View: 9991|Reply: 5
|
[Tempatan]
‘Beli Rumah, Tapi Macam Masuk Gym’ – Reka Bentuk Pangsapuri DI BSP Dikritik Netizen
[Copy link]
|
|
Baru-baru ini, sebuah projek pangsapuri yang dikenali sebagai Pangsapuri Idaman BSP di Bandar Saujana Putra menjadi tular di media sosial.
Dengan harga mampu milik bermula RM234,000 untuk unit seluas 1022 kaki persegi, projek ini kelihatan menarik pada awalnya.
Tetapi, rupa bentuk rekaannya yang unik – panjang melintang seperti “barisan kereta api” – telah mencetuskan pelbagai persoalan di kalangan netizen.
Salah satu keluhan utama yang muncul dalam komen adalah isu tempat letak kereta yang jauh daripada unit penghuni, terutamanya untuk penghuni yang berada di hujung blok.
Ada yang bergurau, tinggal di Pangsapuri Idaman BSP boleh “kurus dalam sebulan” kerana jarak berjalan kaki dari tempat letak kereta ke unit kediaman boleh jadi jauh.
Namun, ada yang menangkis dakwaan ini dengan menjelaskan bahawa setiap unit disediakan dua tempat letak kereta: satu di tempat letak kereta bertingkat, dan satu lagi di luar bangunan.
Seorang pengguna Facebook turut mempersoalkan rasional di sebalik reka bentuk bangunan ini. Antara spekulasinya termasuk:
Adakah ini disebabkan syarat tanah yang panjang tetapi sempit? Adakah ia rekaan paling menjimatkan untuk pemaju? Adakah pembeli tidak sedar mengenai isu rekaan ini semasa membuat tempahan?
Persoalan-persoalan ini menimbulkan perbincangan di kalangan orang ramai, yang mana ada yang menyalahkan pemaju kerana tidak mengambil kira keselesaan pembeli.
Menariknya, pangsapuri ini dijual dengan nilai pasaran sekitar RM300,000 walaupun harga asalnya hanya RM234,000.
Bagaimanapun, terdapat laporan bahawa projek ini sudah mula dilelong, walaupun ia baru siap.
Hal ini menimbulkan tanda tanya besar: Adakah projek ini terlalu “viral” sehingga pembeli tidak melakukan kajian terperinci sebelum membeli?
Pelbagai komen di media sosial, ada yang menyokong dan menganggap harga mampu milik ini sesuai untuk keluarga muda yang baru ingin memiliki rumah sendiri.
Namun, ramai yang menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap isu jarak dan kemudahan.
Seorang pengguna menulis, “Parking bertingkat pun jauh. Kalau macam ni, lebih baik beli rumah landed yang dekat dengan kereta.”
Yang lain pula menyatakan, “Kalau untuk harga macam ni, berbaloi asalkan tahu cabaran sebelum pindah.”
Sumber ; The Vocket
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Memekak tak tahu bersyukur. |
|
|
|
|
|
|
|
Yg komen2 tu penduduk kat situ ke? Jenis kalau boleh hantar/ambil anak sekolah nak kena park depan2 gate, gi kedai nak kena park sampai cam nak masuk kedai dgn keta2 sekali, jenis yg nak makan sendiri pun malas kena org letak depan muka. |
|
|
|
|
|
|
|
Biarlah diorg nk beli rumah kt sini.
Komen2 negatif akan buat penghuni kt sini down
dan malu lak.
Sebab rasa mcm salah beli rumah.
Huhu |
|
|
|
|
|
|
|
yg paling tak menahan playground dia kat ceruk jauh ke tepi tapi okla pemaju siap bagi aircond kan, bila selalu lalu highway situ nmpk aircond dah terpasang walaupun tak ada org masuk lagi.
.
Sapa yg beli rumah ni, boleh dah standby kick scooter senang nak gerak ke sana sini. Tengoklah nanti penuh je rumah ni nanti |
|
|
|
|
|
|
|
ok la tu, dapat brisk walk hari2, tapi time bulan puasa mau lepas berbuka aje lah baru balik rumah, tak penat nak jalan. hehe |
|
|
|
|
|
|
| |
|