KUALA LUMPUR: Boeing Company, yang sedang memasarkan jet pejuang Super Hornetmemiliki kelebihan berbanding pesaing yang lain memandangkan pesawat itu memberikantawaran yang "amat berpatutan" dari segi jangka panjang kepadaMalaysia. Pengeluar pesawat antarabangsa itu juga bersedia untuk membantuMalaysia dari segi pembiayaan jet pejuang yang berdaya tahan itu, memandangkanmasalah kewangan yang dihadapi akibat daripada kelembapan ekonomi global. "Tidak ada pesawat lain dalam program ini, yang mampumenandingi kemampuan Super Hornet," kata Naib Presiden Boeing untuk JualanAntarabangsa F/A18E/F, Global Strike, Defense, Space and Security, Howard MBerry kepada Bernama. "Apabila anda lihat kepada keseluruhan kos kitaran hayatpesawat tersebut, daripada perolehan kepada sokongan sepanjang hayat, termasuklatihan, logistik dan akhirnya mengeluarkan pesawat daripada perkhidmatan,sokongan itu hanya pada kadar 70 peratus sahaja," katanya. Boeing menyedari bahawa seperti negara-negara lain, Malaysiasedang berhadapan dengan cabaran ekonomi berikutan kejatuhan harga minyak dannilai ringgit yang lemah. Beliau bagaimanapun yakin, "dalam dunia yang sentiasaberubah, harga minyak akan naik semula." "Kami telah berbincang dan bekerjasama dengan kerajaanMalaysia. Kami boleh uruskan hal-hal kewangan dan menangani sebarang masalahpembiayaan yang mungkin timbul dalam tempoh terdekat. "Akhirnya, pembelian ini akan diputuskan oleh kuasa politikdan kami sedang melihat, bagaimana ia boleh memberi pengaruh," kata Berry. Boeing sejak dari 2002, sudah pun membuat tawaran kepada TenteraUdara Diraja Malaysia (TUDM), yang pada masa sekarang, mempunyai lapan pesawatdari generasi lama, F/A-18D. "Kami bersedia untuk terus terlibat. Ini merupakan jualanyang penting untuk kami. Kami akan buat apa yang terbaik bagi memudahkanperolehan itu sebaik sahaja kerajaan bersedia untuk bergerak ke hadapan,"katanya. Menurut Berry, versi Super Hornet yang akan dijual kepadaMalaysia merupakan Block II, yang telah mula beroperasi dalam 2007 danmemandangkan Malaysia sudah pun biasa dalam pengoperasian Hornet, ia lebihmudah diserapkan. Super Hornet yang baharu sahaja diperkenalkan dalam 7-8 tahun lepas,merupakan aset tempur US yang paling baharu. Pesawat itu sudah mencatatkan 1.4 juta jam penerbangan danmerupakan pesawat yang telah matang dan paling relevan untuk dioperasikan. Kata Berry, TUDM bakal mendapat faedah disebabkan Super Hornetmerupakan pesawat yang direka bentuk dengan risiko yang rendah. "Jika anda beli dari pesaing kami, pesawat mereka masihbelum matang dan sistem-sistem utama mereka juga masih dalam peringkatpembangunan terutama radar AESA mereka, (Active Electronically Scanned Array),"katanya. Super Hornet pula sudah pun memiliki radar AESA yang palingmaju, jenis APG-79 yang dikeluarkan oleh Raytheon, tanpa ragu lagi merupakanteknologi radar AESA yang paling ke hadapan dan sudah terbukti dalampertempuran. Katanya, Super Hornet F/A-18E/F juga direka khusus untuk perananmereka. Malaysia mempunyai pelbagai cabaran yang perlu ditangani sepertigaris pantai yang panjang, serangan di Sabah, rondaan maritim dan jugapenguasaan udara. "Untuk menangani cabaran ini, anda memerlukan kemampuanuntuk membuat rondaan. Pesawat Super Hornet, sebagai contoh, memiliki capaiandan kebolehan tersebut. Ia dikemudikan oleh dua kru dan enjin berkembar. Enjinberkembar merupakan rahsianya, mana-mana juruterbang yang membuat rondaanmaritim akan berkata, mereka suka pesawat dua enjin. "F/A18F paling sesuai untuk operasi maritim. Kokpit dengandua tempat duduk merupakan kunci dan apabila anda sedang terbang di atas air,melihat ke horizon sempadan yang dikuasai dan memantau keselamatan maritim,memiliki kru kedua di dalam pesawat memberikan kelebihan," katanya. Pada Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2001(LIMA 2001), Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang merupakan MenteriPertahanan ketika itu, telah mencatat sejarah sebagai Menteri Pertahananpertama yang telah terbang di dalam pesawat F/A-18 E/F yang dipandu oleh KetuaJuruterbang Penguji Boeing, Dave Desmond. Boeing Defense, Space and Security, yang merupakananak syarikat Boeing Company adalah sebuah perniagaan sekuriti, pertahanan danudara yang terbesar di dunia dan memiliki kepakaran khusus dalampenyelesaian pelanggan yang dipacu oleh kemampuan dan inovatif, serta pengeluarpesawat tentera yang paling serba boleh dan besar di dunia.
p/s Kenapa Boeing nak kasi diskaun hebat untuk Super Hornet ni? Malaysia perlu jet pejuang baru ke? Malaysia ada duit ke di masa ekonomi yang kurang baik ini?
|