Edited by bawangputih05 at 19-1-2015 03:04 PM
Bila kita bercakap tentang pasangan selebriti, sudah tentu kita mahu nama-nama anak mereka, bukan? Sesetengah nama ini boleh disifatkan gila atau terlalu puitis. North West Pasangan: Kim K dan Kanye West
Dari mana datangnya nama ini? Itulah soalan pertama yang bermain diminda anda disaat pertama kali mendengar namanya.“Ia bermula sebagai gosip di surat khabar dan kami tidak mengambil serius tentangperkara itu.
Akan tetapi, semasa kami sedang menjamu selera makan tengah hari,Pharrell Williams datang dan berkata, ‘adakah kamu akan menamakan anak kamu North? Itu adalah nama yang terbaik!’” Kim bagaimanapun menolak gossip tersebut dan mengatakan ianya tidak benar.
“Selepas itu, Anna Wintour juga bertanyakan perkara yang sama”. Anna memberitahu mereka yang nama North itu adalah nama yang genius!”.
Poppy Honey, Daisy Boo and Petal Blossom Rainbow Pasangan:Jamie Oliver dan Jooles Apabila kita berbicara tentang nama yang paling pelik, serahkan sahaja kepada selebriti chef ini. Nampaknya,motif floral atau bunga amat penting bagi keluarga Oliver ini.
Rocket Ayer Pasangan: Pharrell Williams dan Helen Lasinchanh Pharrell ada menerangkan mengenai nama ini di rancangan Oprah.Dia berkata, “ianya sama seperti konsep orang India yang suka menamakan anak mereka berdasarkan kuasa dan elemen. Kami menamakan anak kami berdasarkan mesin yang dicipta untuk NAIK!. Dan secara metafornya adalah seperti Stevie Wonder’s Rocket Love, Elton John’s Rocket Man, dan Herbie Hancock’s Rocket. Mereka semua adalah pemuzik yang saya minati. Dan nama tengah anak saya bukanlah Man, tetapi Ayer, bersempena dengan Roy Ayers.
Apple Pasangan:Gwyneth Paltrow dan Chris Martin Idea ini bukan datang dari Granny Smith’s Apple ye. Tetapi nama ini diinspirasikan daripada nama anak kepada salah seorang anggota kumpulan Chris Martin sendiri. “Saya suka nama ini kerana ia berbunyi seperti sesuatu yang menyihatkan dan bersih”, ujarnya dalam temubual rancangan Oprah. Aurelius Pasangan:Elle Macpherson dan Arpad Busson Sedap bukan namanya? Tidak? Baiklah.Nama ini diinspirasikan dari golongan elit semasa zaman penjajahan Roman. Nama golongan elit tersebut adalah Aurelii dan Aurelius adalah nama versi lelaki bagi anak lelaki kepada pasangan ini.
BlueAngel Pasangan:The Edge dan Aislinn O’Sullivan Tidak dapat dipastikan sama ada nama ini berdasarkan rujukan bible ataupun nama saudara mereka. Yang pasti, bunyinya seperti jenama baju, kan?
BluebellMadonna Ibu:Geri Helliwell Nama anaknya diispirasikan oleh pemuzik terkenal dan juga bunga yang cantik. Kreatif yang amat sangat!
Fifi Trixibelle, Peaches and PixiePasangan:Bob Geldof dan Paula Yates Apalah yang mereka fikirkan semasa menamakan anak mereka ini? Paula Yates juga mempunyai seorang lagi anak bersama Michael Hutchence yang dinamakan Tiger, atau nama penuhnya Heavenly Hiraani Tiger Lily. (I literally facepalmed here. Seriously.)
DiezelKy Pasangan:Toni Braxton dan Keri Lewis Ejaan yang kreatif bagi pasangan ini. Abang kepada Diezel dinamakan Denim Cole.
BronxMowgli Pasangan:Ashlee Simpson dan Pete Wentz Pasangan tersebut tidakmenjelaskan dari mana datangnya nama Bronx itu tetapi menyatakan bahawa mereka adalah peminat rancangan The Jungle Book. Maka,dari situlah datangnya nama Mowgli. (Iols speku they made love kat Bronx la..hehe) BlueIvy Pasangan:Jay Z dan Beyonce Pasangan tersebut ada menyatakan yang mereka suka akan warna biru. Ivy pula datang dari nombor roman IV untuk 4.Nombor itu sangat bermakna kerana tarikh lahir kedua-duanya dan tarikh ulangtahun perkahwinan mereka jatuh pada 4 haribulan.
Seven Sirius, Puma Sabti and Mars MerkabaPasangan: Erykah Badu dan Andre Benjamin Mereka amat menitiberatkan nama panggilan anak mereka. Sirius bukan? Puma? Adakah mereka peminat jenama kasut itu? Mars? I don’t know what to say.
Moxie CrimeFighter and ZoltenPasangan: Penn Jillette
Penn Jillette adalah seorang illusionist. Mungkin dia juga adalah seorang yang berimaginasi tinggi atau bercita-cita mahu menjadi penulis skrip?
Pilot Inspektor
Pasangan:Jason Lee dan Beth Riesgaf
Hmmm…terlalu kreatif.
Kal-El
Pasangan:Nicholas Cage dan (tak sure yang mana satu mak budak ni)
Mungkin Nicholas Cage teramat sangat meminati rancangan Superman.
Jermajesty
Pasangan: Jermaine Jackson dan Alejandra Genevieve Oaziaza
Sebutannya adalah seperti ‘Her Majesty’. Usah pelik, lihat saja nama ibunya.
Moon Unit, Dweezil and Diva Muffin
Pasangan: Frank Zappa dan Gail Zappa/Kay Sherman
Frank merupakan pemuzik yang dilahirkan pada tahun 1940. Sudah tentulah beliau merupakan‘perintis’ kepada semua artis untuk menamakan anak mereka dengan nama yang pelik.
p/s: dalam banyak2 article yang iols tulis, article yang ni lah aku gelak sampai sakit perut. Boleh masuk bod lawak gak ni..kan?
pps: format asyik lari je. den xtau nk edit cemane dh..hope xsakit mata uols.
sumber: sheknows.com
|