CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1356|Reply: 11

[Tempatan] Langkah berjimat - kurangkan Kabinet

[Copy link]
Post time 10-12-2014 09:36 AM | Show all posts |Read mode
Berjimat termasuk kurangkan Kabinet, bukan tekan rakyat

Rakyat berpendapatan rendah tidak seharusnya terbeban dengan cukai baharu yang diperkenalkan kerajaan sebaliknya Putrajaya perlu melakukan penjimatan dan tidak terus memberi tekanan kepada rakyat, kata Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas).
Ketua Eksekutif Ideas, Wan Saiful Wan Jan berkata kerajaan juga perlu merasai denyut nadi rakyat dan antara pendekatan yang boleh diambil ialah mengurangkan bilangan menteri Kabinet.

“Jika kerajaan tak ada pendapatan yang tinggi, kecilkan saiz kerajaan termasuklah mengurangkan bilangan menteri Kabinet dan kementerian. Kurangkan saiz kerajaan bila kerajaan tidak mempunyai wang.

“Kerajaan perlu berjimat mengurangkan perbelanjaan dan bukannya ambil lebih banyak duit daripada rakyat. Bukan juga memperkenalkan cukai yang baru tetapi apa yang patut dibuat ialah memperkecilkan perbelanjaan,” katanya ketika ditemui The Malaysian Insider selepas satu sesi perbincangan di Petaling Jaya, malam tadi.

Wan Saiful (gambar, kiri) berkata apa yang menjadi kebimbangan Putrajaya kini adalah bagaimana untuk terus menanggung bilangan menteri yang ramai di saat pendapatan negara tidak menentu. Katanya, penjimatan perbelanjaan oleh Putrajaya akan membolehkan kerajaan mengenakan cukai minimum kepada rakyat.

“Kalau kerajaan tiada duit, mungkin menteri yang hilang kerja, satu perkara yang baik bagi negara. Saya tak rasa negara menjadi bankrap jika kerajaan tak cukup duit. Yang akan jadi bankrap, menteri yang banyak hutang, terlibat dalam aktiviti lain di luar bidang kerja politik mereka.

“Ada lebih 30 menteri Kabinet jadi mereka fikir bagaimana nak kekalkan kesemua mereka. Apa yang perlu difikirkan, kalau sekiranya tiada duit, maka kerajaan perlu berjimat dan mengurangkan perbelanjaan seperti yang dilakukan rakyat.

“Kurangkan sedikit belanja hias kementerian, pejabat menteri, kurangkan perbelanjaan perjalanan malah kurangkan bilangan menteri yang kita ada. Tak perlu wujud banyak sangat kementerian di negara ini,” katanya.

Beliau berkata Putrajaya mengambil keputusan tepat apabila menarik subsidi produk tertentu kerana ia juga boleh menjimatkan perbelanjaan kerajaan. Katanya, apa yang tidak disedari sesetengah pihak ialah pemberian subsidi datangnya daripada wang rakyat, maka ia juga merupakan satu bentuk penjimatan.

"Penarikan subsidi adalah sesuatu yang perlu dibuat sekarang dan diteruskan sehingga masyarakat tidak lagi bergantung kepada subsidi yang diberikan kerajaan.

"Penarikan subsidi adalah tindakan yang betul tidak mengira apa juga dapatan data. Penarikan subsidi adalah tindakan lebih bermoral dan tepat dinilaikan berdasarkan akhlak," katanya.

Wan Saiful berkata apa yang perlu diberi perhatian ialah bagaimana kerajaan membelanjakan wang rakyat dan seterusnya memuji diri sendiri.
Katanya, tiada ahli politik yang berminat menjaga kepentingan rakyat sebaliknya hanya mahu memastikan mereka dapat terus berkuasa dalam pilihan raya yang akan datang. "Sejak bila kerajaan memikirkan tentang rakyat? Mereka hanya mahu mengekalkan kuasa. Ahli politik hanya fikir untuk menang pilihan raya. "Mengharapkan ahli politik memikirkan orang lain, itu hanya mimpi. Itu tidak berlaku," katanya.
The Malaysian Insider – 10 Disember, 2014.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-12-2014 09:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Mana boleh...tambah lagi menteri..timbalan menteri..

kita perlukan ramai menteri untuk menghiburkan rakyat jelata..
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2014 09:56 AM | Show all posts
jengkoil posted on 10-12-2014 09:46 AM
Mana boleh...tambah lagi menteri..timbalan menteri..

kita perlukan ramai menteri untuk menghiburk ...


atau tambah lagi jet2 eksklusif utk PM & suami...

6 biji mana cukup...

dan suami PM sila tambah lagi trip2 yg menggunakan jet2 eksklusif....

lagi pun sekali trip kos perbelanjaan termasuk selenggara cuma takat hampir rm1/2 juta je...
sikit tu... lagi pun duit rakyat/kerajaan je... Last edited by Equalizer on 10-12-2014 09:58 AM

Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2014 09:58 AM | Show all posts
jengkoil posted on 10-12-2014 09:46 AM
Mana boleh...tambah lagi menteri..timbalan menteri..

kita perlukan ramai menteri untuk menghiburk ...

ahhahaha...cukup la ahmad maslan...tiap kali dia buka mulut, aku dah tergelak sebab dia akan keluarkan statement taraf CGPA 3.5 dia tu
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2014 10:00 AM | Show all posts
Equalizer posted on 10-12-2014 09:56 AM
atau tambah lagi jet2 eksklusif utk PM & suami...

6 biji mana cukup...

cuti krismas ni, pm dan suami nak pergi mana agak nya??
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2014 10:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Equalizer posted on 10-12-2014 09:56 AM
atau tambah lagi jet2 eksklusif utk PM & suami...

6 biji mana cukup...

PM dan suami....ahahahaa...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-12-2014 10:19 AM | Show all posts
Dijemput penyokong tegar umno/BN ie @anak Nogori, Dzeck, akughi, mydin, modngengada dan lain-lain untuk memberikan pandangan berhubung perkara ini.

Dan isu mengapa PM Najib lantik berpuluh-puluh penasihat bertaraf menteri yang jelas membazir.  
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2014 10:20 AM | Show all posts
deezack: ketuanan melayu telah tercabar, muslihat cina dapig
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-12-2014 11:14 AM | Show all posts
PTD makin bertambah....member cakap.....PTD skang dah melambak....cam diamond dah struktur govt.....betul ke nie???...yang kakitangan bawahan....terbeban ngan kesan ekonomi skang....
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2014 11:25 AM | Show all posts
Setuju kurangkan semua, PTD rasanya dah lebih 2 tahun tiada pengambilan dan diganti peg tadbir sahaja
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2014 11:32 AM From the mobile phone | Show all posts
xkomen sebab dh merasai kesan kenaikan kos idup kah
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2014 02:50 PM | Show all posts
Bagus la, kurangkan menteri, potong 50% gaji menteri, ahhhhhhhhh lupa ni Malaysia.
Xguna cadang apa2. Kang orang cakap aku x bercukur.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 08:24 PM GMT+8 , Processed in 0.086944 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list