Dilamun cinta memang satu perkara yang indah. Bak kata orang lama, makan tak kenyang, tidur pun tak lena. Selain dari makan tak kenyang, tidur tak lena, apa lagi tanda-tanda yang kamu sudah jatuh cinta?
1. Kerap memeriksa telefon, dan berharap si dia segera membalas pesanan ringkas kamu Kamu jadi resah gelisah ketika menunggu si dia menghantar pesanan ringkas kepada kamu. Sekejap-sekejap kamu akan memeriksa Last Seen si dia, dan melihat kalau-kalau 10 buah mesej yang kamu hantar tadi sudah mendapat tanda dua tick biru, atau masih dua tick kelabu, atau cuma satu tick. Hidup ini sangat tak keruan jadinya. PS: Kalau kamu mendapat satu tick pada mesej yang kamu hantar, ada harapan kamu diblock oleh si dia.
2. Sanggup berkongsi apa saja, termasuklah perkara yang tak sepatutnya
Kamu percaya ini jodoh kamu, jadi bila si dia minta gambar peribadi kau (contohnya), kamu tidak berfikir panjang lalu buka, snap, send. Memang ia tidak sepatutnya berlaku, tapi bagi kamu inilah cinta. Cinta perlukan pengorbanan dan risiko. Lagipun gambar tu kamu bukan bagi kat orang lain, kat bakal suami kamu juga kan?
3. Bila dilamun cinta buatkan kamu mahu ikut ke mana si dia pergi, dan berada di sisinya
Kamu sanggup lari dari rumah dan berada sehingga ke Lombok hanya untuk mengejar cintanya. Bagi kamu, tak apalah..nanti dah beranak-pinak, kamu baliklah semula ke Malaysia. Begitulah mendalamnya cinta kamu kepada si dia
4. Tidak kisah tentang rupa si dia
Kamu langsung tak pandang rupa, yang penting hati budi dan bicaranya. Sebab itulah kamu sanggup korbankan harta kamu kepadanya, tak kira berapa; RM10 ribu, RM20 ribu, RM100 ribu, walaupun kamu belum pernah bersua pun dengan kekasih kamu. Cinta itu buta, dan kamu sangat bersetuju.
5. Kamu tidak segan memanggilnya dengan gelaran yang manis dan manja Walaupun kamu belum berkahwin, tapi kamu sudah mula memanggilnya dengan panggilan hubby (husband), abi, ayah dan papa, bakal imam dan sebagainya.
Jadi bagaimana, berapa banyak tanda-tanda ini ada pada kamu? Semoga terhibur 
Last edited by Geng_Satrika on 11-12-2014 11:56 AM
|