View: 18918|Reply: 37
|
Hasil-hasil Seni Yang Dikatakan Mencabar Kewarasan Manusia
[Copy link]
|
|
Di antara hasil-hasil seni yang indah dan menenangkan, pasti ada juga hasil seni 'gila' dan mengejutkan yang terselit. Beranikah anda menghayati lukisan-lukisan pelik ini? Ramai yang mencuba dan ramai juga yang tidak mampu meneruskannya. AMARAN: Mengandungi imej-imej ganas dan ngeri.
Guernica

Salah satu hasil seni Pablo Picasso yang terkenal; Guernica memaparkan tragedi perang dan kesannya ke atas individu, terutamanya orang awam yang tidak berdosa. Lukisan ini mencapai statusnya yang tersendiri, dan menjadi ingatan betapa dahsyatnya peperangan.
Anatomical Pieces

Dihasilkan oleh pelukis berbangsa Perancis, Theodore Gericault dengan menggunakan anggota badan manusia sebagai subjek.
Diomedes Being Eaten by His Horses

Lukisan cat air oleh pelukis 'symbolist' Perancis, Gustave Moreau, menggambarkan klimaks yang dramatik dari kisah Hercules - iaitu dia diarahkan menangkap empat ekor kuda pemakan daging kepunyaan King Diomedes. Hercules berjaya membunuh raja itu dalam pertarungan dan menghidangkan mayatnya untuk dijadikan makanan kuda-kuda itu.
Deterioration of Mind over Matter

Penulis Austria, Otto Rap telah menghasilkan lukisan ini pada tahun 1973, memberikan gambaran yang menakutkan iaitu tengkorak manusia sedang mereput.
Dante and Virgil in Hell

Hasil lukisan oleh W.A. Bouguereau yang diinspirasikan dari babak pendek karya 'Dante's Inferno' di mana Dante, ditemani Virgil, menyaksikan dua roh bertarung di neraka.
Untitled Painting

Lukisan minyak oleh artis berbangsa Poland, Zdislaw Beksinski, tidak mempunyai tajuk. Apa yang diketahui, lukisan ini dihasilkan pada 1984 iaitu ketika Beksinski meminati subjek utopian realism, surreal architecture dan senario kiamat.
A Negro Hung Alive

Imej ngeri ini adalah hasil seni William Blake menunjukkan seorang hamba abdi digantung dengan cangkuk disangkut pada rusuknya. Lukisan ini adalah berdasarkan pada cerita seorang saksi, iaitu tentera Belanda J.G Stedman yang dikatakan melihat sendiri kejadian itu.
Big Electric Chair

Dilukis pada 1967 oleh pelukis 'pop art' terkenal Amerika, Andy Warhol, dan merupakan sebahagian daripada siri gambaran kerusi elektrik. Warhol menghasilkannya pada waktu beliau sedang fokus dengan tema muram seperti kematian, bencana, bunuh diri dan kemalangan jalan raya.
Hell

Lukisan ini dihasilkan pada tahun 1485 oleh artis berbangsa Jerman, Hans Memling dan dikatakan salah satu hasil seni paling menggerunkan masa itu. 'Hell' digunakan untuk memaksa orang ramai agar hidup penuh bermoral. Memling malah menambahkan lagi efek menakutkan pada lukisan tersebut dengan menulis banner 'In hell there is no redemption.'
The Water Ghost

Hasil seni oleh artis Alfred Kubin memaparkan seksaan dan kecelakaan yang bakal berlaku di laut.
Study after Velazquez′s Portrait of Pope Innocent X

Salah satu lukisan Francis Bacon yang terkenal, disiapkan pada 1953. Hasil seni ini adalah sebahagian daripada siri lukisan Velázquez beliau daripada era 1950-an hingga lewat tahun 60-an. Dalam versi ini, Paus dipaparkan menjerit dengan berlatarbelakangkan langsir yang gelap dan suram.
Necronom IV

Ciptaan seram daripada artis tersohor Hans Rudolf Giger, adalah inspirasi kepada makhluk asing dalam filem 'Alien'. Menurut Giger, beliau sentiasa mengalami mimpi ngeri dan kebanyakan lukisannya adalah berdasarkan masalah tidurnya itu.
The Temptation of Saint Anthony

Karya ini kemudiannya menjadi inspirasi kepada beberapa pelukis seperti Hieronymous Bosch, Paul Cézane dan Salvador Dalí. Namun versi minyak atas kayu Matthias Grunewald ini adalah yang paling bersemangat dan mengkagumkan untuk tema tersebut.
The Flaying of Marsyas

Dilukis oleh artis Renaissance Itali, Titian; The Flaying of Marsyas pada ketika ini ditempatkan di Muzium Kebangsaan di Kromeriz, Republik Czech. Lukisan ini mengambarkan babak ngeri daripada mitos Greek, di mana Marsyas dilapah-lapah kerana berani mengingkari dewa Apollo.
The Scream

'The Scream' adalah salah satu daripada siri lukisan dan corak expressionist oleh artis berbangsa Norway, Edvard Munch, menunjukkan satu figura yang sedang menderita kesakitan dengan langit berwarna merah darah sebagai latar belakang. Walaupun nampak pelik, 'The Scream' adalah berdasarkan pengalaman Munch yang berjalan-jalan pada satu petang, dan beliau menyaksikan matahari terbenam yang berwarna 'merah darah'. Menurutnya beliau merasakan seperti alam semulajadi di sekelilingnya sedang 'menjerit'.
Gallowgate Lard

Lukisan minyak yang tebal ini dihasilkan oleh artis berbangsa Scotland, Ken Currie, yang dikatakan adalah lukisan wajahnya sendiri. Currie adalah pakar dalam subjek yang muram dan socio-realistic dan gemar menggambarkan kehidupan sedih golongan kelas pekerja di Scotland.
Saturn Devouring His Son

Salah satu lukisan yang paling terkenal dan menakutkan oleh artis Sepanyol, Francisco Goya, dan sebenarnya dilukis pada dinding rumahnya di antara tahun 1820-1823. Saturn Devouring His Son adalah berdasarkan mitos Greek iaitu Titan Chronus (diromawikan kepada Saturn) yang takut digulingkan oleh salah seorang anaknya. Jalan penyelesaiannya adalah dengan memakan setiap seorang anaknya sebaik saja dilahirkan.
Death and the Miser

Ketika ini lukisan tersebut ditempatkan di National Gallery of Art di Washington DC. 'Death and Miser' oleh Hieronymous Bosch adalah contoh seram 'memento mori' (maksud dalam Latin: 'Ingatlah yang kau akan mati juga'). Hasil seni ini adalah jenis yang mengingatkan kematian yang pasti dan kehidupan di dunia yang sia-sia.
The Flaying of the Corrupt Judge Sisamnes

Karya lukisan oleh Gerard David ini ditempatkan di Muzium Groeninge di Bruges, Belgium dan diinspirasikan daripada kisah Herodotus, mengenai seorang hakim yang menerima rasuah dan memberikan keputusan mahkamah yang berat sebelah. Sebagai hukuman, Raja memerintahkan hakim itu dilapah hidup-hidup.
Judith Beheading Holofernes

Gambaran peristiwa Holofernes dipenggal telah dihasilkan oleh ramai artis seperti Donatello, Sandro Boticelli, Giorgione, Gentileschi, Lucas Cranach the Elder dan lain-lain. Walau bagaimanapun, lukisan tahun 1599 versi Caravaggio menyerlahkan saat paling dramatik impaknya, iaitu saat pemenggalan itu sendiri.
The Nightmare

Lukisan minyak oleh pelukis berbangsa Swiss Henry Fuseli; pertama kali dipamerkan di acara tahunan Royal Academy London pada 1782 yang mengejutkan para pengunjung dan juga pengkritik.
Heads Severed

Pelukis Perancis Theodore Gericault (terkenal dengan lukisan anatomi bereaksi) menyiapkan lukisan ini pada tahun 1818.
Massacre of the Innocents

Karya seni oleh Peter Paul Rubens ini terdiri daripada dua buah lukisan dan siap pada tahun 1612. 'Massacre of the Innocents' dihasilkan dengan pengaruh gaya pelukis terkenal Itali, Caravaggio.
Figure with Meat

Francis Bacon menyiapkan lukisan ini pada 1954. Beliau menghasilkannya berdasarkan pada potret Paus Innocent X oleh Velasquez, tetapi menggambarkan Paus tersebut sebagai figura yang menyeramkan. Bacon turut menambahkan lagi elemen ngeri dengan seekor lembu yang dibahagi dua.
The Disasters of War

The Disasters of War adalah salah satu siri daripada 82 cetakan oleh pelukis Sepanyol, Francisco Goya di antara tahun 1810 dan 1820. Goya terkesan dengan konflik antara Sepanyol dan empayar Perancis Napoleon dan menunjukkan perasaan beliau itu dengan melukis keganasan perang melalui siri lukisan-lukisannya itu.
Last edited by dani-rox on 13-11-2014 02:15 AM
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
ok ini bukan cabar kewarasan dh ni,ini dh tahap mengajak mjadi gila  |
|
|
|
|
|
|
|
scary   |
|
|
|
|
|
|
|
Aku suka lukisan mcm ni..
Adakah aku gila?
|
|
|
|
|
|
|
|
baru lepas makan pulak tu tengok lagi lukisan begini, nak muntah rasanya.  |
|
|
|
|
|
|
|
ngeri dan kejammmmmmmmmmmmmmmm |
|
|
|
|
|
|
|
Ada yang ngeri dan ada yang nampak kejam amat details lukisannya. |
|
|
|
|
|
|
|
negro itu kesian ..selalu gantung leher ini cangkuk kat rusuk
satu lagi lapah hidup2....
huiiii..tak tejangkau dek kepala hotak... |
|
|
|
|
|
|
|
Lagi lama teliti lukisan2, jadi lagi depressed |
|
|
|
|
|
|
|
ngeri... tp org zaman2 tu... suka lukis gambar org bogel2 ekk?? nape ye... |
|
|
|
|
|
|
|
menarik lukisan nyer... ade la yg pelik tp kretip... |
|
|
|
|
|
|
|
org seni ni jiwanya halus n mudah depress n murung... |
|
|
|
|
|
|
|
hampir semua gambar, org nye berbogel... ape pelukis xde warna nak buat baju? |
|
|
|
|
|
|
|
ni kan pic org zaman dulu..maknenye realitinye org dulu byk bogel je hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
shernazz posted on 13-11-2014 10:46 AM 
Aku suka lukisan mcm ni..
Adakah aku gila?
Uols tak gila... cuma ada morbid fascination. sama mcm ai 
|
|
|
|
|
|
|
|
@Shahreen74 @elmen
Bogel dlm painting tuh seni katanya... Bg artis/pelukis barat, keindahan tubuh badan dan tenaga manusia harus diperlihatkan dan dihayati. Gituhh. |
|
|
|
|
|
|
|
dani-rox posted on 13-11-2014 06:36 PM
Uols tak gila... cuma ada morbid fascination. sama mcm ai
Ooo ye ke
Dolu mak ai.ade buku buku pasal dolu dilu
Mase tu kecik.lagi..suke tgk pic mcm ni..mcm.best n akan masuk ke dlm lukisan tu..i mean i.ada dlm peristiwa tu |
|
|
|
|
|
|
|
shernazz posted on 13-11-2014 06:42 PM 
Ooo ye ke
Dolu mak ai.ade buku buku pasal dolu dilu
Mase tu kecik.lagi..suke tgk pic mcm ni..mcm ...
ha'ah perasaan curious sebenarnya, bukanlah bermaksud kita nak praktik kan ke ape. lol
ada sesetengah lukisan nih ai dah tengok... perasaan gerun tu memang ada tp perasaan ingin tahu tu lagi kuat.
masa sekolah dulu bole lg baca buku true crime ngan serial killers, tu pon baca sembunyik2. takut dihencap tak normal.
sekarang, ai dah tak kesah dah org nak pikir apa 
|
|
|
|
|
|
|
| |
|