CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 10423|Reply: 75

Raja Bomoh Bakal Terbit 3 Filem

[Copy link]
Post time 7-3-2015 10:29 PM | Show all posts |Read mode
Edited by jijigren at 7-3-2015 10:31 PM





KUALA LUMPUR: Seorang lelaki yang menggelarkan dirinya Raja Bomoh Sedunia menjadi terkenal selepas melakukan ritual di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) tahun lalu.


Ketika insiden kehilangan pesawat MH370 Mac tahun lalu, tiba-tiba muncul seorang lelaki bergelar bomoh bersama seorang wanita dari Johor dan beberapa orang pengikutnya.

Kontroversi bomoh Ibrahim Mat Zin ini menjadi terkenal dan bualan utama selepas dia dan pengikutnya membuat ritual di KLIA menggunakan kelapa, teropong buluh, tongkat buluh, perangkap ikan dan permaidani.

"Saya lebih popular sekarang, dan beberapa orang tertanya-tanya jika saya hilang atau jatuh miskin," kata bomoh berusia 83 tahun dalam satu temu bual di pejabatnya di sini.

Premisnya itu dipenuhi dengan poster baharu perniagaan Kopi Mahaguru asli dari Perak, dan mendedah menggunakan 10 jenis kopi berdasarkan resipi 1917.



Ibrahim Mat Zain


Dia mendakwa kopi tersebut turut diminum oleh oleh raja-raja Melayu, pahlawan, ketua-ketua kampung dan bidan.

Ibrahim mendakwa kos usahanya itu mencecah RM19 juta termasuk ladang di Sungai Manik (Perak) dan Bukit Mertajam (Pulau Pinang) dan tenaga kerja seramai 1,300 orang.

Katanya, dalam perancangan projeknya itu, sebahagian daripada keuntungan akan diagihkan kepada anak-anak yatim, orang tua dan mereka yang memerlukan.

Jelasnya lagi, dia juga terlibat dalam tiga buah filem akan datang yang memaparkan muka-muka baharu serta kesenian silat, iaitu filem Hantu Miniskirt 1963 (Miniskirt Ghost 1963), Pendekar Tangan Besi (Iron Hand Warrior) dan Keranda Terbang Waktu Malam (Night Flying Coffin).

Bomoh generasi ketujuh dari Pasir Salak ini mendedahkan dia kini terlibat dalam perniagaan perumahan dan perhotelan selepas memulakan perniagaan nenas.

Dalam pada itu, Ibrahim menegaskan dia mempunyai hak untuk membantu mencari pesawat MH370.

"Kehadiran saya telah dipolitikkan. Kelapa tidak syirik. Ia mempunyai air tulen. Semua kaum menikmatinya," katanya.

Walaupun permintaannya untuk melakukan upacara ritual itu sebanyak lima kali, dia hanya diberikan pelepasan selama dua upacara sahaja di KLIA.

"Saya tidak boleh beritahu siapa yang menghantar saya. Saya tidak datang untuk meminta wang. Saya hanya melakukan kerja-kerja saya dan berdoa menggunakan ayat al-Quran.

"Tetapi orang ramai sukar mendengar ayat-ayat doa yang saya baca kerana ketika itu keadaan bising kerana bunyi enjin kapal terbang mendarat dan berlepas," kata Ibrahim.

Ibrahim juga pernah membuat kenyataan mahu 'menumbuk dan menampar seperti buaya' kepada Khairy Jamaluddin selepas Menteri Belia dan Sukan itu mengkritik ritualnya.

Dia turut mengingatkan pengkritiknya mengenai sumbangannya ketika tragedi Highland Tower dan banjir di Kuala Dipang.

"Semasa perbicaraan kes Mona Fandey, saya pergi ke Mahkamah Tinggi Temerloh dan menjampi supaya hakim itu boleh melaksanakan tugas tanpa gangguan luar," dakwanya.

Selain itu, ketika ditanya pandangannya mengenai misteri kehilangan MH370, Ibrahim berkata, pesawat itu hilang selepas memasuki langit lapisan pertama daripada tujuh lapisan.

"Bagi saya, sebagai Raja Bomoh Sedunia dengan pengalaman 70 tahun, orang-orang di atas kapal terbang tidak mati. Mereka baru sahaja memasuki alam misteri," katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-3-2015 10:31 PM | Show all posts
Tak sabar nak tengok Hantu Miniskirt 1963
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2015 10:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2015 10:46 PM From the mobile phone | Show all posts
tajuk pilem dia huhuhu


sapa direktornya

rasanya mst org nk juga tgk pilem dia nih
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2015 10:46 PM From the mobile phone | Show all posts
dulu dia ada ckp iols citer santau ke jgn pdng belakang itu yg dorg guna idea dr dia..
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2015 10:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Hantu mini skirt? Che ta da berhijab plak..lau tak seswai watak tu utk che ta..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-3-2015 10:51 PM | Show all posts
Sah sah lah schizophrenic disorder shj. Motif melayan sangat? Jelas sangat gradiosity
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2015 10:51 PM | Show all posts
jijigren replied at 7-3-2015 10:31 PM
Tak sabar nak tengok Hantu Miniskirt 1963

mami pun sama, kenapa 1963??? miniskirt mula pada thun 1963 ke??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-3-2015 10:53 PM | Show all posts
siapaaaalah yg terpilih pegang watak hantu yg pakai miniskirt tu nanti gamaknya ???
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2015 11:04 PM | Show all posts


Cukup2 la tu pakcik, umur pun nak padam, bikin filem bagai pulak. Kasi kat David Teo sajalah utk filem style mcm tu. Simpan bodoh tu sikit
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2015 11:52 PM | Show all posts
mh370 akn timbul.

Secara mengejut.
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2015 11:53 PM | Show all posts
wow 83 tahun ke pokcik ni ? tegap mcm baru masuk 50 an jek.... OMG.....
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2015 11:57 PM | Show all posts
fredbok87 replied at 7-3-2015 11:53 PM
wow 83 tahun ke pokcik ni ? tegap mcm baru masuk 50 an jek.... OMG.....

Kan...nampak muda pakcik ni...paling2 pun early 60s
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2015 11:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah knp jd bomoh tok, niaga kopi je dh ada 19 juta
Raja pun minum kopi ni , susah i nk caye

Bunyi katebng gabggu baca doa klia, kat yg dia bawa klapa tu mana ada bunyi katebng , berabgan byk sgt
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2015 12:01 AM From the mobile phone | Show all posts
fredbok87 replied at 7-3-2015 11:53 PM
wow 83 tahun ke pokcik ni ? tegap mcm baru masuk 50 an jek.... OMG.....

Uols .. Adakah disebabkan air kelapa,, kalau tak silap air kelapa kaya dgn anti oksida untuk awet muda?
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2015 12:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia nampak awet muda sbb banyak minum air kelapa kot
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-3-2015 12:06 AM | Show all posts
orglama replied at 7-3-2015 11:57 PM
Kan...nampak muda pakcik ni...paling2 pun early 60s

khenssss ...weols speechless... and nampak masih tegap... adakah ada kesilapan pada umur ?...
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2015 12:07 AM | Show all posts
malaywood.NET replied at 8-3-2015 12:02 AM
Dia nampak awet muda sbb banyak minum air kelapa kot

hahaha ... make sense jgk la... sedangkan myak VCO pun berasal daripada kelapa dara... menyumbang pada faktor awet muda uolszz ...
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2015 12:08 AM | Show all posts
1) umur 83??? kagum weih... nampak muda...
2) 70 tahun pengalaman membomoh... maknanya start bomoh membomoh dari umur 13 la ni....
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2015 02:13 AM From the mobile phone | Show all posts
83 tahun ? igtkan baru 60+
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 12:56 AM GMT+8 , Processed in 0.086116 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list