CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1883|Reply: 3

[Tempatan] CGV Pawagam Terbaru 2015 - memperkenalkan teknologi baru

[Copy link]
Post time 20-11-2014 05:08 PM | Show all posts |Read mode
CGV Cinema akan dibuka pertengahan 2015



Pawagam terbaru iaitu CGV Cinema akan memperkenalkan tiga pawagam teknologi hiburan terbaru di Malaysia dalam bentuk 4DX, ScreenX dan Starium yang akan dilancarkan pada pertengahan 2015.

Ini merupakan pawagam pertama dalam rangkaian CGV Empire City yang akan ditempatkan di Empire City Damansara.
Pawagam ini adalah gabungan budaya dan kompleks yang disatukan menjadi 'Cultureplex', yang berasal daripada budaya sosial dan dan disingkatkan menjadi kompleks.

Pawagam tersebut mempunyai 20 skrin ini akan ditempatkan di tingkat 7.
Pawagam 4DX mempunyai tempat duduk yang bergerak dan penonton boleh menikmati pemandangan sekeliling. Pawagam ScreenX pula mempunyai skrin 270 darjah dan Starium mempunyai skrin yang berformat besar.

CGV juga mempunyai Private Cinema iaitu pawagam mewah yang menawarkan ruang istirehat dan ruang makan. Mereka juga turut menyediakan Multifunction Hall iaitu dewan untuk membuat sebarang majlis.

Setiap pawagam mempunyai tempat duduk diantara 100 sehingga 600 dan harga tiket berdasarkan jenis filem dan pawagam.
CGV juga bekerjasama dengan Open Universiti Malaysia (OUM) dalam memperkenalkan latihan untuk pekerja dan mereka yang akan menceburi industri pawagam. Tujuan utamanya adalah untuk memberi latihan dan mempelajari selok belok industri pawagam.
Last edited by hanie_z on 20-11-2014 05:11 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2014 08:42 PM | Show all posts
tengok wayang kt rumah akak lg canggih
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2014 08:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Ok siap2 nk g serbu.
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2014 08:49 PM | Show all posts
GCV ni product korea..masa meols pergi sana beberapa tahun sudah, konsep panggung ni, diorg bina panggung bertingkat (dlm 5, 6 tingkat), and located kt kedai2 tepi jalan...bukan kt dalam mall... maybe bcoz negara 4 musim x prefer shopping dlm mall sbb udara diorg nyaman.

but kualiti bunyi best, penonton korea sopan, midnitght diorg sampai kol 3 pagi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 06:39 PM GMT+8 , Processed in 0.181709 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list