CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3673|Reply: 8

Mesir Haramkan Tayangan Filem ‘Exodus: Gods and Kings’

[Copy link]
Post time 31-12-2014 05:56 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Mary_jane at 31-12-2014 05:56 PM

Satu babak dalam filem kontroversi, Exodus: Gods and Kings yang menampilkan Christian Bale membawa watak Nabi Musa dan terlibat dalam pembinaan piramid di Mesir.

Kerajaan Mesir mengharamkan tayangan filem kontroversi Hollywood, Exodus: Gods and Kings, yang mengisahkan tentang Nabi Musa, sehari selepas kerajan Maghribi mengambil langkah sama.

Menteri Kebudayaan Mesir, Gaber Asfour berkata, langkah itu diambil selepas filem yang dibintangi aktor, Christian Bale banyak mengandungi kesilapan dan tidak mengikut sejarah apabila menampilkan Nabi Musa dan orang Yahudi sebagai pembina piramid.

Jelasnya, filem tersebut merupakan agenda golongan Yahudi yang berfahaman Zionis untuk mengubah fakta sejarah.

Filem itu tidak tepat dan merupakan pandangan salah Zionis terhadap sejarah dan kerajaan Mesir tidak teragak-agak untuk mengharamkan tayangan filem berkenaan di negara ini,” katanya.

Keputusan berkenaan diambil berdasarkan perbincangan oleh satu jawatankuasa yang turut melibatkan Pengarah Majlis Agung untuk Kebudayaan, Mohammed Afifi dan dua ahli sejarah Mesir.

Menurut Afifi, babak yang menunjukkan Nabi Musa yang dilakonkan oleh Bale, membelah Laut Merah sambil memegang ‘pedang’ seolah-olah kelihatan seperti pahlawan adalah tidak benar, sebaliknya mengikut sejarah benda yang dipegang oleh Nabi Musa adalah tongkat.

Selain itu, babak berkenaan menonjolkan kejadian membelah laut sebagai fenomena air pasang surut berbanding muzizat Allah yang diberikan kepada Nabi Musa,” katanya. - utusanonline



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-12-2014 10:14 PM | Show all posts
yahudi....bangsa yg celaka, putar belit mmg no 1 la
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2015 02:20 AM | Show all posts
Yahudi tak putus asa memutarbelit fakta
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2015 08:56 PM | Show all posts
Edited by Jerambut at 3-1-2015 09:00 PM

ada duit, boleh bolak balik cerita. Takde dalam sejarah?
Orang bukan ada visual sejarah tu pun. Rekod dalam kitab je.
Buat la visual sendiri a.k.a. filem.
Dari orang nafi, dah boleh terima sikit-sikit.
(mengamuk pro zionis nanti....terbit la syumul sunni segala...
seraya berkata: "Ni bukan filem Yahudi la..paranoid bla bla." Macam la  athiest teringin nak fikir banyak pasal bab gini)
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2015 04:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa? Diharamkn? Oh no
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2015 10:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Ini entah filem ke berapa propa yahudi me jatuhkan islam dgn fakta pelesu diorg..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-1-2015 02:05 PM | Show all posts
gua tunggu bluray ja....
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2015 07:56 AM | Show all posts
sila baca leklok....yahudi berfahaman zionis. Kena tahu bezakan yahudi ortodoks dengan yg berfahaman zionis. Ianya amat berbeza.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-1-2015 09:50 AM | Show all posts
rakyat yahudi pun tau ini hanyalah filem imeginasi...fakta auta lantak la
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 05:34 AM GMT+8 , Processed in 1.005188 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list