View: 2170|Reply: 17
|
[Tempatan]
Ibu Kandung Daniel & Rahish Rahi DiCari!
[Copy link]
|
|
SHAH ALAM – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sedang mengesan ibu kandung dua kanak-kanak yang ditinggalkan di Wad Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Pegawai Kebajikan Masyarakat Subang Jaya. Raja Norul Fazilla Raja Halim berkata, bayi pramatang itu dilahirkan pada 24 Ogos lalu di HKL, dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) sebelum ibu kandungnya melarikan diri pada 27 Ogos setelah pihak HKL mendapati pasport miliknya tidak sah.
"Sehingga kini, ibu bayi berkenaan tidak dapat dikesan dan dihubungi. Siasatan alamat ibu kandung bayi berkenaan di Apartment Jati, USJ 1 Subang Jaya didapati palsu,” katanya.
Bayi itu kini berusia dua bulan dan diberi nama Rakish Rani.
Kanak-kanak ini dibawa ke Mahkamah Bagi Kanak-Kanak Petaling Jaya pada 11 September lalu untuk mendapatkan perintah jagaan sementara di Rumah Kanak-Kanak Tengku Budriah Cheras, sementara siasatan dijalankan bagi mengesan waris atau saudara.
“Kes kanak-kanak ini akan dibawa semula ke Mahkamah Bagi Kanak-Kanak Petaling Jaya untuk mendapatkan perintah tetap pada 4 Disember ini,” katanya.
Sementara itu, HKL juga sedang mengesan seorang lagi ibu kandung bagi kanak-kanak yang diserahkan kepada penjaga dikenali Foo Sik Wei pada Januari lalu.
Ibu kandung bayi berkenaan telah menyerahkan bayi dilahirkan itu pada 26 Jun 2013 pada penjaga, dengan tiada sijil kelahiran.
“Kanak-kanak tidak didaftarkan kelahiran dan sehingga kini masih tidak ada sijil kelahiran. Selepas menyerahkan kanak-kanak kepada pengadu, ibu kandung menghilangkan diri.
“Ibu kandung dimaklumkan warganegara Filipina dan seorang pelajar sebuah kolej di ibu kota.
"Pengadu datang untuk dapatkan hak penjagaan ke atas kanak-kanak dan menguruskan sijil kelahirannya,” katanya.
Kanak-kanak berkenaan dikenali sebagai Deinioel Foo Yong Han, berusia setahun.
Beliau berkata, kanak-kanak ini telah dibawa ke Mahkamah Bagi Kanak-Kanak Petaling Jaya pada 9 Oktober lalu mengikut peruntukkan permohonan Seksyen 17(1)(d) Akta Kanak-Kaank 2001.
“Mahkamah membenarkan permohonan Perintah Jagaan Sementara Seksyen 19(2) AKK 2001 dibawah Orang Yang Layak Dan Sesuai iaitu Foo Sik Wei bagi pelindung menjalankan siasatan penuh,” katanya.
JKM meminta kerjasama orang ramai bantu mengesan waris kanak-kanak ini dan menyalurkan maklumat dengan menghubungi talian Pejabat Kebajikan Masyarakat Subang Jaya, 03-56343095.
[url=]http://www.sinarharian.com.my/edisi/selangor-kl/ibu-kandung-waris-dicari-1.338311
[/url]
|
|
|
|
|
|
|
|
sian anak2 ni.... semoga cepat lah jumpa maknya..mesti dorg rindu... |
|
|
|
|
|
|
|
comelnya.... maknya tak rasa rindu ke |
|
|
|
|
|
|
|
bagi je la orang-orang yang beratur nak anak angkat tu
terbela jugak nasib mereka |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau ikut pemahaman aku sepintas lalu :
1. Sorang bayi pra-matang ditinggalkan ibu setelah pihak hospital mendapati pasport dia palsu.
2. Anak pinoy.
Kalau ummah ehem2... dalam tong sampah la jawabnya |
|
|
|
|
|
|
|
daniel tu dah besar kedaung dah aku rasa mak dia dah selamat balik philippine dah pun |
|
|
|
|
|
|
|
comelnya Daniel... pinoy!
besar nanti kompem hensem |
|
|
|
|
|
|
|
atleast dia tinggal baby 2 bernyawa lg dari sesetengah org yg tinggal baby 2 x bernyawa. |
|
|
|
|
|
|
|
bg je la kat org buat anak angkat
tindakan ibu2 tu tinggalkan anak2 diorg je dah menunjukkan diorg taknak bela budak tu
tp at least diorg tak buuh or buang dlm tong sampah
syukur sgt diorg tinggalkan kat hospital, terbela sket
sihat comel budaknya |
|
|
|
|
|
|
|
setahu aku, kalau keluar berita cari waris budak ni, sebab nak bawak kes ke mahkamah.
kalau takde waris yg tampil, memang JKM akan jaga.
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau x nk .....
bg Mira jaga pn ok |
|
|
|
|
|
|
|
spiderman80 posted on 2-12-2014 01:09 PM
Teori sis salah hokay? Biasanya budak kecil yang cantik bila besar nanti tak akan menjadi cantik d ...
nt kte tgk 10 tahun akan dtg
|
|
|
|
|
|
|
|
comelnya...i nak.....naperlah ibu kandungnya tinggalkan.... |
|
|
|
|
|
|
|
spiderman80 posted on 2-12-2014 01:09 PM
Teori sis salah hokay? Biasanya budak kecil yang cantik bila besar nanti tak akan menjadi cantik d ...
betul tu....masa kecik2 abam spider nmpk mcm budak down syndrom jer kan
|
|
|
|
|
|
|
|
Modngengade posted on 2-12-2014 05:32 PM
betul tu....masa kecik2 abam spider nmpk mcm budak down syndrom jer kan
Cilakak betul awak, sayang. |
|
|
|
|
|
|
|
spiderman80 posted on 2-12-2014 05:39 PM
Cilakak betul awak, sayang.
hahaha....gurau pun tak boleh abam ni....
|
|
|
|
|
|
|
| |
|