CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5918|Reply: 44

Mengeluh mengenai rezeki?

[Copy link]
Post time 13-2-2015 12:25 PM | Show all posts |Read mode
Assalamualaikum.

Pertama sekali , maaf jika 'isu' yang aku bawa , 'lari' dari sepatutnya di kupas di sini. Ini sekadar perkongsian dan anda-anda juga boleh turut sama berkongsi apa perasaan anda mengenai luahan yang aku cuba sampaikan.

Terpanggil nak update dan kongsi sedikit keluh kesah di hati mengenai rezeki. Umum, masuk je tahun baru angka pendapatan bulanan di slip gaji juga berubah. Sama ada kenaikan sedikit ataupun kenaikan yang lebih tinggi. Masuk tahun baru juga , bulan yang dinanti bagi pekerja sektor swasta seperti aku iaitu bonus. Bonus masih di awang-awangan tetapi 'cara untuk membelanjakan bonus' sudah dirancang 4 5 bulan sebelumnya. Nak pergi melancong, nak beli tu nak beli ni dan sebagainya.


Tetapi , bayangkan apabila bonus yang diberi atau kenaikan gaji tak seperti 'target' yang diharap-harapkan. Sebagai manusia yang normal dan mencintai kebendaan aku jatuh tersungkur dan di dalam hati akan punya 1001 sumpah seranah pada majikan. Kedekut , fikir diri sendiri , dan sebagainya. Astagfirullahaladzim betapa jahilnya aku dulu. Betapa hinanya aku dulu.

Apa yang nak aku kongsikan kepada anda-anda semua ; adalah cara untuk mendidik hati supaya redha dan ikhlas dalam mengerjakan perkerjaan. Aku pernah disentuh hati oleh seorang sahabat mengenai rezeki. Katanya ;

Apabila gaji atau bonus kita tak seperti sepatutnya, kita mudah keluh kesah. Padahal , kita tak fikir kualiti kerja kita tu macam mana. Sambil kerja boleh berfacebook, kerja tak bersungguh-sungguh dan sebagainya. Tapi bila tiba bab duit , kita boleh pulak jadi gila dan marah jika tidak diberi ganjaran seperti 'sepatutnya' yang kita rasakan.

Apa yang anda faham? Ya tahu , adakalanya kita ni kerja bagai nak mati tapi di akhir cerita kita tetap mendapat ganjaran yang tak sewajarnya.

Apa yang ingin aku sampaikan. Hanya ingin mengajak anda-anda berfikir sejenak.

Tak mengapa jika ganjaran sedikit. Sedarkah? yang memberi rezeki itu Allah yang Maha Esa lagi Maha Mengetahui. Dia Maha Tahu kualiti kerja kita. Jika dia tidak memberi ganjaran berupa wang insyaAllah Dia akan memberi rezeki yang lain. InsyaAllah.

Apa yang penting, berkerja lah dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh. Bukankah berkerja juga merupakan ibadah. InsyaAllah kita akan dikurnia dengan rezeki yang tak pernah kita duga ;

"Sesungguhnya apabila orang-orang kafir mengerjakan kebajikan di dunia dia diberi upah dengan amalnya itu berupa rezki di dunia. Sedangkan orang-orang mukmin, pahala kebajikan disimpan Allah Ta'ala untuknya di akhirat kelak serta diberinya rezki di dunia berhubung dengan taatnya".

(Riwayat Muslim)


Barangsiapa menghadapi kesempitan dalam rezekinya kemudian dia mula meminta-minta kepada orang lain, maka kesempitan itu tidak akan hilang. Dan barangsiapa menghadapi kesempitan dalam rezeki kemudian dia meminta kepada Allah maka Allah menyediakan kepadanya rezeki dengan segera, sama ada dengan cepat atau dilambatkan sedikit".
(HR Tirmizi)




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-2-2015 02:07 PM | Show all posts
aku dh bertaun x dpt bonus...increment last dpt taun 2013 ...redha  je la sbb aku keje sini byk freedom, balik pun ontime, leh jemput anak aku ontime...kalau aku gi tmpt lain x dpt la freedom mcm skg ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-2-2015 05:07 PM | Show all posts
krustykrab replied at 13-2-2015 01:07 PM
aku dh bertaun x dpt bonus...increment last dpt taun 2013 ...redha  je la sbb aku keje sini byk free ...

thanks for sharing ... tu la rezeki ko. Tak dapat bonus 'wang' tapi dapat kemudahan .. ontime , ontime .. zaman sekarang ni susah nak ontime. Masa tu masa tu penting. ye dak? 1 saat pun terlepas , mana bole redeem.
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2015 10:09 AM | Show all posts
Siapa tahu macamana nak dapat rezeki yang tak disangka-sangka?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-2-2015 10:12 AM | Show all posts
mnm77 replied at 23-2-2015 09:09 AM
Siapa tahu macamana nak dapat rezeki yang tak disangka-sangka?

solat dhuha. insyaAllah.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2015 10:14 AM | Show all posts

Alhamdulillah...

Ada lagi sesiapa nak tambah?

Atau tuan/puan pembuka thread nak kongsi lagi pun boleh....

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 23-2-2015 10:18 AM | Show all posts
mnm77 replied at 23-2-2015 09:14 AM
Alhamdulillah...

Ada lagi sesiapa nak tambah?

bole tuan yang lebih arif yang huraikan atau tambah. untuk panduan dan 'teguran' pada hati supaya ikhlas dan syukur.
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2015 10:23 AM | Show all posts
Naurah_rik replied at 23-2-2015 10:18 AM
bole tuan yang lebih arif yang huraikan atau tambah. untuk panduan dan 'teguran' pada hati supaya  ...

Hanya sekadar tambahan perkongsian....

Sabda Nabi S.A.W. ” Barangsiapa memperbanyak istighfar maka Allah akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka.
(Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah, Al-Hakim)

Moga bermanfaat




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-2-2015 10:25 AM | Show all posts
Edited by mnm77 at 23-2-2015 10:31 AM

Firman Allah SWT:

فَقُلْتُ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ إِنَّهُ كَانَ غَفَّارًا
يُرْسِلِ السَّمَاءَ عَلَيْكُم مِّدْرَارًا
وَيُمْدِدْكُم بِأَمْوَالٍ وَبَنِينَ وَيَجْعَل لَّكُمْ جَنَّاتٍ وَيَجْعَل لَّكُمْ أَنْهَارًا

Maka katakan kepada mereka: Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun,        
nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat (melimpah ruah membawa kebaikan),
dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai (yang penuh dengan kebaikan dan manfaat).

(Surah Nuh, ayat 10 – 12)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-2-2015 10:51 AM | Show all posts
mnm77 replied at 23-2-2015 09:23 AM
Hanya sekadar tambahan perkongsian....

Sabda Nabi S.A.W. ” Barangsiapa memperbanyak istighfar ...

Alhamdulilah .. tima kasih . semoga Allah merahmati mu
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2015 02:33 PM | Show all posts
Edited by Datinaishah at 23-2-2015 02:41 PM
krustykrab replied at 13-2-2015 02:07 PM
aku dh bertaun x dpt bonus...increment last dpt taun 2013 ...redha  je la sbb aku keje sini byk free ...

Tersentuh..
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2015 12:20 PM | Show all posts
Apa yang anda faham? Ya tahu , adakalanya kita ni kerja bagai nak mati tapi di akhir cerita kita tetap mendapat ganjaran yang tak sewajarnya.


hebat gak ko ni
kerja bagai nak mati
aku tak le camtu
cuma bekerja sampai ke mati je


ceria2 je
HAK DIA ......minta leeeeeeee

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-2-2015 01:16 PM | Show all posts
orangbesi replied at 26-2-2015 11:20 AM
Apa yang anda faham? Ya tahu , adakalanya kita ni kerja bagai nak mati tapi di akhir cerita kita tet ...

hihi. biasalah kerja under kapitalis. maksimumkan keuntungan. kena kerah tenaga padahal gaji tak sebesar mana. huhu. 'kerja bagai nak mati' tu ayat orang kampung, hehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-2-2015 01:46 PM | Show all posts
Edited by Naurah_rik at 26-2-2015 12:53 PM

ni nak sharing sikit la... bukan nak banggakan diri jauh sekali nak ujub atau riak. nauzubillah min zalik. sekadar perkongsian, sebab beberapa waktu ni terasa nikmatnya ikhlas. (sebab 1 waktu dulu, pernah 'hanyut' dalam godaan)

Baru ni bercuti ke suatu tempat di utara. Tempat tu terkenal jugak. Ada la singgah dekat 1 taman rekreasi ni. Suami sempat tanya, nanti kita nak solat asar dekat mana? (kami tak nampak ada masjid or surau kawasan tu) Time tu pulak kami tengah tunggu turn nak naik 'sesuatu tu'. Tiket pulak dah beli.

Dipendekkan cerita, dalam dok tunggu tu. Suami cakap nak pergi toilet seberang jalan sana. Dalam beberapa minit tu, suami call 'eh sayang sini ada surau' .. eh ada? kat toilet? suami cakap ada ... so, masa tu pun dalam jam 5 lebih dah. so, aku pun pergi la ke 'surau' tu. Surau tu, alahai kecil je. Boleh la muat , 2 orang. (kiblat condong) so dah makan ruang. Nak amek wuduk pun kena amek dalam toilet tu.

Tapi subhanallah, kemain bersih surau dan toilet tu. Telekung pun subhanallah, bersih dan wangi! Oh ya, sebelum nak masuk toilet tadi tu, ada seorang gadis india tunggu dekat meja depan toilet tu. Time tu aku tanya la dia, 'berapa ni nak masuk toilet?' dia cuma cakap, eh tak payah bayar. Kalau nak sedekah je kat tabung depan sana.

.............................

Lepas solat, keluar je dari bilik solat tu aku ke toilet sekali lagi. Masa keluar dari toilet tu la, aku nampak gadis india tu masuk ke dalam bilik solat dan sapu sekali lagi. Waktu tu hati aku tersentuh sangat. Entah kenapa. Aku tanya dekat gadis tu, dia ke yang cuci semua ni? dia angguk dan senyum. Dia cakap Islam suka bersih-bersih. Time tu aku keluarkan RM10.00 dan sedekahkan pada dia. Mula tu dia menolak, tapi aku paksa untuk dia terima. Aku cakap, ni sebagai terima kasih sebab tolong bersihkan bilik solat dan telekung tu.

Ishhh tapi syaitan ni buat aku rasa was-was. Ikhlas ke aku tadi masa hulurkan sedekah buat gadis india tu?  entah penyakit hati apa aku ni. Ok, dipendekkan cerita. Masa otw nak balik rumah. Kami amek laluan biasa sebab senang nak berhenti solat (sebab akan jumpa banyak masjid berbanding ikut highway)..... Time maghrib suami aku berhenti kat masjid area selinsing, perak. Kami solat di sana. Time dah sampai rumah baru aku sedar tertinggal pencuci muka di masjid tu.

Pencuci muka tertinggal pun nak kecoh bape duit sangat kan?

Bagi aku yang golongan marhaen ni, sayangggggggg kalau benda baru beli baru guna secalit pastu boleh tertinggal. sayang woooo. Bab sedekah kat gadis india tu suami tak tahu. Tapi bab tertinggal pencuci muka tu aku memang kecoh kat suami, 'tak apa laaa, bukan rezeki awak tu'.. 'sesapa yang jumpa dan terguna anggap je sedekah'... kata-kata suami buat aku tersentak. Keyakinan aku kembali. Mungkin tadi aku ragu-ragu tentang 'hati' semasa bersedekah kat gadis india tu. Tapi sekarang Allah ganti , 'kehilangan pencuci muka tu buat aku redha dan ikhlas'... so fikir, kalau ada orang berhenti solat then nak guna pencuci muka aku tu, itu dah dikira wakaf. Boleh pulak macam tu. Kadang benda sekecil-kecil boleh jadi penolong kita masa 'di sana' nanti. Semoga Allah redha.

Beberapa hari lepas kejadian ni, Allah bagi kejutan yang lebih istimewa. Ada khalifah kecil dalam rahimku. Syukur ya Allah.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2015 06:49 AM | Show all posts
salam


وَمَن يَتَّقِ ٱللَّهَ يَجۡعَل لَّهُ ۥ مَخۡرَجً۬ا
Barangsiapa bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar
وَيَرۡزُقۡهُ مِنۡ حَيۡثُ لَا يَحۡتَسِبُ‌ۚ
Dan memberinya rezki dari arah yang tiada disangka-sangkanya.
وَمَن يَتَوَكَّلۡ عَلَى ٱللَّهِ فَهُوَ حَسۡبُهُ ۥۤ
Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya
إِنَّ ٱللَّهَ بَـٰلِغُ أَمۡرِهِۦ‌ۚ
Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki)Nya.
قَدۡ جَعَلَ ٱللَّهُ لِكُلِّ شَىۡءٍ۬ قَدۡرً۬ا
Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.

wassalam

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-2-2015 10:07 AM | Show all posts

salam ..

Jazakallah khairan katsiraan atas perkongsian. sungguh apabila niat kerana Allah. Allah jua yang membalas 'dengan sesuatu yang tak pernah kita sangka'

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-2-2015 08:23 PM | Show all posts
yup sangat betul

keje  datang lambat , buat halai balai , sekadar JUST DO IT

BUT NOT DO IT WHOLE HEARTEDLY LILLAHI TAALA
macam u can tell org tu SUKA keje dia ke TAK

dan anehnya manusia ni biaq dari yg level apa apa u can see depa know their right itu ini tapi keje well...

so pada i ...tak payah complaint laa....u tengok balik dalam hati u keje sebab apa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-2-2015 08:48 AM | Show all posts
mbhcsf replied at 27-2-2015 07:23 PM
yup sangat betul

keje  datang lambat , buat halai balai , sekadar JUST DO IT

betul. honestly dulu i pun macam tu. gaji nak bosar. bonus nak berganda. kerja? alahai , ..... tapi makin dewasa ni, makin tua mungkin. sedikit diberi ilmu yang dulunya serba serbi daif dan tandus. baru faham erti, 'kerja tu ibadat' ..
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2015 08:56 AM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 28-2-2015 08:58 AM
Naurah_rik replied at 28-2-2015 08:48 AM
betul. honestly dulu i pun macam tu. gaji nak bosar. bonus nak berganda. kerja? alahai , ..... tap ...

saya ingin katakan sesungguh ye

attutude ini

ada di antara kita yg  so efficient at closing atau kerja waktu nak balik cukup pantas tapi bila mai  tang waktu keje kualiti keje  dan hal hal yg melibatkan proses sesuatu depa BUAT LAMBAT , endah tak endah boleh sembang pasal benda level yg amat remeh ,yup to them bENDA TU BIG DEAL
dan org ORANG NI jenih ni yg  pandai sangat  memang pandai dalam hal hal yg berkaitan rules and regulations  seuatu perkara berkenaan keje...tang hal cuti , bonus, CLAIM - NI LAGI SATU PENYAKIT , they will surely know WHEN IT COMES to THEIR GAINS ...tapi  tang hal nak sedekah waktu keje lebih sikit cukup berkira ...ade ke?  ( maaf saya tak mengata saudari ya i mean i dunno you but generally itulah )
- keje tak tegha mana tapi tang  hal hal ni cukup pandai

Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2015 09:02 AM | Show all posts
Naurah_rik replied at 28-2-2015 08:48 AM
betul. honestly dulu i pun macam tu. gaji nak bosar. bonus nak berganda. kerja? alahai , ..... tap ...

by the way , tahniah you are a mom - to be ya? alhamdulillah



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 12:34 AM GMT+8 , Processed in 0.512997 second(s), 58 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list