View: 1865|Reply: 7
|
[Tempatan]
Kepung mat rempit empat penjuru
[Copy link]
|
|
Alor Setar: Sekumpulan remaja yang menunggang motosikal dalam keadaan laju sebelum dikepung empat penjuru untuk pemeriksaan lanjut nekad menunggang secara melawan arus dan cuba berpatah balik bagi mengelak ditahan dalam operasi khas di Jalan Langgar menghala Jalan Tanjung Bendahara di sini, malam kelmarin.
Tindakan kumpulan remaja itu boleh mengundang kemalangan kerana mereka sanggup melalui celah kenderaan yang berhenti untuk pemeriksaan semata-mata bagi mengelak ditahan pihak berkuasa.
Dalam operasi bermula jam 8 hingga 12 tengah malam itu tertumpu di tiga kawasan iaitu Jalan Langgar, Jalan Tanjung Bendahara dan pusat bandar raya ini.
Ketua Bahagian Trafik dan Ketenteraman Awam Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar Deputi Superintendan Mohd Affandi Omar berkata, operasi itu tertumpu pada pemeriksaan motosikal yang dikesan melakukan kesalahan termasuk mengubah suai serta pelbagai kesalahan lain termasuk tidak memperbaharui cukai jalan dan tidak memiliki lesen.
“Setakat ini, polis mengeluarkan 31 saman dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengeluarkan 25 saman terhadap penunggang yang melakukan pelbagai kesalahan.
“Bagaimanapun, sehingga jam 11 malam ini (malam tadi), hanya sebuah motosikal disita dan dibawa ke balai Trafik Kota Setar untuk siasatan lanjut kerana dipercayai diubah suai,” katanya.
Menurutnya, operasi bersepadu itu membabitkan anggota polis dan dibantu 24 anggota sukarelawan polis, 17 anggota JPJ Kedah serta lima kakitangan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kedah.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 4 Februari 2015 @ 7:50 AM |
|
|
|
|
|
|
|
Padan muka.
Patut depa ni didenda buat keje kebajikan..
Contoh...bersihkan bandar bandar besar |
|
|
|
|
|
|
|
diorg patut disumbat dlm kandang kambing |
|
|
|
|
|
|
|
mat rempit ni tak der haluan hidup mcm macai @Kecimpret
|
|
|
|
|
|
|
|
padan muka cina cilaka merempit |
|
|
|
|
|
|
|
Sian wat kat mat2 rempit cam ni, mereka da banyak tolong bn...kalau xde mereka, xde lah orang yang nak diupah bn... |
|
|
|
|
|
|
|
Rempit anak melayu: guna motorsaikel.
Rempit anak cina: Wira AhBeng menyamar evo3 atau Waja menyamar bumper Audi.
Diantara keduanya memang menyusahkan pengguna jalanraya. |
|
|
|
|
|
|
| |
|