|
DUA pemain wanita dari Jepun, Kurumi Nara dan Misaki Doi mengesahkan penyertaan pada Kejohanan Tenis Terbuka Malaysia BMW 2015 yang akan berlangsung di Kelab Golf Diraja Selangor dari 2 hingga 8 Mac ini.
“Kedua-dua mereka ialah pemain yang menyertai kejohanan itu secara berterusan sejak 2011 tetapi kadang-kala mereka terpaksa berhempas pulas ketika menentang saingan untuk beraksi pada pusingan selanjutnya.
“Memandangkan faktor umur, Terbuka Malaysia BMW 2015, memberi kesempatan kepada penonton untuk menyaksikan Nara dan Doi, dua bintang tenis yang sedang meningkat untuk beraksi,” kata penganjur dalam kenyataan, kelmarin.
sumber:sinar harian
|
|