View: 11165|Reply: 37
|
Pertemuan Tidak Sengaja Uqasha & Pekin Beri Aura Positif
[Copy link]
|
|
Edited by kiss_darr at 14-2-2015 12:16 PM
PETALING JAYA: Pelakon Uqasha Senrose menjelaskan tindakannya memuat naik gambar bersama bekas tunangnya, aktor Pekin Ibrahim bukan bererti cinta di antara mereka kembali bertaut.
Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Senrose Nik Sen, 23, sebaliknya berkata, gambar berkenaan bukti mereka tidak lagi bermusuhan atau menyimpan dendam terhadap kegagalan mempertahankan hubungan sebelum ini.
"Apa yang telah berlaku sebelum ini sudah pun menjadi sejarah. Tidak perlu lagi ia dibangkitkan.
"Alhamdulillah hubungan kami baik-baik sahaja sebagai kawan. Tidak lebih daripada itu," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Jumaat.
Tambah Uqasha, dia bertemu dengan Pekin secara tidak sengaja ketika menghadiri sesi fotografi berasingan di sebuah syarikat akhbar pada Jumaat.
Bagaimanapun kata Uqasha, itu bukan kali pertama mereka bertemu selepas berpisah tahun lalu tetapi pertemuan kali ini paling baik kerana mereka saling bertegur sapa untuk bertanya khabar.
"Sebelum ini kami ada bertemu di majlis-majlis hiburan tetapi hanya sekadar melambaikan tangan atau senyum sahaja.
"Tetapi pertemuan kali ini kami saling bertanya khabar dan berbual-bual mengenai filem terbaharunya, Coverina yang akan ditayangkan dipawagam tidak lama lagi," katanya.
Dalam pada itu, Uqasha berkata, mereka tidak mungkin akan kembali bersama sebagai pasangan kekasih kerana masing-masing sudah mempunyai kehidupan sendiri.
Jelas Uqasha lagi, dia kini hanya menganggap Pekin seperti abangnya dan menghormati pemuda itu sebagai senior dalam bidang seni.
"Ia tidak mungkin berlaku. Biarlah kami kawan biasa sahaja dan masing-masing sudah ada kehidupan sendiri. Saya berharap dia akan bertemu dengan kebahagiannya," jelasnya.
Dalam perkembangan lain, Uqasha berkata, dia bakal membuka sebuah syarikat produksi miliknya pada pertengahan tahun ini dan akan memfokuskan kepada penerbitan program televisyen dan drama.
Kata Uqasha, biarpun masih baharu dalam bidang seni namun itu menganggap perkara itu sebagai kekuatannya untuk terus mempelajari selok belok tentang dunia penerbitan.
"Insya-Allah jika segala-galanya berjalan lancar syarikat produksi itu akan dilancarkan pada pertengahan tahun ini. Doakan yang baik-baik untuk saya," katanya yang kini dikaitkan dengan pelakon Syafiq Kyle.
Sementara itu, Pekin yang dihubungi turut menjelaskan pertemuan singkatnya dengan Uqasha selepas sekian lama memberi aura positif dalam dirinya untuk melupakan semua kisah lama.
"Bidang seni ini kecil sahaja. Bermusuhan pun tidak ada gunanya dan paling penting kita masing-masing sudah meneruskan hidup," katanya.
Sumber: Mstar
|
|
|
|
|
|
|
|
Hihihihi... Elok lah. Ak rs lps die putus ng pekin tros xde cite psl die dh.. Klo ade pn cite biase2 je.. Ok lah |
|
|
|
|
|
|
|
x habis2 ngan gossip relation on/off dorg ni.. Asal kuar ceta anak senrose msti sal relationship ngan boypren. |
|
|
|
|
|
|
|
uqasha ni cantik n makin berseri lepas pakai tudung.. cam tak caya je umur baru 23 tahun... |
|
|
|
|
|
|
|
asalkn mereka bahagia..... |
|
|
|
|
|
|
|
cun....muka cm tua dah.
hehhehe
tepek la gambar yg kontroversi tu woi |
|
|
|
|
|
|
|
uqasha ni pupular dgn citer cinta je.. |
|
|
|
|
|
|
|
ok la tu..xde gadoh2...smg jd teladan pd artis2 lain...
|
|
|
|
|
|
|
|
Uqasha 23? Sebaya aku? Aku ingat lagi tua.. Lol.. Emma ok lagi kot nak kata sebaya aku.. Haha |
|
|
|
|
|
|
|
ooo....
matured nau muka sheols.. |
|
|
|
|
|
|
|
Smpat lagi pomot filem trbaru ex tunang. Gitchew |
|
|
|
|
|
|
|
la...cerita macam ni pun masuk paper
nampak sangat nothing interesting about malay film industry ... |
|
|
|
|
|
|
|
Tempat jatuh lagikan dikenang, ini kan pula tempat..... |
|
|
|
|
|
|
|
Uqasha ni makin cantik lepas pakai tudung. |
|
|
|
|
|
|
|
uqasha ni dh pakai tudung tp berlakon pegang2 bukan main lagik..
ntah la i tgk sheols ni bertudung mcm xde mkna..
tp mmg sheols nmpak lagi cantik bertudung sbb bentuk muka sheols mmg x lawa kalu free hair...so bila bertudung boleh cover kekurangan itu... |
|
|
|
|
|
|
|
tahu x pe.. tu je modal dia kalau kua berita.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|