“Polis menerima laporan yang dibuat mangsa berusia 17 tahun itu, semalam.
“Ekoran insiden buli tersebut, hari ini pada jam lebih kurang 1 hingga 3 pagi, polis telah membuat tangkapan ke atas dua pelajar berusia 13 dan 14 tahun daripada SMK Tun Aminah dan SMK Damai Jaya untuk membantu dalam siasatan,” katanya.
Video selama 2 minit 59 saat itu menunjukkan, seorang pelajar lelaki menampar muka mangsa beberapa kali, manakala seorang lagi merakamkan proses itu.
Semalam, Ketua Polis Daerah Nusajaya, Supt Noor Hashim Mohamad berkata, lokasi kejadian berlaku di bawah sebuah blok pangsapuri di Taman Sri Orkid, Mutiara Rini, Skudai, pada Isnin lalu.
Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lebih lanjut mengenai kes itu dan hanya memaklumkan, ia disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.
Beliau turut memaklumkan, siasatan akan disegerakan, memandangkan semua suspek masih bersekolah dan kedua-duanya akan dibebaskan dengan jaminan polis.
Pautan video:
therakyatpost
|