|
SEORANG wanita di Britain sanggup memberi dadah kepada bayinya untuk menidurkan mangsa ketika dia sedang 'menikmati' kokain.
Tindakan Kelly Emery, 34, dari Frankley, Worcestershire itu turut menyebabkan anak lelakinya, Fenton Hogan, 2, maut akibat terlebih dos methadone pada 1 Julai 2013.
Susulan daripada itu, Emery telah didakwa atas kesalahan membunuh dan dibicarakan di Nottingham Crown Court.
Wanita tersebut menafikan tuduhan itu, namun dia mengaku bersalah menyebabkan kematian Fenton atas sebab kecuaiannya.
Menurut ibu tertuduh, Angela, anaknya mengalami ketagihan dadah yang melampau sejak berusia 17 tahun.
"Dia sanggup mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang ibu dan langsung tidak menghiraukan keperluan Fenton," katanya.
Bagaimanapun, wanita tersebut yakin anaknya tidak mempunyai niat untuk membunuh cucunya dan ia mungkin dilakukan dalam keadaan tidak sedar akibat berada di bawah pengaruh dadah.
Hasil keputusan post-mortem mendapati Fenton telah menelan methadone sekurang-kurangnya dua kali sebelum dia meninggal dunia. - Daily Mail
|
|