CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: elia201

Novel : Kisah kau dan aku - ended on 20102015- already there

[Copy link]
 Author| Post time 11-9-2015 04:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by elia201 at 25-9-2015 03:12 AM

"Jangan terkejut Iz ! Kau belum cukup bijak untuk perdayakan aku ! Game over !"

Rayyan menghampiri Ku Iz tanpa gentar.

Mengenali Ku Iz, sepupunya memang mudah dibaca. Walau pada mulanya Rayyan agak tertipu dengan 'kematian' Jie sehingga melumpuhkan semangat untuk hidup. Namun apabila mendapat tahu mayat wanita tercampak dalam gaung bukanlah Jie dan Jie pula disahkan masih bernyawa, Rayyan jadi penasaran dan curiga.

Berjaya mengenalpasti identiti mayat. Ternyata wanita itu adalah GRO kelab malam yang termakan helah Taufik. Ditiduri lalu dibunuh kejam demi memalsukan kematian Jie. Hanya dikenali sebagai Zara. Malang bagi Zara kerana memiliki tubuh badan persis Jie. Pasti ahli keluarga Zara sedang gusar mencari.

Selicik mana pun Ku Iz cuba bersandiwara, penglibatan Taufik mengaitkan Ku Iz. Meski kewujudan Hareez mengelabui mata semua. Tiada siapa menduga Hareez cuma diperalatkan oleh Taufik.

Tengku Hareez Syah, seorang penderita penyakit mental paranoid schizophrenia kronik sejak berada dibangku sekolah rendah. Tersisih dari rakan sebaya. Menganggap Jie adalah segala gala dalam hidup. Obses terlampau terhadap Jie sehingga Tengku Idris Syah terpaksa mengawal ketat Hareez. Sering mendapatkan rawatan di hospital dan mendapatkan terapi dari pakar psikiatri terbaik. Malah keputusan ujian menunjukkan Hareez semakin pulih.

Sayang, Ku Iz sengaja memicu kembali 'kegilaan' Hareez. Membuat Hareez jadi hilang arah. Mempergunakan sejarah silam Jie dan Hareez untuk membangkitkan perasaan dendam Hareez terhadap Rayyan dan Zack. Zulkarnain juga turut terkena tempias. Rupanya Ku Iz adalah perancang utama semua ini !

Hal ini kerana, Taufik bekerja dibawah pengurusan Ku Iz dan Taufik juga pernah mengkhianati Rayyan demi Ku Iz. Tidak terkejut bilamana Taufik sanggup membunuh teman baiknya sendiri. Kasihan Hareez. Rayyan tumpang simpati.

Ada perkara ketara membuatkan Rayyan yakin sepupunya sendiri terlibat tatkala memikir tanda lahir Jie yang juga terdapat pada mayat wanita itu. Mustahil untuk orang lain tahu tentang itu melainkan pernah bergelar suami Jie. Bukan juga suatu kebetulan. Ini adalah pakatan berpaksikan niat jahat. Motif utama masih samar.

Dan, hanya satu saja nama bermain difikiran Rayyan.. Ku Iz.. Tidak syak lagi.

Walau Jie masih suci sewaktu menikahi Rayyan, Rayyan pasti Ku Iz pernah terlihat atau tahu sebarang tanda pada tubuh Jie. Masakan tidak, mereka pernah bergelar suami isteri.

Tambah meyakinkan Rayyan apabila Hareez dilihat membalas dendam kepada semua lelaki yang pernah muncul dalam hidup Jie akan tetapi Ku Iz seperti terkecuali. Zulkarnain juga nyaris terbunuh. Shahrul pula dijadikan tawanan. Kenapa Ku Iz pernah bergelar suami Jie terlepas pula? Satu kemusykilan disitu.

Segala persoalan berjaya Rayyan temukan jawapan. Cuma satu saja Rayyan kepingin tahu. Kenapa Ku Iz melakukan perkara sia sia ini? Banyak nyawa menjadi korban hanya kerana sebuah dendam.

"Kau sepupu aku Iz ! Tergamak kau buat semua benda bodoh ni ! Apa yang kau dapat?!"

Rayyan buntu memikir rasional Ku Iz berbuat onar sebegini rupa.

"Aku tuntut apa yang patut jadi hak aku dulu ! Kau rampas Najiha dari aku ! Dia isteri aku, Ray ! Kau sanggup paksa aku ceraikan dia.. Kau pernah terfikir tak sakitnya hati aku dikhianati sepupu sendiri?"

Mungkin masa berlalu pantas. Masih sukar untuk Ku Iz lupakan pengkhianatan Rayyan. Sampai mati Ku Iz akan ingat peristiwa diri dipaksa melafazkan talak tiga terhadap Jie.

"Memang aku salah ! Aku ikutkan hati !" Rayyan tunduk.

Sejenak perasaan bersalah menjelma. Tega bersekutu dengan Zarith Sofea memaksa Ku Iz menceraikan Jie hanya semata Rayyan ingin memperisterikan Jie. Tindakan pentingkan diri melampau !

"Tapi kau pun apa kurangnya, Iz ! Kau gunakan duit dan pengaruh kau untuk pisahkan Zack dan Jie.. Aku tahu macam mana kau paksa Zack tinggalkan Jie dulu.. Kau ugut Zack ! Sebab kau tahu dia tak mampu buat apa apa !  Zack student lagi masa itu dan berstatus anak yatim ! Kau rampas Jie dari Zack sedangkan kau tahu Jie tak cintakan kau.. Kau dengan aku tak ada beza.. Kita berdua guna cara kotor hanya untuk miliki Jie.. Aku dah dapat balasan atas perbuatan aku.. Jie bukan lagi milik aku !"

Rayyan sedar kini. Jodoh Jie dan Rayyan sudah lama berakhir. Begitu juga dengan kisah cinta mereka berdua. Zack sememangnya berhak mendapatkan Jie sejak dulu. Cinta pada Jie tetap bersemadi dalam hati selagi Rayyan masih bernyawa. Khalid benar bila mengatakan Rayyan harus 'melepaskan' Jie demi kebahagiaan Jie. Meski sukar Rayyan akan cuba jalani kenyataan Safihah adalah pendamping hidupnya didunia.

"Aku sedar semua itu.."

Ku Iz pilu. Cinta pada Jie sudah sebati dalam diri. Biar sudah berumahtangga dan memiliki zuriat, bayang Jie masih wujud menemani kala sunyi.

"Maafkan aku, Ray ! Aku terpaksa buat semua ini.. Aku cintakan Najiha !"

Serentak itu, Ku Iz menghala pistol ke arah Rayyan. Riwayat Rayyan harus ditamatkan untuk menutup segala rahsia. Memetik picu. Sebutir peluru keluar dari kelongsang dan menembusi tubuh Rayyan.

"Jangan !"

Jie terjaga lalu menjerit kuat. Bangkit berlari mendapatkan Rayyan. Memangku kepala Rayyan sambil meraung kuat. Membiarkan saja Ku Iz berdiri disisi.

"Ray..  You gonna be fine !!  Stay with me ! Look at my face !! " Air mata Jie mengalir laju. Mengusap rambut Rayyan sambil memeluk erat. Esakan makin kuat.

"Jiha..You kena ikut I ! Now ! "

Tanpa riak bersalah Ku Iz menarik Jie supaya menuruti langkahnya. Jie menepis. Enggan meninggalkan Rayyan sendirian. Mengoyak lengan baju. Mengelap darah di dada Rayyan.

"I cakap ikut, ikutlah ! Jangan melawan, Jiha !!" Ku Iz sudah hilang sabar. Menarik kasar tangan Jie.

Jie masih berdegil. Leka merawat Rayyan. Darah kian banyak mengalir.  

"You boleh bunuh I ! Tapi I takkan tinggalkan Ray untuk mati !" Menepis tangan Ku Iz.

"Baiklah !! " Ku Iz bengang. Mengacu muncung pistol ke kepala Jie.

"I kira sampai tiga, Jiha.. Kalau you tak bangun, I akan tembak you !"

Jie pasrah. Andai takdir menentukan nyawanya bakal dicabut oleh tangan Ku Iz hari ini biarkanlah. Lelah hidup berdepan sengsara dunia.

"Kalau kematian I buat you bahagia, I redha.. Teruskan niat you, Ku Iz.." Jie patah semangat melihat mata Rayyan terpejam rapat. Linangan air mata berjuraian jatuh. Robek hati.

"Jiha.. Abang cintakan Jiha.."

Masih segar diingatan panggilan di antara mereka berdua dulu.  Ku Iz hiba melihat Jie beriya menangis disisi Rayyan. Mencampak pistol. Terduduk lemah disisi Jie.  

"I bencikan you !  You tiduri I untuk paksa I kahwini you dulu ! Nyaris buat Zack terbunuh. Sekarang you tembak Ray !  I tak cintakan you dan takkan sesekali jatuh cinta pada loser macam you !"

Biarlah Ku Iz tahu isi hati Jie yang sebenar. Meski bertahun berlalu Jie masih terluka bila mengingat semua perbuatan Ku Iz dulu. Dibunuh mati sekalipun Jie tetap takkan berganjak. Lelaki seperti Ku Iz tak layak dicintai.

"Percayalah.. Malam tu memang Abang ada niat untuk nodai Jiha.. Tapi Abang tak sampai hati.. Abang cuma reka cerita kita dah terlanjur supaya Jiha setuju kahwini Abang..   Abang belum pernah sentuh Jiha selama ini.. Jiha masih suci sewaktu jadi isteri Ray.."

Barangkali Jie beranggapan dirinya pernah melakukan perbuatan terkutuk itu. Memang Ku Iz hampir saja menjamah tubuh Jie yang sedang tidak sedarkan diri depan mata. Tambahan pula dalam keadaan seluruh pakaian Jie sudah dileraikan. Nafsu menghasut supaya meneruskan hajat namun sebaik melihat wajah polos Jie, Ku Iz berubah fikiran. Sepanjang malam Ku Iz berperang dengan perasaan sebelum terlena diulit mimpi.

Keesokan pagi ketika terjaga,  diri menerima segala sumpah seranah dari Jie. Ku Iz bagaimanapun mendapat ilham untuk memerangkap Jie supaya tunduk menerima lamarannya. Itulah kisah disebalik pernikahan mereka dulu. Tersirat satu rahsia.

Jie tersentak mendengar penjelasan Ku Iz. Bertapa selama ini Jie membenci Ku Iz kerana beranggapan lelaki itu adalah pemusnah masa depannya.

"Ray tahu.. Abang pernah bagitahu dia..Rasanya Karl pun tahu cerita kita dulu.." Ku Iz menyambung setelah melihat Jie hanya terpaku.

"Kalau itulah yang buat Jiha tak boleh terima abang selama ini.. Abang minta maaf.. Sekurang kurangnya bagi abang peluang untuk bersama Jiha.. Kita pergi dari sini.. Lupakan Ray.. Tinggalkan Zack.. Please Jiha.."

Ku Iz memang terdesak untuk mendapatkan cinta Jie. Terlanjur sudah melakukan segala kejahatan, biarlah walau terpaksa merampas isteri kepada sepupu sendiri.

Jie hanya menggeleng.

""Walau apa pun kebenarannya, tetap takkan mengubah kenyataan. You dah kahwin, Ku Iz ! Dah ada anak pun ! Cinta you pada I takkan ke mana.. I tak cintakan you !  Tapi I tetap hargai kewujudan you dalam hidup I.. I anggap you macam abang I sejak dulu.. Biarlah kita kekal macam itu..I janji takkan hindari you lagi.."

Ku Iz sebak. Sia sia usaha selama ini jika gagal mendapatkan Jie. Menarik tubuh Jie ke sisi.

"Abang boleh jadi lebih gila dari Hareez kalau terpaksa kehilangan Jiha lagi.. Jiha kena ikut Abang.. " Lantas menarik Jie untuk masuk ke kereta.

Jie meronta untuk melepaskan diri. Pegangan Ku Iz semakin kuat.

Satu tembakan kedengaran. Ku Iz hilang imbangan. Peluru menembusi tulang belikat. Cengkaman terhadap Jie terlerai. Ku Iz terbaring lemah.  

"Ray !!"

Mata bersinar melihat Rayyan masih bernyawa. Jie berlari mendapatkan Rayyan yang terkial bangun. Pistol ditangan Rayyan tercampak.

Jie membantu memapah Rayyan berjalan. Memandangkan tubuh Rayyan agak berat maka langkah terumbang ambing lalu mereka terduduk di atas tanah. Iphone 6 plus milik Rayyan terjatuh sekali. Jie mencapai telefon bimbit Rayyan. Segera mendail talian kecemasan. Berdoa supaya bantuan cepat tiba untuk menyelamatkan nyawa Ku Iz dan Rayyan.

Kemunculan Zulkarnain dan Viana membuat Jie menarik nafas lega. Sekurang kurangnya dua insan paling bermakna dalam kehidupan Jie selamat. Mata mencari kelibat Shahrul. Tiada ! Jantung Jie berdebar kencang. Bimbang Shahrul ditimpa malang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-9-2015 07:03 AM | Show all posts
Ku Iz rupanya dalang di sebalik semua ini... gila betul depa ni... haishh...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-9-2015 01:46 PM | Show all posts
Puan Sri Zainab meratap tangis disisi Shahrul. Marahkan anak sulung yang degil. Sibuk menjaga kepentingan orang lain sehingga terancam nyawa sendiri. Azim cuba menenangkan Mama. Sementelah bimbang menganggu  tumpuan doktor bertugas untuk merawat Shahrul. Yakin abangnya kuat untuk melepasi saat bahaya. Shahrul masih terlantar tidak sedarkan diri.

Tan Sri Azhari berada bersama Tan Sri Isa memandangkan Zack dan Rayyan juga dirawat dihospital ini. Menyembunyi resah didada. Nyawa darah daging sendiri nyaris tergadai.

Tengku Azhan sugul mengenang segala pelakuan jahat Ku Iz. Merayu supaya Jie melupakan semua. Risau menanti perkembangan terbaru dari doktor yang merawat Ku Iz.

Malang bagi Tengku Azhan kerana sehingga kini Jie mengelak dari bersua. Dato' Hanafi tidak membenarkan sesiapa pun mendekati Jie. Termasuk juga Khalid.

Malah, temannya itu berkeras menghalang Tan Sri Isa dan Tengku Safiah berjumpa cucu cucunya yang baru dilahirkan. Sama seperti Tan Sri Isa dan Tengku Safiah menghalang Jie bertemu Zack. Nampaknya tiada siapa mahu mengalah.

Jie kini leka menemani Hareez. Merasa bersalah kerana pernah memberi harapan lalu memungkiri janji.

"Bangun Hareez... I tahu I salah biarkan you sendirian.. Sedangkan you perlukan sokongan I.. Maafkanlah I !"

Air mata bertakung lagi. Jie pernah memujuk Hareez mendapatkan rawatan. Sedari kecil Hareez kadang mudah sensitif. Berprasangka buruk dan selalu menganggap Jie akan pergi meninggalkan diri. Paling teruk saat Hareez berhalusinasi. Mengikut suara halus yang tidak pasti mana asalnya. Kadang gagal mengawal perasaan dan mood Hareez juga mudah berubah. Jie kerapkali menghadap kerenah Hareez sehingga adakala jemu bertandang.

Tega melupakan Hareez sebaik saja bertemu Zack di Ohio. Kali pertama mengenal cinta membuat Jie hilang kawalan.

"Nur sayang .." Tengku Azizah masuk mendekati Jie. Mengusap lembut dibahu.

"Nur yang buat Hareez jadi macam ni.. Nur bersalah, Nenda !" Menangis semahunya didalam pelukan Nenda.

"Nur.. Kita semua maklum keadaan Hareez.. Hareez sudah lama menderita.. Biarlah dia pergi Nur.. Allah lebih tahu mana yang terbaik untuk hamba Nya.. Insan istimewa seperti Hareez suci dari dosa, Nur..."

Air mata Tengku Azizah bercucuran jatuh. Meski Hareez hanya pangkat cucu saudara, kasih sayang tetap utuh. Kecederaan otak dialami Hareez membuatkan Tengku Idris Syah menghalang hubungan erat antara Hareez dan Jie.

Demi masa depan Jie, Tengku Azizah terpaksa memisahkan mereka. Biar Jie tidak lagi berhubungan dengan Hareez. Tambah pula bila memikir Jie dan Hareez takkan mungkin bersatu walau Hareez waras sekalipun.

"Papa Ku tak nak Nur rasa bersalah ! Papa Ku redha dengan semua ini..Mungkin Hareez lebih tenang disana.."

Naluri seorang ayah sukar menerima hakikat kematian anak dalam usia masih muda. Namun apalah daya.. Tengku Idris pasrah andai takdir sudah menulis.  

"Hareez akan bangun Papa Ku ! Nur yakin.." Jie mengesat air mata dipipi. Ingin keluar mengambil angin seketika. Ada perhitungan masih belum selesai !
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2015 03:28 PM | Show all posts
Alahai kesianlah plk dengan hareez... Jie dh jd org yg kuat... Sambung lg TT...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-9-2015 04:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by elia201 at 11-9-2015 05:11 PM

Berjaya menyusup masuk ke sini berkat bantuan Ashraff. Doktor Zakuan yang merawat Ku Iz adalah teman baik Asraff. Mudah untuk Jie meminta pertolongan. Seragam jururawat ditubuh memudahkan penyamaran Jie. Melangkah masuk penuh yakin.

Berdiri disisi katil memerhati wajah kacak Ku Iz. Tampak Ku Iz berjuang antara hidup dan mati. Mata Jie terpandang wayar berselirat bersambung ditangan Ku Iz. Tahu Ku Iz kehilangan banyak darah kerana ditembak tadi. Satu idea jahat menerjah untuk menamatkan riwayat Ku Iz.

Tangan mencapai salah satu tiub untuk menghalang kemasukan darah. Menutup suis saluran penafasan Ku Iz. Namun tindakan Jie terhenti apabila..

"Jiha.. Please.. Jangan teruskan !"

Zulkarnain tidak sedap hati apabila Ashraff memberitahu Jie sedang bersama Ku Iz lantas terus ke mari untuk menjenguk. Sememangnya Zulkarnain ingin menemani Jie. Bimbang Jie melakukan sesuatu memandangkan Jie berubah marah apabila mengetahui Hareez ditembak oleh Taufik atas arahan Ku Iz. Baru Zulkarnain tahu hubungan sebenar di antara Jie dan Hareez. Mereka sebenarnya bersaudara.

"Dia perancang semua ini, Zul ! I tak kisah kalau dia bunuh I saja.. Tapi Ku Iz sanggup libatkan Hareez ! Ray dan Zack jadi mangsa ! You pun nyaris mati ! Orang macam ini tak layak hidup !! I menyesal selamatkan dia tadi !!"

Sepatutnya Jie menghabiskan saja riwayat Ku Iz dari awal. Sedangkan sepupu sendiri sanggup Ku Iz tembak, inikan pula Hareez yang setakat kenalan. Jie mengetap bibir. Marah. Menilai buruk laku Ku Iz dalam hati.

" Sabar Jiha.. You bukan Tuhan untuk tentukan hidup mati seseorang..  Mana pergi diri you yang dulu? Jiha yang I kenal suka memaafkan semua orang.. Jangan hanyut dibawa kemarahan ! Sejukkan hati you ! Dendam takkan membawa ke mana.."

Hanya kata nasihat mampu diberi oleh Zulkarnain. Berat mata memandang berat lagi bahu Jie memikul segala bebanan. Memandang sayu sepasang mata hazel yang kini bergenang air mata.

Jie terpaku sejenak. Terus berpaling untuk keluar. Zulkarnain benar ! Dendam bisa membunuh nilai kemanusiaan dalam diri. Menyemarakkan api kemarahan. Jika Jie meneruskan hasrat untuk membunuh Ku Iz, maka tiada beza antara Jie dan Ku Iz.

Sedar kemaafan adalah penawar mujarab segala keributan ini. Walau tidak berbaloi jika maaf sering dipersenda. Muak dengan tekanan sekeliling. Jie berlari pergi meninggalkan Zulkarnain.

Zulkarnain gusar membiarkan Jie bersendirian. Melajukan langkah kaki untuk mengejar. Simpati dengan Jie. Ada berita sedih ingin disampaikan.

Entah apa agaknya reaksi Jie apabila mengetahui.. Zulkarnain mengeluh. Resah memikir Jie.





Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2015 05:40 PM | Show all posts
Zulkarnain nak ckp apa dgn Jie... Pasal baby diakah?
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 11-9-2015 05:51 PM | Show all posts
Edited by elia201 at 11-9-2015 06:11 PM

Jie terjelepuk lembik disisi Zulkarnain. Pilu menatap wajah Zack. Berbalut seluruh tubuh persis mumia. Mengalami gegaran otak gara gara dipukul bertalu talu.

Berdasarkan kesan pukulan, Zack bukan sahaja dibelasah oleh seorang bahkan dianggarkan lebih dari lima orang teruk mengerjakan Zack. Peluang untuk hidup normal agak cerah cuma ingatan Zack mungkin akan terganggu dan gagal mengingati peristiwa penting dalam hidup. Itu ramalan awal dari Ashraff.

Hal ini kerana Zack bukan pertama kali mengalami kecederaan dibahagian kepala. Bagaimanapun perkembangan lanjut akan diberikan oleh Ashraff dari masa ke semasa.

Memandangkan Tengku Safiah melarang keras doktor atau mana mana kakitangan hospital membenarkan Jie mendekati Zack. Zulkarnain dan Jie terpaksa mencuri masuk melawat Zack.  

Mujur, Ashraff memberi kelonggaran mengenangkan hubungan persahabatan dengan Zulkarnain. Perintah larangan diabaikan seketika.

"I cintakan you..  Walau you tak mungkin ingat I lagi nanti..  Asal you hidup , cukup bagi I, Zack !"

Tiada lagi air mata membasahi pipi. Jie pasrah. Biar takdir saja penentu hala tuju perkahwinan mereka.
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2015 06:08 PM | Show all posts
Alahai kesian Zack... Mungkinkah jodoh Jie bukan selamanya dgn Zack...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-9-2015 06:13 PM | Show all posts
Zamzam2013 replied at 11-9-2015 06:08 PM
Alahai kesian Zack... Mungkinkah jodoh Jie bukan selamanya dgn Zack...

Jodoh kan rahsia.. so kita tunggu.. haha
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2015 06:48 PM | Show all posts
dah lama aku perati tajuk.. berapa lama nak almost there ni? berjangkit ngan @Ipo ka?
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2015 07:13 PM | Show all posts
Edited by Ipo at 11-9-2015 06:27 PM
cmf_conan replied at 11-9-2015 05:48 PM
dah lama aku perati tajuk.. berapa lama nak almost there ni? berjangkit ngan @Ipo ka?

haip!!...

citer aku tak ada ending..baru bab 5..

dah alang2 aku masuk sini..
TT...bagi pendpat ipo la..

plot dalam citer ni sama..dari awal sampai akhir
berebut Jie..culik..tangkap..lari merajuk...bertukar lelaki/suami..pastu rebut lagi ...gaduh..lari..gaduh lagi... berebut lagi..
(itu saja plotnya..)
Jie yg digambarkan terlalu cantik (Sampai takleh nak describe ..)..
satu lagi..Shahrul tu kan belajar syariah..jadi peguam syarie kan?
kenapa digambarkan sebagai seorang yang tiada ilmu agama bila selamba berpeluk, cium dahi Jie?
atau ada apa2 plot yang masih belum dirungkaikan lagi?
itu pendapat ipo la..
tapi mungkin ini cerita masyarakat melayu urban...di kalangan orang kaya raya...Tengku, Tan Sri,...

but your writing...lenggok bahasa, kosakata..very good indeed. Cuma kalau mengikut peradaban ayat, ada ayat yang tidak sempurna (tergantung dari segi kata nama, kata kerja) walaupun boleh faham jalan cerita.
tapi kalau mengikut tt, cerita ini hanya untuk bacaan saja dan suka-suka..then..oklah..

err..sorry ya peminat elia...
silakan hencap ipo... kerana citer ipo pun sengal ubi
itu hanya pendapat peribadi saja..


kalau aku komen...bukan sikit2 punya komen...






Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-9-2015 07:45 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_conan replied at 11-9-2015 06:48 PM
dah lama aku perati tajuk.. berapa lama nak almost there ni? berjangkit ngan @Ipo ka?

Haha.. xde masa nak update ikut dan saja
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-9-2015 10:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Ipo replied at 11-9-2015 07:13 PM
haip!!...

citer aku tak ada ending..baru bab 5..

Hi Sifu sudi menjenguk thread hingusan I.. Thanks btw.. Baru perasan sebab xde notification..

Pasal plot cite tu memang jahanam.. haha..
Anggaplah I nak kumpul kacang dengan nak up reading permission baru boleh baca gosip Nora Danish.. I love her btw

Oh psl Shahrul yang ada background syariah ni nothing to do dengan urban ke Tan Sri Puan Sri punya lifestyle..

Sebab Shahrul memang digambarkan naughty boy yang berilmu  tapi tak beramal.. Reality sekarang.. Be it Ustaz, Ustazah, lulusan Al Azhar sekalipun banyak yang involved dalam gejala sosial..

Erm yang Jie tu digambarkan cantik gila? Ayat I hiperbola ek? Or kita anggap jerla based on mentallity manusia kalau jadi rebutan jer cantik.. Rasanya watak Zeeta pun cantik juga.. Lily, Sheera dan Viana.. Semua pun cantik..



I mana der peminat macam Ipo.
Apapun kite enjoy reading dan writing..
Thanks again untuk tunjuk ajar.
Ilmu free tu..



Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2015 10:23 PM | Show all posts
elia201 replied at 11-9-2015 10:05 PM
Hi Sifu sudi menjenguk thread hingusan I.. Thanks btw.. Baru perasan sebab xde notification..

...

takdek peminat??? cer tengok baper ramai yg baca citer neh..
peminat2 ko mungkin pemalu orangnya..maka mereka duduk baca2 diam2 je..



Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2015 10:26 PM | Show all posts
elia201 replied at 11-9-2015 09:05 PM
Hi Sifu sudi menjenguk thread hingusan I.. Thanks btw.. Baru perasan sebab xde notification..

...

wah peminat ND rupanya....nak tacang banyak sila join contest kemerdekaan..dapatlah 50 ketul penyertaan..cepat sikit naik pangkat tu..
ok back to novel/cerita...


memang tak dinafikan ustaz, setajah dan seangkatan dengannya ada yg perangai gini
tapi utk kita sampaikan dalam novel, perlu diselitkan pengajarannya juga..itu tanggungjawab penulis..
lainlah citer itu based in US ke, UK ke..dan watak2 dlm tu bukan nama melayu.. then tiada pertikaian di situ..
dah alang2 tulis novel kan?...

you punya cerita, bahasa cantik dan garapan menarik....ipo pun kalah dgn you punya bahasa.
cuma jalan ceritanya berpusing2 di situ saja..like never ending story gitu..
cuba kembangkan plot...boleh digilap lagi...

weh..ipo bukan sifu..ipo adalah siput yang merangkak nak belajar ..
and ipo adalah seorang pendatang di sini dengan membawa cerita tak masuk akal, fantasi, seram meram...

sifu tu are  >>>> @ladyFinger12   @Nicki_Meow   @aylanins    @wipers81  dan penulis lain yang sudah lama bertapak kat sini

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-9-2015 10:30 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_conan replied at 11-9-2015 10:23 PM
takdek peminat??? cer tengok baper ramai yg baca citer neh..
peminat2 ko mungkin pemalu o ...

Sorry tanya soalan agak bodoh disini
Kita boleh tahu ke viewer thread kita?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-9-2015 10:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by elia201 at 11-9-2015 10:34 PM
Ipo replied at 11-9-2015 10:26 PM
wah peminat ND rupanya....nak tacang banyak sila join contest kemerdekaan..dapatlah 50 ketul pen ...


Haha.. That's y la kalau perasan nama ND ada dalam ini novel..

Btw mcm tu cara nak dpt kacang.
Noted noted

Thanks again

You still otai than me..
Tc
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2015 10:34 PM | Show all posts
elia201 replied at 11-9-2015 10:30 PM
Sorry tanya soalan agak bodoh disini
Kita boleh tahu ke viewer thread kita?

kalo nak tahu siapa viewer tu tak lah..
tapi tengok number of views.. mcm skarang ni total view 47K.. tu kira ramai la baca tu..
tak kira la sorang ulang masuk 110 kali sehari pon..
at least ada yg masuk dan baca your story..

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-9-2015 10:50 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_conan replied at 11-9-2015 10:34 PM
kalo nak tahu siapa viewer tu tak lah..
tapi tengok number of views.. mcm skarang ni total view 4 ...

Hehe..

Tu yang tanya tu..

Sbb mcm canggih saja kalau ada page to see viewer

Ingatkan I yg x update

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-9-2015 01:09 AM From the mobile phone | Show all posts
"Abi bukan nak berceramah atau menambah beban Najiha.. Cuma pernah tak Najiha terfikir kenapa kesulitan yang sama Allah turunkan pada Najiha?  Ini bukan kali pertama Najiha.. Penculikan, perebutan dan semua dendam ini.. Abi perhatikan dari awal lagi. Najiha mungkin tak sedar semuanya berpunca dari Najiha sendiri.."

Ketiadaan Zulkarnain disisi Jie membolehkan Dato' Sri Izham berbicara terus dengan Jie.

"Manusia Najiha.. Tambah pula lelaki.. 9 akal 1 nafsu.. Tetap nafsu akan mengatasi akal.. Dari awal Najiha tahu Rayyan dan Hafiz bersaudara.. Kenapa tetap Rayyan juga yang Najiha pilih? Bukankah tindakan Najiha akan mengundang ketidakpuasan hati Hafiz? Najiha masih tak belajar dari kesilapan bila mengahwini Zack pula.. Abi tak boleh komen apa apa sebab mungkin dah jodoh Najiha.. Tapi sekali lagi akan ada ketidakpuasan hati di pihak Rayyan pula.. Bila nafsu menjadi tuan inilah jawabnya.. Berlakulah perebutan untuk memiliki.. Atau Najiha sendiri memang suka direbut seperti barangan ?"

Pertanyaan Abi membuat Jie kelu untuk menjawab. Diam membisu.

"Abi tahu Najiha sendiri rimas dengan semua ini..." Dato' Sri Izham tahu Jie sedang berkecamuk. Enggan menambah beban Jie untuk menjawab pertanyaannya. Cukup sekadar Jie sudi mendengar.

" Lumrah Najiha.. Bila kita menang dalam pertandingan kita akan rasa bangga dan gembira. Tapi macam mana pula dengan pihak yang kalah? Pasti kecewa..  Samalah dalam kes Najiha.. Hafiz rasa dirinya kalah..  Sebab tu Hafiz sanggup lakukan apa saja.. Termasuklah membunuh dan menculik..  Tak semua manusia boleh berdepan kekecewaan.."

Ada banyak lagi ingin Abi perkatakan. Menghela nafas seketika.

"Abi.. Adakah bila kita kecewa itu adalah tiket untuk kita berbuat sesuka hati? Jie bukan nak bangkang pendapat Abi.. Tapi Jie rasa Abi menyalahkan Jie atas semua ini !"

Jie sakit hati. Kata kata Abi sedikit sebanyak membuat diri bertanggungjawab diatas segala musibah ini. Tanyalah sesiapapun. Jie yakin tidak ada seorangpun yang gemar diri diculik bukan sekali malah berkali kali ! Direbut seperti barang perhiasan dan nyawa Jie sendiri sering jadi galang ganti.

Mujur sehingga kini Jie masih ditakdirkan hidup. Bagaimana pula kalau Jie mati tadi? Adakah Abi tetap mengatakan Jie yang salah ? Bukankah lelaki yang memburu dirinya sepatutnya digelar pesalah?

Nonsense !  Jie memprotes dalam hati.

"Abi tak salahkan Najiha.. Jangan salah faham ! Abi cuma..."

Kemunculan semula Zulkarnain mematikan kata kata Abi. Dato' Sri Izham bangkit berdiri.

"Abi pergi dulu.. Ada masa kita berborak lagi.." Abi terus meminta diri untuk berlalu.

"Kenapa muka you macam stress je, Jiha?"

Zulkarnain perasan kelainan riak wajah Jie sebaik saja Abi berlalu.

Jie hanya membisu seribu bahasa. Enggan mempedulikan Zulkarnain. Hanyut dibuai fikiran.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 10:45 PM GMT+8 , Processed in 0.122238 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list