CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1370|Reply: 10

[Tempatan] 59,590 PATI Serah Diri

[Copy link]
Post time 20-11-2014 05:24 PM | Show all posts |Read mode
59,590 PATI SERAH DIRI SECARA SUKARELA SEJAK JULAI LEPAS

PUTRAJAYA, 20 Nov (Bernama) -- Kira-kira 59,590 pendatang asing tanpa izin (PATI) memanfaatkan tawaran Program Serah Diri Sukarela untuk pulang ke negara asal masing-masing sejak ia dilaksanakan pada Julai lepas.
Ketua Pengarah Imigresen Datuk Mustafa Ibrahim berkata pihaknya menjangka lebih ramai PATI akan menyerah diri sebelum program itu tamat pada 31 Dis ini.

"Selepas program tamat, kita tidak akan bertolak ansur lagi dan tindakan tegas akan dikenakan terhadap PATI dan majikan yang melindungi mereka," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan wakil Kesatuan Perkhidmatan Pegawai Imigresen Semenanjung di sini, hari ini.

Menerusi program itu, yang juga dikenali sebagai 3+1, PATI yang menyerah diri secara sukarela akan dikenakan bayaran kompaun RM300 dan RM100 untuk pas khas. Mustafa berkata unit risikan Imigresen juga mengenal pasti tempat persembunyian PATI dan gerakan menggempur lokasi berkenaan akan dilaksanakan bila-bila masa termasuk di Cameron Highlands.

Beliau berkata depot-depot tahanan di seluruh negara juga mampu menampung dan menempatkan PATI sebelum mereka dihantar pulang ke negara asal masing-masing. Mustafa berkata statistik daripada Januari hingga 19 Nov lepas menunjukkan seramai 27,082 PATI dan 462 majikan ditahan atas pelbagai kesalahan menerusi 4,922 operasi di seluruh negara.

"Angka itu menunjukkan jumlah PATI yang menyerah diri adalah lebih ramai, dan sekali gus boleh menjimatkan wang negara sebanyak RM2 juta sebulan untuk pengurusan mereka di depot tahanan di seluruh negara," katanya.

Sementara itu, Mustafa berkata Jabatan Imigresen bercadang mewujudkan pejabat cawangannya di Cameron Highlands untuk memudahkan pengurusan pekerja asing di kawasan berkenaan. "Perkara itu akan diusulkan kepada pihak atasan secepat mungkin untuk mendapatkan kelulusan," katanya.
-- BERNAMA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2014 05:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Hish...tetiap thun msia buatt kerja bodoh ni.....
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2014 05:28 PM | Show all posts
jazaa posted on 20-11-2014 05:25 PM
Hish...tetiap thun msia buatt kerja bodoh ni.....

Pulak tu, tak pernah nk bertegas ngn bangsa luar. Harus di tatang sentiasa
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2014 06:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Daripada jumlah itu, cuma Liang Liang seorang sudah dihantar pulang ke negara asalnya.
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2014 06:31 PM | Show all posts
"Selepas program tamat, kita tidak akan bertolak ansur lagi dan tindakan tegas akan dikenakan terhadap PATI dan majikan yang melindungi mereka," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan wakil Kesatuan Perkhidmatan Pegawai Imigresen Semenanjung di sini, hari ini.
dan makcik pakcik kampung felda pprt pun bertepuk bertampar bersorak keriangan lah melihat ketegasan KP imigresen malaya yang baru ni.

tiada lagi pati!!

hidop melayu! hidop ameno!!


Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2014 06:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg lg 6 juta?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-11-2014 06:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Sri muda tu byk je pati.pegi la serbu bus stop tu pagi n petang..mesti ada berbas-bas..balai je besar..hahha..
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2014 06:52 PM | Show all posts
Tu siap ada perumahan perkampungan lagi semua tu. Nak buat apa? Takkan nak pejam je mata. Dah berpuluh tahun dah kut perkampungan tu. {*+}^#+*{^}#. marah sangat ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2014 07:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Nk balik free...
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2014 09:28 PM | Show all posts
jazaa posted on 20-11-2014 05:25 PM
Hish...tetiap thun msia buatt kerja bodoh ni.....

apoh nak buek  Beb..yang jago poong macang tu...2 x 5
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2014 09:30 PM | Show all posts
freebird posted on 20-11-2014 06:31 PM
dan makcik pakcik kampung felda pprt pun bertepuk bertampar bersorak keriangan lah melihat k ...

hidup orang malaya...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 07:10 PM GMT+8 , Processed in 0.597664 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list