Sangat terasa akan kehilangan pelakon Hollywood terkenal, Paul Walker tambah-tambah kemunculannya dalam filem Fast and Furious yang sangat memberi impak dalam industri perfileman.
Walaubagaimanapun, karya Fast and Furious yang dianggap seperti ‘ladang emas’ Universal Pictures akan meneruskan juga tanpa Paul Walker dengan 3 lagi judul yang bakal menanti.
Berita ini disahkan sendiri oleh pengarah urusan Universal iaitu Donna Langley berkenaan akan lanjutan Fast and Furious siri ke lapan, sembilan dan 10.
Menurut keterangan melalui mStar:
“Sekurang-kurangnya, akan ada tiga lagi sekuel Fast and Furious. Kita lihat dulu macam mana kerana berdasarkan empat siri terakhir, penjualannya begitu pantas. Jadi kami fikir, pastinya ada lagi ‘ladang emas’ buat filem itu,” katanya.
Pelakon utama Paul Walker telah terkorban dalam kemalangan melibatkan kereta Porsche Carrera GT yang dipandu rakannya, Roger Rodas.
-gosipmalaysia, 19 Nov 2014
Last edited by Mary_jane on 19-11-2014 06:11 PM
|