View: 1784|Reply: 13
|
[Tempatan]
Warga Indonesia, Myanmar paling bermasalah
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR : Rakyat Indonesia dan Myanmar adalah antara warga asing yang paling banyak mendatangkan masalah di negara ini, termasuk yang tertinggi ditahan pihak berkuasa.
Berdasarkan rekod Polis Diraja Malaysia (PDRM) antara Januari hingga Ogos tahun ini, seramai 5,045 warga asing dari Indonesia serta 1,789 orang dari Myanmar, ditahan.
Mereka yang ditahan terbabit dalam pelbagai kegiatan jenayah kekerasan termasuk membunuh, rogol, samun tanpa atau dengan senjata serta tindakan mencederakan.
Bagi jumlah tahanan keseluruhan warga asing pula, untuk rekod tahun lalu saja, seramai 147,062 pendatang dari pelbagai negara ditahan
Biarpun jumlah itu menurun berbanding dua tahun sebelumnya iaitu 153,669 orang (2012) serta 166,295 pada 2011, namun ia masih mencatatkan jumlah tinggi.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Ancaman Ekstremis Sosial, Cawangan Khas PDRM, Senior Asisten Komisioner (SAC), Datuk Mohd Sofian Md Makinuddin berkata angka itu nyata membimbangkan dan boleh memberi risiko kepada keselamatan negara.
Justeru katanya, bagi mengatasi risiko itu, bukan saja memerlukan pemantauan bersepadu pihak berkuasa di pintu masuk negara, malah ketegasan pihak keselamatan itu sendiri dalam mengekang kemasukannya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas tamat membentangkan kertas kerja sesi diskusi ketiga sempena Persidangan Majlis Profesor Negara (MPN) 2014 : Dilema Negara, Isu dan Cabaran Pekerja Asing di Malaysia di sini, hari ini.
Terdahulu ketika menyampaikan pembentangan kertas kerjanya pada persidangan itu, Mohd Sofian berkata antara penyebab kepada kebanjiran pendatang asing tanpa izin (PATI) adalah sikap penguatkuasa negara ini yang mudah disogok.
Katanya, laluan pintu masuk utama negara sama ada di sempadan mahupun di lapangan terbang dilihat menjadi antara lokasi utama kemasukan PATI itu berlaku.
"Kegagalan ini berlaku di peringkat 'ground' lagi.. contoh di pintu sempadan. Adakalanya dasar yang digubal kerajaan cukup ketat, tapi bila sampai peringkat pelaksanaan, ia sering gagal," katanya
hantaq balik jaaaaaaa geng2 indon dan miangmar ni!! hobi depa berbunuhan sesama sendiri dan merompak |
|
|
|
|
|
|
|
Warga Myanmar dalangi kemasukan rakyat mereka ke Malaysia
BUKIT KAYU HITAM: Sebanyak 76 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar ditahan Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) Kedah di sebuah rumah kosong di Kampung Padang Satu di sini, pagi tadi.
Tangkapan dilakukan 11 anggota risik UPP Bukit Kayu Hitam kira-kira jam 9 pagi selepas menerima maklumat daripada orang awam yang melihat sekumpulan warga asing dalam rumah berkenaan.
Timbalan Komander (Operasi) UPP Kedah, Noor Mohamed Shaik Alauddin berkata hasil pemeriksaan kemudiannya mendapati 65 PATI lelaki serta tujuh wanita tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan sah sementara empat lagi memiliki dokumen perjalanan tamat tempoh.
Beliau berkata, kesemua PATI berumur antara 17 hingga 61 tahun itu dipercayai dibawa dari Johor Baharu, Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Kulim yang dikumpulkan sindiket didalangi seorang warga Myanmar yang lama tinggal lama di negara ni
Setiap PATI dilapor dikenakan bayaran antara RM500 hingga RM950 untuk proses penyeludupan keluar dari negara ini, tambahnya.
"Rata-rata PATI tinggal di negara ini antara dua hingga tiga tahun secara tidak sah. Mereka takut dan mahu keluar dari negara ini selepas pihak berkuasa membanteras PATI habis-habisan," katanya pada sidang media di Pejabat UPP Bukit Kayu Hitam di sini, hari ini.
Noor Mohamed berkata, semua PATI itu dipercayai berkumpul di rumah kosong itu sejak malam tadi selepas mereka diambil oleh sindiket di Changlun, dengan menaiki bas sebelum dibawa ke lorong tikus untuk memasuki Thailand.
Beliau berkata mereka ditahan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63(Pindaan 2002) dan mengikut Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002) kerana tinggal lebih masa di negara ini.
Katanya, kes akan diserahkan kepada Jabatan Imigresen Malaysia untuk tindakan lanjut dan Noor Mohamed berkata sejak 1 Januari hingga kini, seramai 274 PATI ditahan di Kedah dan sebahagian besarnya adalah warga Myanmar.
Katanya, trend kemasukan PATI ke negara ini disebabkan berlakunya kekacauan di negara mereka yang memaksa mereka keluar dari negara itu. "UPP bersama agensi penguatkuasa lain akan bekerja keras dalam memastikan tidak ada PATI yang dapat masuk ke negara ini dengan pemantauan di pintu sempadan dan di lorong-lorong tikus," katanya.
- BERNAMA
glamer betul geng2 miangmar hari ni...dua kali masuk berita nooooo |
|
|
|
|
|
|
|
Geng Nora Danish |
|
|
|
|
|
|
|
heheh jonidep..aku minat kat dia ni |
|
|
|
|
|
|
|
Bior la rakyat mulaysia kan baik tlg bg duit tanggungberak cangkung dlm jel lg |
|
|
|
|
|
|
|
Depa makin lupa asal usul diri bila dah berada di Malaysia. ...buat undang2 mcm negara asal. ..malah merasa negara ni macam negara depa dan tak takut pada undang2 dan masyarakat tempatan. .... |
|
|
|
|
|
|
|
JohnyDepp posted on 17-12-2014 07:20 AM
cer teka yg mana satu myanmar mari (hint: ada 2 myanmar disitu)
tak offtopic okay...ni thr ...
hodoh sungguh pompuan paling kanan.. dari bentuk badan, rambut, pakaian termasuk lah pose..
|
|
|
|
|
|
|
|
Terdahulu ketika menyampaikan pembentangan kertas kerjanya pada persidangan itu, Mohd Sofian berkata antara penyebab kepada kebanjiran pendatang asing tanpa izin (PATI) adalah sikap penguatkuasa negara ini yang mudah disogok.
ehem mcm menyindir jabatan lg satu tu je hari tu bukan dah nafi ke? |
|
|
|
|
|
|
|
myanmar nak lari balik sebab takut operasi PATI pihak berkuasa Malaysia??? ... oh please ... |
|
|
|
|
|
|
|
JohnyDepp posted on 17-12-2014 07:20 AM
cer teka yg mana satu myanmar mari (hint: ada 2 myanmar disitu)
tak offtopic okay...ni thr ...
Boleh nmpk bikini... Haish...coverina pki bju labuh..
Tu pon mati2 peminat sanjung....pompuan teraniaya... |
|
|
|
|
|
|
|
mmg pun orang dr dua negara tu yg paling kasi masalah. tgk la kes potong2 orang kat penang tu. rompak pun banyak geng negara sebelah. agaknya kes buang bayi pun banyak org depa yg buat. |
|
|
|
|
|
|
|
ingat prc yg selalu bermasalah sbb pihak berkuasa suka serbu kelab2 mlm...
dpt ayam free mlm2... |
|
|
|
|
|
|
| |
|