CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: elia201

Novel : Kisah kau dan aku - ended on 20102015- already there

[Copy link]
 Author| Post time 23-8-2015 05:51 AM | Show all posts
Edited by elia201 at 24-8-2015 12:43 AM

Viana menyuluh ke hadapan. Zulkarnain disisi ligat memerhati ke arah lalang. Menebas menggunakan parang sebelum melangkahkan kaki. Bimbang terserempak binatang berbisa dan berbahaya. Tembakan bertalu talu kedengaran tadi telah membuatkan Viana dan Zulkarnain tertarik untuk meninjau lanjut. Lantas kaki pantas saja menghala ke sini. Mencari arah sebenar bunyi pistol itu. Barangkali ada kena mengena dengan penculik Jie dan Shahrul.

Cahaya lampu suluh dipegang Viana mengenai seseorang. Mengamati susuk tubuh lelaki dihadapan mata. Samar samar mengecam wajah.

"Shahrul !" Nada suara jelas namun terkawal. Memandangkan mereka berada dihutan. Pesanan orang tua tua supaya menjaga adab tetap dipegang. Takut takut kalau 'membangunkan' penghuni rimba.

Viana berlari anak mendapatkan Shahrul. Terpandangkan Jie yang berada dalam dukungan Shahrul. Serta merta air mata Viana merembes. Kegembiraan. Syukur ke hadrat Ilahi kerana Jie masih bernyawa. Pasti Mommy dan Daddy ceria mendengar khabar ini.

"Kita kena cepat keluar dari sini ! I takut penyangak tu berjaya ikut I dan Najiha !"

Bukan mahu mendesak. Shahrul faham dengan keadaan Viana yang sedang teruja kerana berjaya menemukan adiknya. Namun, Shahrul terpaksa berkata begitu. Takut pergerakan diekori. Bila bila masa saja penjahat tadi boleh memburu mereka.

"Kita patah balik ke kereta.. Sekarang !"

Zulkarnain memberi cadangan. Berpusing berjalan ke arah lawan jam. Niat untuk terus ke tempat mereka memarkir kereta.

Pengawal keselamatan Dato' Hanafi akur arahan Zulkarnain. Membiarkan Shahrul dan Jie berjalan terlebih dahulu diikuti Viana serta Zulkarnain. Memerhatikan persekitaran sekeliling terjamin. Amanah Dato' Hanafi supaya menjaga keselamatan ahli keluarganya dilaksanakan dengan sempurna.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-8-2015 07:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by elia201 at 27-9-2015 05:40 PM

Zulkarnain menyerahkan jaket miliknya kepada Shahrul supaya disarungkan ke tubuh Jie. Takut Jie kedinginan duduk dibelakang. Memerhatikan dari cermin hadapan wajah yang dirindui. Zulkarnain lega Jie dan Shahrul selamat. Alhamdulillah.

"Kita nak ke mana, Zul?" Viana ingin tahu hala tuju mereka.

"Rumah Ibulah.. Kita bincang dekat sana.. Jiha pun boleh rehatkan badan.." Hanya itu tempat sesuai dan selamat dirasakan oleh Zulkarnain.

"I tak rasa keadaan Najiha selamat buat masa ini.. Penculik tu mungkin akan cari Najiha dekat tempat tempat Najiha biasa pergi.. Selagi kita tak tahu dalang sebenar, jangan ambil risiko.. So, Najiha kena bersembunyi sementara waktu.."  

Shahrul yakin penculik psiko tadi takkan berputus asa untuk mendapatkan Jie. Ada baiknya Najiha tidak diketahui berjaya loloskan diri buat masa sekarang.

"I setuju dengan Shah ! Kalau macam tu Jiha stay dengan Umi dan Abi I lah.. Safer !" Zulkarnain memberi cadangan. Lebih mudah untuk memantau keadaan Jie.

"No ! Zeeta bila bila masa boleh datang rumah parent you.. I don't trust your wife to be honest !"  Viana segera membangkang. Agak bahaya jika Zeeta tahu mengenai Jie.

Zulkarnain terdiam sejenak mendengar nama Zeeta disebut Viana.

"I ada hideout pinggir bandar.. May be Najiha lebih selamat disana.. Even family I pun takkan datang sana." Shahrul pula memberi cadangan. Tiada siapa tahu istana hinggap miliknya. Tempat rahsia Shahrul bila ingin mencari ketenangan fikiran.

"I tak setuju !" Zulkarnain membantah.

"Takkan you dengan Jiha nak tinggal berdua dekat sana?" Bagi Zulkarnain tidak manis jika Shahrul dan Jie berdua dalam satu rumah. Boleh mendatangkan fitnah.

"Ada orang gaji, tukang kebun dan pengawal keselamatan tinggal sekali. Jangan risaulah !" Shahrul memberi jaminan.

"Macam mana dengan security level dekat situ?" Viana pula menyoal.

" Ada CCTV link terus ke computer untuk kawal sebarang pergerakan.. Alarm pun akan berbunyi dan direct ke balai polis berdekatan kalau berlaku pencerobohan.."

Memang Shahrul rasa Jie lebih terjamin jika ditempatkan disitu.

"Mana tempat tu? Kita terus ke sanalah.." Viana akur akhirnya.

Zulkarnain juga tiada pilihan lain. Hanya menurut saja memandangkan Viana bersetuju.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-8-2015 01:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by elia201 at 24-8-2015 01:03 AM

"Vee balik dulu.. Esok Vee datang lagi.. Kita fikir cara terbaik untuk tangkap penculik itu.. Jie rehatlah dulu.."

Mereka dua beradik berpelukan. Rindu terasa lantaran berpisah beberapa bulan.

"Jangan risau, Vee.. I akan jaga Najiha.." Shahrul memberikan janji. Badan letih. Mata mengantuk. Tepat pukul 4 pagi. Biasanya sebelum pukul 9 malam lagi Shahrul sudah melelapkan diri.

"Thanks sebab selamatkan adik I, Shah ! You pun take care. Jumpa esok !"
Viana pamit sebelum berlalu.

"Take care, Jiha !" Zulkarnain mendakap erat Jie. Rindu terpendam terluah. Perasan perut Jie kian memboyot. Simpati memikir berbulan Jie terperangkap dihutan. Hati berat untuk meninggalkan Jie disini. Namun demi keselamatan Jie, Zulkarnain terpaksa akur. Melangkah longlai meninggalkan Jie dan Shahrul.

"You pun rehatlah, Shah.. Thank sebab jaga Jiha !" Zulkarnain berpaling seketika sebelum terus berlalu. Mengucapkan terima kasih di atas jasa Shahrul. Hanya Allah saja mampu membalas.

"Sayang letih ke? Abang tunjukkan bilik.." Mujur Shahrul tidak tersasul menyebut panggilan itu dihadapan Viana maupun Zulkarnain.

Jie hanya angguk. Memang tubuh rasa longlai. Mata pula memberat.









Jie membuka mata pelahan lahan. Kepala pening pening lalat. Terkejut melihat jam dimeja sisi katil menunjukkan pukul 1 petang. Bingkas bangkit. Pandangan tertancap pada tuala dan pakaian terletak disisi. Sekeping nota dibaca.

Morning Mahsuri Sayang
Pakai baju abang ini dulu
Lepas mandi turun bawah ok
ILY

Serentak Jie terkenangkan Zack. Selalu juga Zack menulis nota nota sebegini. Kadang disertai hadiah. Rindu untuk bertemu suami dan anak anak.

I miss you, Bie ! Danny, Daryl.. It's been a long time without all of you...Jie mengeluh diluar sedarnya.

Malas membiarkan diri hanyut dibuai emosi. Jie terus mencapai tuala dan mandi. Itu lebih baik. Fikirnya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-8-2015 01:41 PM | Show all posts
Edited by elia201 at 24-8-2015 04:20 PM

"Hi sayang... Abang ada buatkan sup.. Sesuai untuk kuatkan rahim Mak Buyung.."

Shahrul memimpin tangan Jie menuruni tangga menuju ke meja makan. Senang hati melihat Jie tidur lena semalam. Mata beralih ke pakaian Jie.
Kemeja labuh Shahrul yang tersarung ditubuh Jie agak besar. Sesuai dijadikan pakaian ibu mengandung. Shahrul terfikir untuk mengajak Jie keluar membeli barangan peribadi nanti. Mungkin mereka terpaksa menyamar.

"Thanks, Shah !" Jie terharu. Berterima kasih kepada Shahrul kerana banyak berjasa selama ini.

"Please sayang.. So long kita masih berdua.. Just call me Abang.. You will be my sayang.." Pada Shahrul panggilan antara mereka hanya akan bertukar apabila Jie sudah kembali ke sisi Zack. Buat sementara waktu ini, biarlah Shahrul menikmati saat bersama sepuasnya.

"Baiklah Abang ! Sayang adjust ok.. " Jie gelak. Makanan terhidang atas meja menggamit selera. Perut memang lapar.

"Macam tulah.." Shahrul ketawa senang.

Ralit menatap wajah Jie. Selepas ini Shahrul tidak mungkin berpeluang melihat Jie lagi. Sayu menerpa tiba tiba.

Zack memang bertuah ! Hati Shahrul berbisik. Pilu mengenangkan perpisahan yang hanya menunggu masa untuk terjadi.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-8-2015 04:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by elia201 at 23-8-2015 05:32 PM

Tan Sri Azhari serba salah berhadapan dengan Tan Sri Isa. Tambah malu dan segan menatap wajah Zack. Tergamak Shahrul memalit arang ke muka keluarga. Sekarang reputasi mereka sudah tercemar. Hubungan baik antara Tan Sri Azhari dan Tan Sri Isa jadi taruhan.

"Mana aku nak taruk muka, Isa? Gambar gambar Shahrul dengan menantu kau dah jadi viral.. Aku tak tahu apa budak budak ini fikir.. Seorang dah ada tunang.. Lagi seorang dah ada suami.. Entahlah !"

Pening kepala Tan Sri Azhari memikir. Kalau dulu Azim yang selalu membuat diri gundah kini anak sulung kebanggaannya pula bikin onar. Dunia memang sudah terbalik agaknya. Dosa dan pahala dipandang enteng. Ternyata Shahrul tidak mempraktikkan pengetahuan didada. Berilmu tapi tak beramal.

"Aku sedih, Isa ! Punyalah degil anak aku ni ! Seramai ramai perempuan dalam dunia ini yang dah jadi isteri orang tu juga digilakan !" Tan Sri Azhari kesal dengan sikap Shahrul.

"Papa..  Setakat gambar ini tak membuktikan apa apa ! Kita kena jumpa Shah dengan Najiha dulu ! Dapatkan penjelasan mereka.."  Bagi Azim sangat berat sebelah jika Jie dan Shahrul dihentam kerana beberapa keping gambar. Sementelah Najiha dan Shahrul gagal dijumpai dialamat yang diberi pengirim gambar semalam.

"Zack.. Kau suami Najiha ! Takkan kau sanggup biarkan isteri kau dituduh bukan bukan? Speak up, bro !"

Azim geram dengan sikap diam diri Zack. Membiarkan Najiha dituduh sesuka hati oleh Tengku Safiah dan Zeeta.

"Dayus kalau Zaf simpan perempuan macam tu sebagai isteri ! Mama nak Zaf ceraikan dia !"

Tengku Safiah emosi. Dipandangan mata, Najiha adalah wanita kotor. Pernah menyakiti Ku Iz. Mempermainkan hidup Rayyan dan Zack. Tega pula meninggalkan anak dan suami untuk bersama lelaki lain.

"Aku lebih rela Najiha mati ! Dia dah hancurkan kepercayaan dan cinta aku!"  Gagal mengawal perasaan marah, Zack tega bertutur begitu. Jie sanggup mengkhianati janji mereka.

Dato' Hanafi yang baru tiba disitu tersentak mendengar butir bicara Zack. Niat untuk memberitahu berita gembira Jie sudah ditemui kepada menantunya terbantut.

"Daddy menyesal izinkan Jie kahwin dengan kamu dulu !"

Usai berkata begitu, Dato' Hanafi terus berlalu. Air mata mengalir memikirkan Jie. Membayangkan jika Jie mendengar kata kata pedih Zack sebentar tadi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-8-2015 05:25 PM | Show all posts
Edited by elia201 at 23-8-2015 05:31 PM

"Mommy, Jie rindu sangat masakan Mommy !!" Menerpa ke arah Maznah yang sedang mengacau kuah dalam kuali didapur.

Jie segera memeluk tubuh tinggi lampai Maznah. Rindukan belaian Mommy. Selendang dan cermin mata hitam yang dipakai untuk menyembunyikan identitinya dibuka.

Viana hanya membiarkan Jie dan Maznah melepas kerinduan. Berjalan ke ruang tamu. Merehatkan badan seketika. Kepenatan.

Shahrul dan Zulkarnain kini sedang berbincang di halaman belakang.

Viana tidak sabar menunggu kepulangan Daddy. Sudah berjanji kepada Jie untuk menemukan dengan Zack dan Si Kembar. Adik bongsunya kepingin benar bertemu mereka. Sedaya mungkin Viana memenuhi permintaan Jie. Itulah satu satunya adik yang dimiliki.  

Dato' Hanafi terus masuk ke rumah. Mengeluh berat lalu menghempas punggung di sofa empuk. Tekanan dengan sikap besan dan menantunya.

"Daddy seorang saja ke?" Viana melilau pandang mencari bayangan Zack dan Si Kembar.

Setahu Viana, Dato' Hanafi pergi ke Villa Safiah tadi untuk menemui adik iparnya sekaligus membawa Si Kembar berjumpa Jie.

"Mana mereka?" Pertanyaan terluah jua. Hairan melihat wajah sedih Daddy.

Dato' Hanafi gagal mengawal air mata. Berjuraian jatuh. Seteruk manapun kesalahan yang dilakukan Jie, itu adalah darah dagingnya. Sedih bertandang apabila mendengar besan dan menantunya menuduh Jie bukan bukan tadi. Andai Jie tidak layak bergelar isteri Zack lagi, Dato' Hanafi rela Jie diceraikan.

"Kenapa ini, Daddy ?!"

Zulkarnain baru saja melangkah masuk ke dalam terkejut. Pandangan menangkap Dato' Hanafi menitiskan air mata. Barangkali ada yang membuat Dato' Hanafi terluka. Tebaknya.

Shahrul juga tersentak dengan keadaan Dato' Hanafi.

Tidak mampu memendam rasa, Dato' Hanafi menceritakan perihal gambar dan fitnah yang mengaitkan Shahrul serta Jie. Bertapa Tengku Safiah dan Tan Sri Isa memandang serong Jie. Malah Zack juga dilihat termakan tekanan disekeliling. Tergamak menutur kata kesat terhadap Jie. Bersetuju untuk memfailkan perceraian.

Ketiga mereka mendengar cerita Dato' Hanafi dengan teliti. Masing masing tidak sedar perbualan mereka turut didengari oleh Jie.

Deruman kereta kedengaran dari arah luar. Viana segera berlari ke arah parkir. Melihat Jie memecut laju keluar.

"Jie mungkin terdengar cerita Daddy tadi." Viana gusar.

"Kita ikut adik you ! I rasa dia pergi jumpa Zack !" Zulkarnain yakin tekaannya tepat. Mungkin Jie inginkan penjelasan lanjut dari Zack. Faham benar dengan sikap Jie.

"Kita naik satu kereta saja.." Shahrul memberi cadangan.

Viana dan Zulkarnain hanya menurut. Risaukan Jie.





Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 23-8-2015 06:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by elia201 at 23-8-2015 07:06 PM

Puas Jie merayu dari tadi. Sayang, rayuan dipandang sepi. Zack bukan setakat enggan bertemu dirinya malah menghalang Danny dan Daryl dari keluar berjumpa Jie. Pengawal yang berkawal dipagar depan Villa Safiah juga tidak membenarkan Jie masuk ke dalam. Arahan dari Tengku Safiah dan Tan Sri Isa supaya menghalau Jie pergi.

"Bie.. I nak jumpa anak kita sekejap saja...Tolonglah I !" Jie melutut merayu didepan pagar besi. Mengharap Zack sudi menunaikan permintaannya.

"Cik Najiha baliklah ! Puan Sri dan Tan Sri tak benarkan Cik Najiha dekati cucu cucu mereka .." Pengawal muda itu simpati melihat Jie merayu dari tadi. Akan tetapi apalah daya membantu. Hanya menerima gaji hasil belas ihsan Tan Sri Isa.

Jie enggan berputus asa. Berlari pantas memanjat tembok  batu sebelum sempat dihalang pengawal bertugas. Terjun pantas ke tanah dan berlari laju untuk menceroboh masuk. Tujuan utama mendapatkan Danny dan Daryl.

Walau dikejar pengawal keselamatan Villa Safiah, Jie tidak peduli !  Melaung nama Danny dan Daryl. Kesakitan diperut diabaikan.

"Mommy !!" Teruja melihat Jie berada depan mata.

Daryl berlari mendapatkan Jie yang kelelahan. Berjaya melepaskan diri dari pegangan Tengku Safiah.

Zack juga terpaku melihat kemunculan Jie disini. Jie berjaya nampaknya melepasi kawalan keselamatan diluar. Antara cinta dan amarah. Keliru untuk mengambil tindakan lanjut. Separuh hati mendesak untuk memeluk Jie manakala ego pula menghalang. Maka berdiri kaku disitu memerhati.

"Bie.. I rindukan you ! Anak anak kita ! You gotta trust me ! I still loving you !"

Jie yakin Zack masih teguh mencintai dirinya. Mustahil Zack sanggup memusnahkan kebahagian yang tercipta selama ini hanya semata mata beberapa keping gambar.

"Just get out from here ! Do not touch my son !"

Ternyata cemburu dan curiga lebih menguasai diri Zack. Menarik Daryl ke sisi supaya menjauhi Jie.

"Please, Bie ! I boleh explain.. Pasal Shah dan I.. Gambar gambar tu.. Semua tu bukan macam yang you fikir !"

Jie tak segan merayu. Menyentuh tangan Zack. Mengharap Zack sudi memberi peluang Jie membela diri.

Malangnya, Zack menepis kasar tangan Jie.

"Elok you pergi dari sini sebelum I suruh pengawal halau you ! Pergi !!"  Nada suara Zack meninggi. Menengking.

"Fine !! You boleh halau I ! Tapi I nak anak anak I ikut I !" Jie terus mendukung Daryl. Memanggil nama Danny.

"I cakap dengan you elok elok, Najiha ! Lepaskan Daryl !" Zack mendekati Jie. Berniat merampas semula Daryl dari dukungan Jie.

Jie berkeras. Pantang menyerah kalah. Menepis tangan Zack.

"Kamu ini tak tahu malu ke?! Berbulan kamu hilang macam tu saja.. Tiba tiba kamu muncul nakkan balik anak anak kamu.. Mana kamu masa mereka perlukan Mommy? Kamu tengah berseronok dengan jantan lain, kan? Dasar perempuan murah !!"

"Mama boleh cakap apa saja.. Jie nakkan anak anak Jie !" Ini bukan masa untuk bertekak. Jie ligat mencari kelibat Danny. Jumpa.

"Come to Mommy, Dear !" Jie mendapatkan Danny yang sedang leka bermain piano disisi Danish. Menarik tangan comel itu supaya menurut langkahnya.

Danny terkejut melihat Jie. Memeluk pinggang Jie. Akur dengan arahan Mommy.

"Where we will be going, Mommy ?" Daryl dalam dukungan Jie menyoal.

Walau masih kecil, Daryl faham ada perselisihan faham antara Momny dan Daddy. Pertama kali melihat Zack menengking Jie. Malah Grandma juga memarahi Mommy. Simpati melihat Mommy dimaki hamun.

Jie membiarkan soalan Daryl tidak berjawab. Bergegas keluar sambil membawa Si Kembar. Langkah terhenti melihat Zack bersama beberapa pengawal dipintu depan.

"Encik Zafrey arahkan saya halang Cik Najiha dari bawa si Kembar bersama.. Maafkan saya !"

Pengawal muda terpaksa merampas Danny dan Daryl dari pegangan Jie. Menahan Jie dari mendekat. Gagal mengawal imbangan, tubuh Jie terhentak ke pagar.

"Sampai hati you buat I macam ni, Zack !" Jie tidak berdaya menahan kesedihan. Terduduk lemah. Memegang perut yang terasa ngilu.

"I tengah mengandungkan anak you ! Macam ini layanan you pada I ! Thanks Zack !"  Air mata Jie mengalir laju. Tunduk menahan kesakitan.

Baru Zack perasan perut Jie memboyot sewaktu Jie menyentuh ke situ tadi. T shirt besar yang tersarung ditubuh Jie menutupi bahagian itu. Terlupa langsung Jie masih mengandungkan anaknya sewaktu hilang.

"I akan datang balik untuk tuntut anak anak I !"

Mengalah bukan kalah. Jie bangkit lalu berjalan lemah ke arah kereta. Berpaling merenung wajah Zack buat kali terakhir. Sedar Zack tidak lagi mencintainya. Lantas meneruskan saja langkah kaki. Air mata jadi teman setia.

Zack ingin bersuara menahan Jie dari pergi tetapi bicara bagai tersekat di kerongkong. Terpaku saja memandang langkahan Jie.

Namun, demi terlihat darah merah menitik disepanjang jalan dilalui Jie. Hati Zack bergetar kencang. Bimbangkan Jie.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-8-2015 09:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by elia201 at 24-8-2015 12:32 PM

Pendarahan yang dialami Jie semakin parah. Transfusi darah terpaksa dilakukan untuk menyelamatkan nyawa si ibu dan bayi. Zulkarnain sedang bekerja keras bersama beberapa rakan setugas didalam bilik kecemasan.   

Viana dan Shahrul sedang menanti penuh debaran diluar.

Shahrul sebak. Kata kata terakhir Jie sebelum tidak sedarkan diri terngiang kembali.

Walau apapun terjadi bagitahu Zul untuk selamatkan anak I !

Shahrul meraup wajah. Kesal. Andai saja Shahrul tidak terlalu menurut kata hati sewaktu terperangkap berdua dikampung pasti fitnah ini tidak akan timbul. Sadisnya Jie terpaksa menanggung bahana sedangkan semuanya adalah permintaan Shahrul.

Sejenak rasa bersalah menerpa fikiran.

"I minta maaf,  Vee.. Sebab I adik you jadi macam ini !"

Berjuta kali maaf dipinta tetap tidak mengubah keadaan. Fitnah kian berleluasa. Kini, Jie terlantar bertarung nyawa. Antara hidup dan mati.

Viana mengesat air mata berlinangan dipipi. Berpaling ke arah Shahrul.

"You tak bersalah, Shah ! In fact, I terhutang budi pada you sebab you sanggup jaga Jie selama ini. Biarlah apa orang nak cakap.. I trust both of you !"

Sedikit sebanyak kata kata Viana melegakan Shahrul. Menghela nafas panjang.

Viana bangkit berdiri sebaik melihat kelibat Zack. Menerkam kasar ke arah adik iparnya.

"Adik I tak perlukan you ! You boleh balik sekarang !" Lantaran hilang sabar Viana terus memaki hamun.

"Please Vee.." Zack serba salah. Fikiran berkecamuk.

Berita tentang Jie membuatkan diri rasa berdosa. Berkasar pada isteri sendiri. Membiarkan Tengku Safiah melukai hati Jie. Masih terbayang air mata Jie mengalir saat berlalu pergi. Membuat Zack juga terhiris pilu.

"Anak Daddy tak perlukan simpati sesiapa. Kamu baliklah ! Perempuan kotor seperti Jie tak layak jadi isteri kamu. Mama kamu sendiri cakap macam itu depan Daddy.."

Memang Dato' Hanafi agak kecewa dengan tingkah Zack. Selama ini terlalu menaruh harapan tinggi kepada Zack supaya menjaga anak bongsunya. Ternyata Zack juga persis Rayyan. Mudah termakan fitnah dan hasutan.

" Najiha tetap isteri Zack, Daddy.. Zack masih sayangkan dia.." Memang itu kenyataannya. Meski didesak oleh Mama dan Papa supaya menceraikan isterinya, Zack belum sanggup kehilangan cinta pertamanya. Bersyukur Jie kekal bernyawa.

"Sayang?!" Viana menyoal sinis. Emosi.

"Apa you buat pada adik I tadi tanda sayang you pada dia?! Jangan ingat I tak tahu you halau adik I macam kucing kurap ! You halang dia jumpa anak sendiri ! Macam tu you kata sayang ?! You lagi teruk dari Ray ! I benci tengok muka you !!"

Walau Viana tidak berada disitu pada waktu Jie dihalau, namun pembantu rumah Villa Safiah sudah menceritakan semua. Hal ini kerana pembantu rumah itu bersimpati melihat layanan buruk terhadap Jie.  

"I marah waktu tu, Vee.. I just can't control myself ! But trust me ! I tak terniat nak buat Najiha macam tu.." Zack tunduk. Kesal.

"Kau memang lelaki tak guna, Zack !" Shahrul bengang mendengar.

"Kau tahu tak selama aku dengan Najiha duduk berdua, dia selalu sebut nama kau dengan anak anak dia.. Najiha bertahan hidup susah berbulan bulan semata mata nak jumpa kau semula.. Dia pernah hampir mati dibaham ular  sawa sebab tak sabar nak cari jalan balik untuk jumpa kau ! Tapi ini balasan kau ! Sia sia Najiha setia pada kau selama ini.."

Enggan mencetuskan pergaduhan didalam hospital, Shahrul berlalu pergi. Ingin menenangkan hati yang membara.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-8-2015 11:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Semua salah shshrul la
. Dok berzina dgn jie asalkan puas hati!!'!!  Cehhh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-8-2015 12:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Bab 68

Langkah Shahrul terhenti apabila namanya dipanggil oleh Tan Sri Azhari. Berpaling ke arah Papa dan Mama yang sedang duduk di atas sofa. Kelibat Azim tidak kelihatan. Shahrul baru mendapat tahu Azim sudah berkahwin dengan Juwita. Itulah namanya jodoh. Bersyukur adiknya kini makin matang dan bertanggungjawab.

"Pasal gambar gambar Shah dengan menantu Isa tu, Papa percayakan Shah.. Papa minta maaf sebab tuduh Shah dan Najiha bukan bukan.." Tan Sri Azhari memula bicara.

"Terima kasih, Papa !" Shahrul terharu dengan kepercayaan Tan Sri Azhari terhadapnya.

"Mama sempat bincang dengan Ibu Lily tadi.. Memandangkan Azim pun dah mendirikan rumah tangga, Mama nak Shah tetapkan tarikh nikah.  Lagi cepat lagi bagus !"

Puan Sri Zainab mencelah. Risau melihat anak sulungnya. Bertunang sudah lama tetapi belum ada tanda mahu melangkah setapak menuju ke gerbang perkahwinan.

"Kita hold dulu, Mama ! Shah dengan Lily pun tak discuss apa apa lagi.." Shahrul rimas. Sukar untuk membuat keputusan. Tambah pula dengan keadaan Jie yang kini terlantar dihospital. Sedikit sebanyak Shahrul rasa bersalah.

"Kalau tunggu Shah tetapkan semua, memang sampai kucing bertanduklah kamu takkan kahwin ! Papa dah pilih tarikh. Hujung bulan ini Shah nikah ! Pandai pandailah Shah dengan Lily manage masa.."

Keputusan Tan Sri Azhari muktamad. Pantang baginya jika ketentuannya dibantah.

"Papa.. Shah baru sehari balik.. Bagilah masa Shah adjust diri dulu.. Takkan lari gunung dikejar." Shahrul berkeras.

"Papa bukan nak paksa Shah.." Tan Sri Azhari mula berlembut. Menentang pandangan anak sulungnya.

"Sekarang ini semua orang anggap Shah ada hubungan sulit dengan menantu Isa. Sekurang kurangnya kalau Shah kahwini Lily, mereka akan tutup mulut !" Memang itu motif utama Tan Sri Azhari mempercepatkan pernikahan Shahrul dan Lily.

"Tapi Papa..." Shahrul serba salah. Diri perlu waktu untuk menerima semua ini.

"Lainlah kalau memang Shah nakkan Najiha, sebab tu Shah menolak berkahwin dengan Lily.. "

Puan Sri Zainab menyampuk buat kali kedua. Sekadar menduga Shahrul. Wajah anak sulungnya diperhati. Mencari kepastian.

"Shah masih bujang. Mama tak nak anak Mama pilih janda sebagai isteri !" Mana mahu Puan Sri Zainab letakkan muka jika Shahrul benar benar memilih Jie.

Shahrul terperangkap. Mustahil mengakui isi hatinya saat ini. Jie masih milik Zack.

"Kalau Papa dengan Mama rasa itu yang terbaik. Shah tak kisah !"

Selesai berkata begitu, Shahrul terus berlalu. Malas fikir.

Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2015 10:47 AM | Show all posts
kesian jie & shahrul... akibat dengki & dendam mereka di fitnah tanpa mengetahui kebenarannya...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-8-2015 08:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by elia201 at 24-8-2015 08:50 PM

Semasa mereka terdampar di kampung dulu, waktu ini Jie dan Shahrul masih leka berbual. Bercerita tentang masa silam.Bergurau senda berdua. Kini, semua itu hanya tinggal kenangan. Terpaksa berdepan realiti mereka memiliki kehidupan berbeza yang harus dijalani.

Apapun, Shahrul tetap rasa bertuah kerana berpeluang merasai hidup bersama Jie.

"Bro, can I come in ?"

Satu ketukan kedengaran dari arah luar. Shahrul menyahut memberi izin masuk.

Serentak itu, wajah  Azim terpacul dimuka pintu. Melangkah menghampiri Shahrul.

"I tahu you tengah stress sekarang.. Rileks bro ! I percayakan you dengan Najiha.."

Azim perasan Shahrul nampak kusut. Berbeza dengan perwatakan sebenar Shahrul yang gila gila. Kasihan melihat abang sulungnya.

"Bukan pasal tu , Azim.."

Shahrul mengeluh.

"I tak ready nak jadi suami orang.."

Terluah jua segala yang terbuku. Masih banyak lagi impian ingin Shahrul kecapi sebelum menamatkan zaman bujang.

Atau mungkin ada seseorang membuat Shahrul berat hati. Entahlah.. Keliru dengan kehendak sendiri.

Azim gelak. Kelakar pula melihat wajah kelat Shahrul.  

Rupanya, keputusan Papa dan Mama menetapkan tarikh perkahwinan Lily dan Shahrul membuat Shahrul jadi 'monyok' sebegini. Macam kena kahwin paksa saja. Sedangkan Shahrul dan Lily sudah tiga tahun menyulam kasih.Takutkan komitmen barangkali. Azim meneka.

"Chill bro ! Kahwin ini best sebenarnya.. Ada orang teman you tidur, jaga makan pakai you dan paling best you ada tempat bermanja.." Terpancar riak gembira di wajah Azim. Bahagia melayari hidup bersama Juwita. Berdoa cinta suci mereka diserikan dengan kehadiran cahaya mata.

"Mentang mentang you dah kahwin.." Shahrul mengusik. " Cepat cepatlah bagi I anak saudara.." Diri memang sukakan kanak kanak. Pasti meriah jika Azim memiliki anak kelak.

Azim hanya tersenyum mendengar.

"Congrats bro ! I doakan you dengan Juwita kekal sampai ke syurga.." Shahrul terusik melihat kebahagiaan Azim. Mungkin rezeki Azim. Ternyata kehadiran Juwita mampu mengubah Azim ke arah lebih baik.

"Thanks Bro !" Azim senang dengan ucapan dari Shahrul.

"I pun doakan you dengan Lily bahagia berdua ! Elok you cepat cepat kahwin sebelum Zin pulak yang 'langkah bendul' you.."

Azim bergurau. Menyakat Shahrul yang masih muram.

Merujuk kepada adik bongsu mereka, Shahrul Hadzrin yang baru menamatkan pengajian dalam bidang teknologi maklumat di UK.

"Insya Allah !"

Wajah Lily bermain difikiran. Shahrul pasrah jika itulah jodohnya. Mungkin mereka memang ditakdirkan bersama.

Tetapi, jauh disudut hati Shahrul sedar ada satu nama lain bertahta...

Najiha !


Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2015 10:49 AM | Show all posts
Azim pun kawen dgn janda...apa salahnya shahrul pun pilih janda...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-8-2015 08:45 PM | Show all posts
Edited by elia201 at 25-8-2015 09:35 PM

Jie redha dan memaksa diri bertabah walau badan masih lemah. Enggan membuat Dato' Hanafi dan Maznah risau. Air mata seboleh mungkin ditahan dari jatuh. Dugaan melanda lagi.

Bagi menyelamatkan nyawa Jie dan bayi dalam kandungannya, pembedahan terpaksa dilakukan. Bayi Jie dilahirkan tidak cukup bulan.

Berjantinakan lelaki dan perempuan. Kembar sepasang yang menjadi idaman Jie sejak dulu.

Manakala Zack pula kepingin anak perempuan. Memang impian mereka terlaksana. Malangnya kedua bayi kini dimasukkan ke dalam inkubator dan perlu dipantau lanjut untuk mengelakkan sebarang risiko kelahiran pra matang.

"Doktor tengah monitor bayi bayi you.. You berehat dulu ! Jangan risau ok !"

Zulkarnain lega Jie selamat. Cuma khuatirkan bayi bayi Jie. Bersaiz kecil dan mungkin mengalami masalah bernafas lantaran pembentukan paru paru yang belum sempurna. Pernafasan kini bergantung pada ventilator.

"I nak tengok anak anak I, Zul.."

Jie cuba bangun. Gagal menggerakkan tubuh. Lemah longlai.

"Kejap lagi I bawa you tengok baby.."

Zulkarnain memberi janji. Mengusap bahu Jie supaya berbaring semula. Simpati melihat Jie.

Jie hanya akur kehendak Zulkarnain. Merebahkan diri semula sebelum terlena.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-8-2015 11:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by elia201 at 27-8-2015 04:28 PM

Zack mundar mandir dari tadi. Menunggu Zulkarnain keluar dari wad Jie ditempatkan. Terpaksa bersembunyi kerana takut terserempak dengan Dato' Hanafi maupun Viana. Malas mahu bertekak. Maka menjadi penunggu setia di hospital sedari beberapa jam yang lalu. Bimbangkan Jie. Berdegil untuk tidak pulang walau dihalau oleh Daddy dan Viana tadi.

Demi terpandangkan kelibat Zulkarnain, Zack terus saja menghampiri. Hati melonjak untuk tahu keadaan Jie.

"Zul.. Macam mana keadaan isteri I?" Zack melangkah laju menyaingi Zulkarnain.

"Dia masih lemah ! Jangan sesekali ganggu Jiha !"

Zulkarnain memberi amaran keras. Menolak kasar tubuh Zack.

Lantas meninggalkan saja Zack termangu sendirian. Pesanan dari Daddy dan Viana supaya tidak membenarkan Zack menghampiri Jie atau bayi mereka dipegang erat.


Kalau saja mereka berada diluar kawasan hospital, Zulkarnain pasti akan membelasah Zack selunyainya kerana menyakiti Jie.  Menyesal memujuk Dato' Hanafi merestui hasrat Zack untuk memperisterikan Jie dulu.

Zack sudah menduga reaksi dingin Zulkarnain. Buntu untuk memikir. Berpatah balik ke arah wad. Zack tidak kisah jika dihalau lagi. Segala risiko rela ditanggung demi menemui Jie.  

Meninjau persekitaran sekeliling. Zack nekad memulas tombol pintu untuk masuk melihat sendiri keadaan Jie. Melangkah masuk pelahan lahan. Terpandangkan Jie sedang lena. Tiada sesiapa menemani disisi. Peluang keemasan untuk Zack mendekati isterinya.

Sayu melihat Jie dengan tiub berselirat di tangan. Menyesal dengan tindakan siang tadi. Air mata mengalir. Zack kalah dengan perasaan sendiri. Hingga kini masih terbayang riak wajah sedih Jie diruang mata.

"I minta maaf.. I sepatutnya dengar penjelasan you.."

Berharap agar Jie sudi mendengar dan memaafkan kesilapan diri.

Namun, mata Jie masih terpejam erat. Raut wajah tenang. Kehadiran Zack tidak membuatkan  tidur Jie terganggu.

Spontan, jari jemari mengusap rambut ikal Jie. Mengelus lembut dipipi. Menatap Jie lama. Terbayang saat indah dulu. Bukan mudah untuk Zack memiliki Jie. Menunggu bertahun untuk dapat bersama.

Satu satunya wanita yang membuat hidup Zack tak keruan sejak kali pertama bersua. Cinta sejati dalam diri. Mustahil untuk Zack melepaskan Jie berlalu pergi. Kesal dengan tindakan siang tadi.

"You?!"

Benci dengan kehadiran suaminya. Menepis sentuhan tangan Zack.

Zack hanyut dibuai kenangan. Terkesima melihat Jie terjaga dari lena dan merenung tajam ke arahnya.

"Buat apa you datang sini ?!"

Jie mencapai bantal lalu dibaling tepat ke arah Zack. Menghalau.

"Baby please ! I minta maaf.. I tahu I sakiti you.. Maafkan I !" Zack cuba mengelak dari terkena balingan. Berusaha memohon kemaafan dari Jie.

"You tau tak selama ini I percaya I buat pilihan tepat bila I kahwini you.. Tapi sekarang I sedar.. You kesilapan terbesar dalam hidup I ! Cinta I pada you dah berakhir sejak you tergamak halau I tadi.."

Pedih dirasakan dalam hati sewaktu bertutur begitu. Jie sudah serik disakiti. Andai ditakdirkan rumahtangga yang dibina berkecaian, Jie akur. Anggap saja jodoh mereka tiada.

Zack pilu. Bibir terketar untuk berbicara lantaran sebak. Pengakuan Jie meruntuhkan seluruh semangat. Lantas membuat diri lemah longlai. Rasa ingin mati. Memandang sayu ke arah Jie.

"Mungkin you dah tak cintakan I.. Tapi I tetap cintakan you ! At least bagi I peluang terakhir.. Demi anak anak kita !"

Kalau perlu Zack rela melutut merayu untuk sebuah kemaafan.

"Perempuan kotor macam I tak layak untuk lelaki sebaik you... Just leave me alone , Zack ! "

Air mata Jie berjuraian jatuh. Masih terkenang kata kata nista Tengku Safiah. Pandangan serong Tan Sri Isa.

"Baby.." Zack sebak. Bicara tersekat. Mencuba memeluk Jie yang sedang duduk di atas katil.

"You baliklah ! I tak nak tengok muka you dekat sini lagi !"

Jie segera meronta ronta untuk melepaskan diri dari pelukan Zack. Menumbuk bertalu talu tubuh suaminya. Melepaskan kemarahan terpendam. Ingin mengusir Zack supaya pergi dari sisi.

Zack hanya membiarkan saja pelakuan Jie. Rela disakiti asal Jie sudi memaafkan dirinya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-8-2015 01:00 AM | Show all posts
Edited by elia201 at 29-8-2015 10:02 PM

Zulkarnain berpatah balik ke wad untuk menemani Jie semula. Agak terkejut melihat keributan yang melanda. Jie dilihat menengking dan membaling barang ke arah Zack. Bilik berselerakan. Air mata merembes dipipi Jie.

"Zul..."

Jie segera menyeru nama Zulkarnain apabila melihat kelibat lelaki itu.

"I benci tengok muka dia ! Suruh dia pergi dari sini !"

Persis anak kecil Jie menangis meminta Zulkarnain memenuhi permintaanya.

"I think you better go ! Jiha tak nak jumpa you !"

Buat masa sekarang Zulkarnain sangat menitikberatkan perasaan Jie. Menarik kasar Zack supaya berlalu.

Zack tetap berkeras untuk berada disini. Masih setia disamping Jie. Enggan berganjak.

Untuk memastikan emosi Jie tidak terganggu, Zulkarnain menghampiri Jie berusaha menenangkan. Disamping, memujuk Jie yang kesedihan.

Jie pantas memeluk erat tubuh Zulkarnain. Sedu sedan kedengaran. Merayu Zulkarnain supaya meminta Zack berlalu.

Entah kenapa Zack rasa tersisih melihat perlakuan Jie. Tidak sudi langsung menatap wajah Zack. Mungkin benar cinta Jie sudah mati seperti terucap tadi.

Malah, Jie beriya menolak dari berada dalam dakapannya yang masih sah bergelar suami. Sayu melihat Jie lebih memilih untuk memeluk erat tubuh Zulkarnain sedangkan dirinya berada didepan mata.

Lantaran tidak sanggup lagi menahan gejolak didada , Zack mengatur langkah untuk pergi. Membawa hati lara.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-8-2015 01:12 AM | Show all posts
Edited by elia201 at 26-8-2015 01:37 AM

"Anak anak Mommy kena kuat ! Mommy akan selalu ada untuk kalian.."

Air mata merembes laju. Sedih melihat keadaan bayi miliknya. Berselirat wayar diseluruh badan. Terlalu kecil untuk menanggung penderitaan hidup didunia ini.

Zulkarnain disisi menyentuh bahu Jie. Menenangkan. Dalam masa yang sama berusaha memberi semangat. Sedih mengenang nasib kedua bayi Jie.

"I nak pegang anak I boleh tak, Zul?"

Jie meminta izin. Hanya mampu melihat disebalik dinding kaca. Kepingin mendakap zuriat sendiri. Menyusukan kembar sepasang miliknya.

"Boleh.. Nanti I minta nurse tolong... You tunggu dekat sini dulu.."

Zulkarnain terus berlalu meninggalkan Jie bersendirian duduk di atas kerusi roda.

Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2015 09:55 AM From the mobile phone | Show all posts
:zz n3 dimana...n3 n3 dimana?...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-8-2015 09:57 PM | Show all posts
Edited by elia201 at 2-9-2015 10:29 PM

Seronok dapat menyentuh bayi bayinya. Mata ralit menatap wajah suci yang baru saja menjenguk dunia. Mirip Zack. Bentuk muka, hidung dan bibir saling tak tumpah macam Daddy mereka. Sayu memikirkan kelahiran anak anak ini pada masa rumahtangga Jie dan Zack berkocakan. Andai perpisahan terjadi antara mereka, Jie redha. Sedaya upaya akan berusaha keras membesarkan anak anaknya tanpa seorang insan bergelar suami.

"Daddy dah tak sayang Mommy lagi.. Mungkin Daddy takkan ada dengan kita.. Tapi anak Mommy jangan risau ! Mommy akan pastikan anak anak Mommy tak kurang kasih sayang.."  

Jie mencium pelahan dahi si kecil. Air mata sudah kering dipipi. Cinta bukan lagi keutamaan. Hati lebih merisaukan keadaan kembar sepasang yang berada didepan mata. Berdoa agar kedua anak kecilnya kekal hidup dan membesar sempurna.

"Baby.. I tak pernah cakap I dah tak sayangkan you .. I tetap cintakan you !"

Gagal mengawal perasaan, Zack memunculkan diri didepan Jie. Bosan menghendap dari tadi.

Berkat pertolongan jururawat bertugas, Zack berjaya masuk ke sini menemui Jie. Sedari tadi hanya memerhatikan Jie dan Zulkarnain dari jauh. Mata beralih ke arah bayi ditangan Jie. Teruja melihat Jie mendukung bayi mereka.

"Anak kita.." Zack senyum.

Lantas mendekati Jie. Mata bersinar gembira. Kepingin menyentuh zuriatnya.

"Anak kita girl ke boy, Baby?"

Zack masih belum dimaklumkan tentang bayi kedua mereka yang merupakan sepasang kembar.

" Dua dua." Jie menjawab endah tak endah. Malas mempedulikan Zack.

Namun, Jie sedar Zack punya hak untuk tahu memandangkan kembar itu adalah darah dagingnya juga.

"Kembar again?! Sepasang?!"

Mata meliar mencari tag yang tertulis nama penuh Jie sebagai ibu. Jumpa ! Tahulah Zack itu adalah lagi seorang bayi milik mereka.

Spontan Zack memeluk erat tubuh Jie dari belakang. Mencium pipi isterinya.

Jie tak sempat menepis. Hanya menjeling tanda protes. Menjauhkan jarak antara mereka. Masih menyusui bayi dalam pelukannya.

"I minta maaf, Baby.. I meragui you ! I takkan ulang lagi.. I janji !" Mengangkat tangan tanda berikrar. Tiada reaksi dari Jie.

Zack sedar dirinya bersalah. Termakan hasutan dan fitnah walau pernah berjanji tidak akan mengulangi kesilapan Rayyan.

"Anak kita tak cukup bulan, kan?" Zack menyoal.

Mengikut perkiraan awal bayi mereka dijangka lahir dua bulan lagi. Bukan sekarang. Memandang ke arah Jie untuk kepastian.

Jie hanya angguk. Masih enggan mempedulikan Zack.

"Bagi I peluang terakhir, Baby ! Kita besarkan anak anak kita bersama sama.. I akan pastikan bayi kita membesar sempurna walau lahir pra matang.. Please Baby !" Zack mencuba memujuk lagi. Mengharap Jie melupakan segala khilaf.

"Hati I dah tawar, Zack.." Satu keluhan terluah oleh Jie.


"I tak sangka you sanggup halau I tadi.. I rendahkan diri untuk jumpa you.. Merayu pada you.. Demi cinta I pada you..Tapi apa yang you balas pada I?"

Jie masih leka mengulit bayi. Mengelak dari terkenang peristiwa sedih tadi.

"You tetap Daddy anak anak I walau you bukan lagi suami I !"

Riak wajah Jie kekal tenang sewaktu menutur begitu.

"Baby.. Takkanlah.."

Lidah Zack kelu.

"Semudah itu ke cinta you pada I hilang.."

Air mata lelaki Zack jatuh menitik. Biarlah diri dianggap lembik, Zack sudah tidak peduli.

"Please Baby.. I admit salah I ! Mana mana suami pun ditempat I akan bertindak bodoh macam I tadi kalau tengok gambar gambar you dengan Shahrul..I tahu I emosi ! Tolonglah Baby !  I tak nak kehilangan you lagi..Jangan tinggalkan I !!"

Zack melutut dihadapan Jie. Beriya menangis inginkan kemaafan. Merayu agar Jie masih sudi menemani disisi sebagai isteri.

"Sekarang ini bukan pasal kita berdua saja , Zack.. Daddy I tak boleh terima perbuatan Papa dan Mama you.. Tindakan you sendiri.. I lebih rela kita berpisah dari keluarga kita bermusuhan.. Ceraikan I, Zack ! Anggap jodoh kita dah tak ada.."

Jie tahu mudah berkata kata dari melakukan. Sementelah Zack masih lagi dicintai. Cuma kekecewaan membuat Jie tega melupakan semua kenangan indah dulu.

"You boleh minta nyawa I sekalipun.. Tapi tolong jangan minta I ceraikan you !" Zack meratap pilu. Tunduk menyesal. Sukar menerima hakikat perkahwinan mereka kini diambang kehancuran.

Namun, masih enggan berputus asa memujuk isterinya. Zack bangkit semula. Memeluk tubuh Jie.

"Bagi I spend time dengan you dan anak anak kita dulu.. I janji akan pujuk Daddy.. Then I usahakan pujuk Mama dan Papa minta maaf pada Daddy you !"

Satu idea terbit. Zack merenung ke dalam mata Jie. Berharap permintaan dipenuhi.

"Suka hati you lah ! I dah penat dengan semua ni , Zack.." Jie tidak mahu bertekak lagi.

Malas memanjangkan perbualan antara mereka, Jie ingin  meletakkan bayinya semula ke dalam inkubator. Memanggil juru rawat untuk membantu.

Lantas, memusing roda kerusi. Jie mahu pulang semula ke wad. Jururawat cuba menghulurkan pertolongan untuk menolak Jie ke bilik tetapi dihalang oleh Zack.

"Bagi I peluang jaga you... I dah terlepas banyak masa untuk bersama you.."

Zack pantas berkata begitu sebelum Jie sempat bersuara.

Takdir menentukan mereka berpisah sepanjang Jie mengandungkan anak kedua. Lebih tiga bulan Zack hampir sasau hidup tanpa Jie. Biarlah Jie membenci dirinya sekarang, Zack rela asal Jie tetap berada didepan mata.




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-8-2015 10:38 PM | Show all posts
Edited by elia201 at 6-9-2015 09:09 AM

Bab 69

Shahrul berdebar. Baru beberapa bulan terpisah dengan Lily rasa janggal berduaan sekarang. Grilled chicken yang terhidang di atas meja gagal membuat tekak berselera. Meneguk jus tembikai. Tingkah kalut berdepan tunang sendiri.

"Abang, kenapa ini?"

Lily hairan melihat Shahrul seperti cacing kepanasan. Gelisah dari mula bersua muka. Selalunya Shahrul gemar berjenaka.

"Erm..err Abang macam tak sihat.. Pening! Cuaca panas terik sekarang.." Shahrul segera beralasan.

Pantas Shahrul mencapai gelas berisi jus tembikai. Menyedut air bagi menyembunyikan kegugupan.

Serentak terbayangkan saat Mak Dara menghidangkan jus tembikai segar sewaktu dikampung. Shahrul dan Jie terpikat dengan keenakan dan keaslian rasa jus yang terhidang. Teringatkan Jie, serta merta Shahrul tersenyum lebar.

Itulah kali pertama mereka berkongsi minuman berdua. Mengikut kata Mak Dara. Suami isteri lebih molek berkongsi makanan dan minuman. Merapatkan hubungan dan kemesraan.

"Abang ok ke tak ni?"Lily risau melihat Shahrul.

Macam orang dah tak betul saja.. Mengutuk tunangnya dalam hati. Lily perasan Shahrul banyak mengelamun.

Shahrul tersentak. Kembali ke alam nyata.

"Abang sebenarnya ada sesuatu nak bagitahu Lily.." Shahrul keberatan untuk menyuarakan hasrat hati.

"Pasal apa?" Lily ingin tahu.

"Pasal tarikh nikah kita.." Shahrul diam sejenak.

" Abang nak minta tangguh dulu ! Abang takut tak sempat nak buat persiapan.. Rush nanti !"

Hanya itu alasan paling sesuai dirasakan Shahrul.

"Mama dengan Papa abang kata mereka akan aturkan semua.. Dewan, kad kahwin dan butik.. Abang tak payah buat apa apa pun ! Abang jangan risaulah.."

Ibu dan Ayah juga membantu Lily membuat persiapan. Jadi tiada yang perlu Shahrul khuatirkan.

"Ini perkahwinan, Lily.. Abang kalau boleh nak buat yang terbaik.. Abang tak sukalah rushing macam ni.."

Shahrul memang sudah mati akal untuk menangguhkan perkahwinan mereka. Malang nasibnya kerana Lily juga bersetuju dengan rancangan Mama dan Papa.

"Abang tak suka rushing ke atau abang memang tak nak kahwin dengan Lily?!"

Mata Lily berkaca. Sebak. Sudahlah hati curiga melihat gambar gambar mesra Shahrul disisi isteri orang.

Kini, bila Shahrul meminta menangguhkan perkahwinan mereka, Lily dapat merasa cinta Shahrul mungkin sudah berubah arah.

"Apa Lily mengarut ni?!" Shahrul terpana seketika.

"Kalau abang cintakan Lily, kita kahwin hujung bulan ni ! Kalau abang nak tangguhkan lagi, Lily nak kita putus tunang !!"

Lily sekadar menduga. Cukuplah selama ini Shahrul memberi alasan untuk melewatkan pernikahan antara mereka. Lily sudah jemu bermain tarik tali !

"Baiklah kalau itu yang Lily nak.. Abang ikut sahaja.."

Shahrul agak kecewa dengan perilaku Lily. Agak mendesak supaya hubungan mereka diakhiri dengan perkahwinan. Masih  berlagak biasa. Menyeluk saku lalu mengeluarkan sebentuk cincin. Mama meminta supaya diberikan kepada bakal isterinya. Tanda lamaran. Cincin masih dalam genggaman. Shahrul berat hati.

"Terimalah pemberian abang yang tak seberapa ini.. Abang tahu abang salah sebab selalu menangguhkan perkahwinan kita.." Shahrul menyentuh jari jemari Lily. Memujuk. Malangnya, Lily menolak. Menarik muka masam.

Shahrul menghela nafas berat. Kalaulah dihadapan ini adalah Najiha.. Pasti lidah takkan sekelu ini..

"Marry me please?" Terpacul juga ayat itu dari mulut Shahrul. Tunduk melutut untuk mengambil hati si gadis.

Entah kenapa wajah Lily berubah menjadi Jie sedang tersenyum manja kini didepan mata. Shahrul keliru.






Dato' Hanafi mencium dahi anak bongsunya. Jie kelihatan semakin sihat setelah beberapa hari terlantar di hospital. Zack yang berada disitu tidak diendahkan.

Walau sedar menantunya sedaya upaya cuba mengambil hati, namun Dato' Hanafi enggan memaafkan. Tidak semudah itu Zack mampu memujuk hatinya yang terluka. Kata kata Zack mengenai Jie masih terngiang ngiang di cuping telinga. Tahu Zack bermalam dihospital untuk menemani Jie hampir setiap hari. Dato' Hanafi tak kuasa menghalang. Hanya ingin melihat sejauh mana kesungguhan Zack untuk mempertahankan rumahtangga dengan Jie. Sedalam mana cinta Zack yang kerap kali diucapkan. Adakah sekadar mainan manis bibir.

"Daddy nak cakap dengan anak Daddy.. Kamu keluarlah dulu.."

Dato' Hanafi ingin berdua dengan Jie. Ada hal penting perlu dibicarakan.  

Zack terpaksa akur arahan dari Dato' Hanafi.

"I tunggu dekat luar.. Nanti I temankan you balik.."

Zack berat hati untuk melangkah keluar. Terpaksa pergi jua demi menjaga hati Daddy mertuanya.

"Peguam Jie ada jumpa Daddy semalam.. Pasal tuntutan Rayyan.."
Dato' Hanafi lebih mengenali Shahrul sebagai peguam Jie.  Bercerita serba ringkas tentang butir bicara mereka semalam.

Semalam Shahrul ada bertemu Dato' Hanafi. Memberitahu perkembangan kes tuntutan Rayyan terhadap Jie. Memandangkan Jie dan Shahrul 'menghilang' dan Rayyan pula tidak mengambil sebarang tindakan lanjut lantaran kini Rayyan terbaring kemurungan maka hakim telah membatalkan segala tuntutan Rayyan.

Ini mengambil kira segala bukti dan hujah yang dikemukakan sewaktu perbicaraan masih berjalan. Bermakna Jie dan Zack kekal suami isteri sah melainkan Rayyan memfailkan tuntutan semula bagi mencabar keputusan mahkamah. Perintah injunksi antara Jie dan Zack juga terbatal dengan sendirinya.

Andai saja hubungan mereka masih seperti dulu, mungkin Jie menerima berita ini dengan penuh kegembiraan.

Namun, Jie bersyukur. Sekurang kurangnya status perkahwinan mereka tidak menjadi pertikaian lagi.

"Zack dah tahu pasal ini ke, Daddy?" Jie pelik kerana Zack hanya berdiam diri tentang kes perbicaraan mereka sepanjang menemani Jie.

"Daddy rasa dah.. Mesti peguam Rayyan ada update mereka.." Dato' Hanafi yakin besan dan menantunya pasti tahu keputusan mahkamah melibatkan tuntutan Rayyan.

Masakan tidak, besannya beriya iya mendesak Zack menceraikan Jie. Demi menjaga maruah keluarga kononnya.

"Shahrul nak jumpa Jie malam ini untuk bincang pasal penculik Jie.." Dato' Hanafi segera mengubah topik.

Itu adalah permintaan Shahrul. Dato' Hanafi sudah meminta bantuan Zulkarnain untuk mempertemukan mereka malam ini. Viana juga akan ada sekali. Baik untuk mengelakkan fitnah.








Lily tersenyum senang sedari pulang dari restoran tadi. Sesekali mata melirik ke arah pemandangan sekitar jalan. Shahrul sedang menumpukan perhatian kepada pemanduan. Keadaan jalan agak lengang.

Lamaran yang ditunggu sekian lama. Lily gembira. Akhirnya Shahrul menunaikan janji. Kurang sebulan lagi mereka bakal disatukan. Tidak sabar bergelar isteri kepada lelaki bernama Shahrul Hadzan itu.

Sempat membayangkan mereka hidup berdua. Menimang cahaya mata bersama. Alangkah indahnya semua anganan yang bermain difikiran Lily saat ini.

Manakala Shahrul hanya diam sedari tadi. Keliru dengan kemahuan diri. Menyakini cinta dalam hati sememangnya untuk Lily. Cuma bayang Jie muncul sesekali membuat Shahrul goyah. Nampaknya Shahrul terpaksa mengulang sejarah dulu. Perlu berusaha keras untuk melupakan Jie semula.

Shahrul memandu masuk simpang sebelum membelok ke kanan. Lalu berhenti di hadapan sebuah banglo tiga tingkat.

"Mama nak jumpa bakal menantu dia.. You sembang dengan Mama kejap tau.. I ada hal nak kena buat.."

Lily sudah biasa dengan keluarga Shahrul hanya akur. Membuka pintu kereta sebelum melangkah keluar. Melambai sejenak ke arah Shahrul.

Shahrul membalas lambaian Lily. Seketika kemudian memandu pergi. Sempat mencapai telefon bimbit dan mendail nombor Zulkarnain. Butang loudspeaker diaktifkan.

"Zul.. You dekat hospital lagi ke? I dah on the way.."
Sekadar mahukan kepastian. Shahrul perlu bertemu Zulkarnain. Ada maklumat penting ingin dikongsi.










Suasana banglo milik Dato' Hanafi diselubungi kemuraman. Kedatangan mengejut Tengku Azizah diiringi air mata. Baik Maznah maupun Dato' Hanafi menjadi pendengar setia.

Tengku Azizah berleter panjang memarahi anak dan menantunya. Tergamak Maznah menipu Tengku Azizah tentang keadaan Jie. Selama ini Tengku Azizah memikirkan Jie selamat berada disisi suami dan anak anak. Pulang semula ke kediaman sendiri sejak kali terakhir mereka bersua. Rupa rupanya, cucu bongsunya diculik dan terdampar di hutan.

Malah pernah juga disangka sudah mati !

Tambah merisaukan, Jie dimasukkan pula  ke hospital selepas itu kerana mengalami pendarahan teruk. Mujur, keadaan Jie dilaporkan stabil. Hanya cicit cicitnya sahaja masih ditahan dihospital untuk pemantauan lanjut. Dapatlah Tengku Azizah menarik nafas lega. Buat sementara waktu.

"Maz cuma tak nak Bonda khuatir.. Nanti Bonda jatuh sakit ! Macam macam jadi kebelakangan ini.. Maz minta maaf.."

Maznah serba salah. Segala yang berlaku terhadap Jie dirahsiakan daripada pengetahuan Tengku Azizah.
Hubungan mereka memang tidak erat seperti anak beranak lazimnya. Semua kerana Maznah bertekad untuk memilih Hanafi sebagai suami. Sedangkan Tengku Azizah mempunyai pilihan lain untuk dirinya.


"Macam mana kalau Nur betul betul mati?! Bonda tak dapat tengok mayat cucu sendiri.. Sampai hati Maz dengan Fie sisihkan Bonda.."

Air mata mengalir dipipi tua Tengku Azizah. Anak tunggal dan menantunya memang melampau ! Tega merahsiakan perihal cucu kesayangannya.

"Fie, minta maaf Bonda ! Fie janji takkan buat lagi.." Dato' Hanafi cuba memujuk bonda mertuanya.

"Maz pun sama.. Sekarang dah malam.. Esok kita melawat Nur ye Bonda.."

Maznah pula memujuk. Memeluk erat tubuh Tengku Azizah.

"Bonda cuma ada dua cucu, Maz.. Ana dengan Nur..  Apa apa jadi pada mereka Bonda boleh mati.. Bonda nak jumpa Nur sekarang !"

Tengku Azizah berdegil. Menyeka air mata dipipi. Pilu bertandang. Bersyukur cucu saudaranya memberitahu kebenaran tentang Jie.







"Dr Iskandar Zulkarnain?"

Satu suara menyapa dimuka pintu. Zulkarnain berpaling. Terkejut melihat wajah dihadapan mata.

"Hafiz?!"

Zulkarnain terpaku menerima lawatan tiba tiba dari Ku Iz.

" Aku dengar cerita Jiha masih hidup ! Sekarang admitted hospital.. Aku ingat nak melawat dia. Aku call Zack tak dapat dapat.. So aku carilah kau.. Mesti kau tahu Jiha duduk wad mana, kan?" Tanpa dipelawa Ku Iz mengambil tempat duduk dihadapan Zulkarnain.

" Keadaan Jiha masih tak stabil.. May be kau datang lain kali saja.."

Pantas saja Zulkarnain menolak. Pasti Jie sendiri tidak selesa bertemu Ku Iz.

"Please Zul ! Aku nak jumpa dia.. Sekejap pun tak apa.."

Ku Iz terpaksa merayu. Mengharap pengertian dari Zulkarnain.

Walau Ku Iz tidak membesarkan pergaduhan antara mereka tempoh hari, namun hubungan dengan Zulkarnain tetap dingin. Sukar melembutkan hati Zulkarnain.

Sebelum sempat Zulkarnain menjawab seorang lelaki muncul membawa Beretta 92 ditangan. Pistol diacu tepat ke arah Zulkarnain.

"Taufik?! Kau dah gila ke?!"

Ku Iz separuh menjerit. Tidak menduga kemunculan Taufik disini.

"Kau jangan masuk campur urusan aku ! Aku dibayar untuk pastikan dia mati  !"

Taufik menembak rambang ke arah Ku Iz memberi amaran. Tembakan mengena.

Zulkarnain tergamam melihat Ku Iz rebah. Darah pekat mengalir..










Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 06:53 AM GMT+8 , Processed in 0.081559 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list